POLIS Emiriah Arab memperingatkan setiap orang sedang berada di negara itu agar tidak makan, minum, dan merokok selama siang hari di depan umum, ketika bulan Ramadan tiba. Hal itu dilakukan sebagai langkah dari menghormati mereka yang menjalankan ibadah puasa.
"Makan, minum, dan merokok siang hari ketika puasa merupakan kekerasan secara visual bagi yang menjalankan ibadah. Itu merupakan tindakan jenayah dan boleh dihukum," ujar Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah Polis Dubai, Kolonel Mohammad Nasser Al Razooqi, seperti dilapor dari gulfnews.com, Rabu (17/6).
Rupanya hal ini berlangsung tiap tahun di Dubai. Polis Dubai mengatakan tahun lalu menangkap dua warga Arab dan seorang pelancong Eropah sedang makan dan minum di siang hari ketika Ramadan.
Selama tiga tahun belakangan, sekurang-kurangnya 24 orang ditangkap polis Dubai lantaran melanggar peraturan makan-minum di ruang awam semasa bulan puasa.
Aturan makan-minum yang ketat bagi non-muslim ini juga berlaku di Oman serta Arab Saudi. Di Oman, sebagai contoh, warga tempatan mahupun pelancong asing akan ditahan 10 hari apabila kedapatan tidak puasa di ruang awam.
Pihak polis Oman mengakui menangkap banyak pelancong dan pekerja asing kerana tidak tahu ada peraturan tersebut. Ketua Dewan Ulama Oman Sufyaan Khalifa membantah bila peraturan negaranya tidak adil bagi orang asing.
"Kami menghormati hak orang non-muslim tidak berpuasa, kami hanya melarang mereka makan di tempat umum," tuturnya.
Sebagai jalan tengah, kerajaan Oman membenarkan beberapa restoran tetap buka. Untuk melayani warga non-muslim atau orang asing, restoran itu diwajibkan menghantar makanan ke rumah masing-masing.
Peraturan lebih tegas dilapor oleh Kerajaan Arab Saudi. Larangan makan-minum serta merokok diterapkan di seluruh tempat terbuka, ertinya ialah jalan raya mahupun pejabat.
Jika ada ekspatriat atau pekerja asing melanggar, hukumannya adalah langsung dihantar pulang.
"Tidak ada pengecualian, kalau ingin tinggal di Saudi maka harus menghormati undang-undang kerajaan," tulis kenyataan akhbar Kementerian Dalam Negeri Saudi.
Di Saudi, ada 12 ribu petugas disebar selama Ramadan untuk memantau warung makan, restoran, atau tempat umum, termasuk menutup tempat makan yang masih dibuka. Selama tiga tahun terakhir, ada 16 ribu orang didenda sehingga dihantar pulang, lantaran melanggar peraturan itu.
Dikatakan Dubai lebih sederhana berbanding Oman atau Saudi. Ada restoran yang tetap buka, rata-rata terletak di hotel untuk melayani orang asing. Maklumat tempat makan yang masih dibuka disebarkan melalui media nasional.
(IH)
Lihat Sebelum ini..
Kuliah Ramadzan, Siri 1 Hingga 3
Lihat Sebelum ini..
Kuliah Ramadzan, Siri 1 Hingga 3
No comments:
Post a Comment