TIDAK aneh jika seseorang mendapat peluang menjadi manusia yang lebih baik selepas bergelumang dengan dosa. Kehidupan yang ibarat roda, kadang di bawah, kadang di atas. Tapi suatu saat akan ada masanya orang itu bertaubat dan menyedari kesalahannya. Al-hamdulillah.
Ianya termasuk bintang-bintang porno di dunia ini. Ramai mereka bertaubat dan kembali mencari agama masing-masing. Kita singkap kisah mereka. Mula-mula kita pilih yang mengaku beragama Islam. Iaitu..
Sahara Knite @ Saidah Voraji
Pertama: Saidah Voraji
Nama asalnya Saidah Voraji. Dia lahir pada 4 Februari 1975 dan tersohor dengan nama Sahara Knite.
Jangan terkejut apabila anda mencari namanya di enjin carian Google. Sederet foto menimbulkan panas bakal hadir ke hadapan anda. Ya, Sahara memang artis porno di industri pelacuran di Eropah. Dia berdarah India. Orang tuanya berasal dari Kota Gujarat dan mereka hijrah ke Ibu Kota London saat Sahara masih dalam kandungan.
Lebih mengejutkan dan membuat bengong, Sahara ternyata seorang muslim dan lahir dari keluarga penganut Islam yang taat. Menurut sumber wikiislam.net, Sahara sudah membintangi puluhan filem porno walaupun bergenre hardcore atau seks sedikit kasar. Dia juga melakukan adegan dikutuk dalam Islam seperti seks dubur (memasukkan kelamin ke punggung) dan seks lesbian alias sesama jenis.
Sahara semasa kecil membungkus tubuhnya dengan pakaian muslim dan hijab. Saban hari dia rajin mengaji, ke masjid, dan solat lima waktu.
"Aku masih ingat bagaimana caranya memakai tudung," ujar Sahara seperti yang dilaporkan oleh laman barenakedislam.com (12/5).
Dia berujar dari rakaman video dokumentari mengenai kehidupannya menjadi pelakon porno dalam Channel 4 bertajuk 'Buku harian dara porno'. Sahara bercerita bagaimana dia sampai berkenalan dengan industri filem porno.
Awalnya perempuan itu menekuni bidang fesyen dan telah menjadi manager sebuah syarikat tekstil selama tiga tahun. Namun hal ini membuatnya jenuh.
"Saya perlu pekerjaan yang mencabar," ujarnya.
Akhirnya Sahara berkenalan dengan penerbit filem porno bernama Joe A. Dia dengan kesedaran penuh ingin berakting bogel dan seks di depan kamera. Walaupun Sahara sendiri tahu betul menjadi bintang porno akan membawa kesan kurang baik bagi kehidupan dan hubungannya dengan sekitar.
"Terutama hubungan dengan keluarga. Banyak surat datang hendak membunuh saya. Tetapi saya tidak takut. Saya menyukai pekerjaan saya dan saya tidak mahu jadi munafik. Bukan bermakna jika saya pakai tudung maka dunia berhenti menyaksikan filem porno, "ujarnya seperti dilaporkan oleh laman webcitation (25/11/2011).
Awalnya Sahara menjadi bintang porno sembunyi-sembunyi sehingga sepupunya melihat dia berakting di acara Babestation di Ibu Kota London, United Kingdom. Dia langsung memberi tahu orang tua Sahara. Sehingga kini keduanya ogah menganggap Sahara sebagai anak.
Sahara mengaku selesa menjalani kerjayanya di filem porno. Bayaran mahal, kehidupan mewah, dan apa-apa didapatnya. Dia mungkin saat ini tidak merasakan krisis ekonomi menimpa sebahagian negara Eropah lantaran sibuk mengumpulkan wang dari hasil buka aurat.
Namun di sisi lain dia tidak menolak dirinya seorang muslim dan akan selalu bangga menjadi umat Nabi Muhammad. Sahara diketahui tidak merokok, tidak memakan daging babi, tidak meminum minuman keras, walaupun masih menjalani ritual Islam seperti sembahyang, berpuasa Ramadan, serta mengaji.
Di tengah rakaman filem dia mengatakan berhenti sebentar, para kru sudah paham Sahara hendak bersujud kepada Tuhannya.
Apakah begitu orang yang betul-betul bertaubat?
Jom kita lihat sikit, bagaimana sebenarnya taubat?
Taubat atau dalam Bahasa Arabnya juga تَوْبَة (taubah) berasal dari perkataan تَوَبَ (tawaba) yang dari segi bahasa bermaksud kembali.
Seseorang itu dikatakan تابَ (taaba – telah bertaubat) sekiranya dia telah kembali dari melakukan dosa atau telah meninggalkan dosa itu. Dari sudut istilah, apabila dikatakan seseorang itu telah bertaubat maksudnya dia telah kembali dari melakukan maksiat atau dosa terhadap Allah untuk dia mentaati Allah.
Jadi jelas kaitan di antara maksud taubat menurut bahasa dan juga istilah syaraknya.
Kena Bertaubat
وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
- “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman semoga kamu berjaya.”(Surah Al-Nur, 24: 31)
Dalam Surah Al-Zumar ayat ke-53 Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
- “Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas ke atas diri mereka; janganlah kamu berputus harapan dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa-dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Zumar: 53)
Dalam ayat ini Allah memberi peringatan kepada hamba-hambaNya yang melampaui batas ke atas diri mereka; melampaui batas iaitu dengan melakukan dosa-dosa dan maksiat.
Juga firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat ke-135,
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
- “Dan mereka (orang-orang beriman) apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka sendiri, mereka segera ingat akan Allah lalu meminta keampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa selain Allah? Dan mereka tidak terus menerus dalam perbuatan dosanya itu, sedang mereka mengetahui (kesalahan dan akibat dari dosa itu).” (Surah Ali Imran: 135)
Jika dalam ayat sebelum ini Allah memilih perkataan mereka yang ‘melampaui batas’, dalam ayat ini pula Allah mengatakan mereka yang telah ‘menzalimi diri mereka’.
Mungkin kita tidak perasan; apakah maksud orang yang menzalimi diri mereka? Orang yang menzalimi diri mereka adalah orang yang melakukan dosa dan maksiat. Bagaimana dia menzalimi dirinya?
Mungkin kita tidak perasan; apakah maksud orang yang menzalimi diri mereka? Orang yang menzalimi diri mereka adalah orang yang melakukan dosa dan maksiat. Bagaimana dia menzalimi dirinya?
Dia menzalimi diri sendiri kadangkala tanpa kita sangka. Barangkali ketika melakukan perbuatan maksiat itu dia bersuka ria dan berseronok dengannya. Tetapi realitinya dia menzalimi diri sendiri kerana perbuatan itu menambahkan dosanya dan paling tidaknya di Akhirat nanti dia mendapat balasan buruk iaitu Api Neraka. Perbuatannya akhirnya membawa mudarat dan binasa kepada dirinya. Itu yang dimaksudkan menzalimi diri.
Tiga ayat ini sudah memadai di mana faedah yang dapat diambil dari ketiga-tiga ayat ini cukup banyak. Antara faedah yang dapat kita sebutkan;
1. Kewajipan taubat. Seperti mana firman Allah,وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا (dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah). Sepertimana sedia maklum, para Ulama menjelaskan bahawa sekiranya ada perintah dari Syarak sama ada dari Al-Quran atau Hadis, bererti hukumnya adalah wajib. Jadi apabila Allah mengatakan bertaubatlah kamu sekalian, itu merupakan satu perintah dan perintah membawa makna wajib. Maka hukum bertaubat adalah wajib.
2. Taubat menjadi kunci kejayaan. Seperti mana Allah berfirman لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (semoga kamu berjaya). Jadi sesiapa yang ingin tahu apa kunci kejayaan untuk hidupnya di dunia apatah lagi di Akhirat, jawapannya antara lain adalah dengan bertaubat.
3. Jangan berputus harapan dari rahmat Allah walau sebanyak dan sebesar mana pun dosa yang pernah dilakukan. Walau apapun maksiat yang kita lakukan, dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya, baik perkara-perkara maksiat, bidaah, khurafat yang mungkin selama ini kita amalkan dan kita percaya, jangan berputus harapan bahawa pintu taubat terus terbuka.
Bahkan walaupun perkara-perkara kufur atau syirik sekalipun, misalnya orang kafir yang menyembah selain Allah, mensyirikkan Allah, tentu sahaja dia juga boleh bertaubat. Ini kerana Allah berfirman, إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا (Sesungguhnya Allah mengampunkan kesemua jenis dosa-dosa). Tidak ada dosa yang dikecualikan dari pengampunan Allah. Jadi janganlah berputus harapan dari mendapat keampunan daripada Allah SWT.
4. Sifat orang beriman adalah sentiasa mengawasi dirinya, memerhatikan tindak tanduknya, atau secara ringkasnya sentiasa bermuhasabah. Firman Allah, maksudnya:
- “Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka, mereka ingat kepada Allah.” Ingat kepada Allah maknanya sentiasa muhasabah.
Dia tidak sibuk tentang orang lain, dia lebih pentingkan dirinya kerana dia bertanggungjawab ke atas dirinya dulu sebelum orang lain. Dia sentiasa muhasabah kerana dia mengetahui, yakin dan percaya bahawa sehebat mana pun dirinya pasti dia ada kesalahan dan kesilapan seperti mana disebut dalam hadis Nabi SAW,
كُلُّ بَنِي آدَم خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ
- “Setiap anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang-orang yang bertaubat.” (Hasan. Riwayat Ahmad)
Ini adalah sifat orang yang beriman kerana orang yang sesat lagi menyimpang sifatnya terbalik sama sekali. Kita perhatikan apa sifat orang menyimpang, semoga kita tidak tergolong dalam orang yang mempunyai sifat ini. Firman Allah dalam Surah Al-Kahf ayat ke-103 hingga 104,
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِاْلأَخْسَرِينَ أَعْمَالاً الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
- “Mahukah kamu kami ceritakan tentang mereka yang telah rugi di dalam amal perbuatan mereka? Iaitu mereka yang telah sesat lagi menyimpang dalam usaha mereka semasa hidup mereka di dunia sedang mereka menyangka apa yang mereka lakukan itu adalah baik.” (Surah Al-Kahfi. 18: 103-104)
Ini sifat orang-orang sesat. Adakah orang sesat lagi menyimpang mengaku bahawa mereka sesat? Bahkan terbalik, semua orang yang sesat lagi menyimpang mengatakan bahawa apa yang mereka buat adalah betul. Bahkan mereka mengatakan apa yang mereka buat itu baik. Ini biasa kita dengar.
Sedangkan realitinya ia tidak baik kerana ia menyalahi Syariat Allah SWT.
Ini adalah sifat orang yang tidak sedar diri, tidak sedar akan kesalahan dan dosa yang mereka lakukan. Kalau tidak sedar, adakah harapan untuk dia bertaubat? Jauh sekali kerana dia merasakan apa yang dia buat itu betul. Inilah yang dapat kita lihat pada pelaku bidaah secara khasnya. Mereka menyangka apa yang mereka lakukan adalah baik-baik belaka.
Ini adalah sifat orang yang tidak sedar diri, tidak sedar akan kesalahan dan dosa yang mereka lakukan. Kalau tidak sedar, adakah harapan untuk dia bertaubat? Jauh sekali kerana dia merasakan apa yang dia buat itu betul. Inilah yang dapat kita lihat pada pelaku bidaah secara khasnya. Mereka menyangka apa yang mereka lakukan adalah baik-baik belaka.
5. Orang yang beriman antara sifatnya apabila melakukan salah silap, dia akan cepat ingat kepada Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana orang yang beriman mengetahui bahawa salah silap yang dilakukan itu perlu kepada taubat dan taubat yang dilakukan itu tidak lain dan tidak bukan hanya kepada Allah SWT.
Dia hanya bertaubat kepada Allah dan sama sekali dia tidak akan kembali kepada selain Allah.
Dia hanya bertaubat kepada Allah dan sama sekali dia tidak akan kembali kepada selain Allah.
6. Orang yang beriman tidak akan terus menerus dalam melakukan dosa dan salah silap. Sebaliknya dia akan cepat-cepat kembali ke pangkal jalan apabila menyedari kesalahannya. Dia tidak akan terus melakukan kesalahan itu; baik maksiat, bid’ah, khurafat, apatah lagi kufur dan syirik.
Rasuah sama dengan hasil lendir itu..
Demikian sedikit imbasan mengenai taubat atau kembali ke pangkal jalan yang lurus dari jalan yang berserabut kacau yang sesat, lagi menyesatkan. (IH)
6 comments:
Tahniah dan syabas untuk tuan Ibnu Hasyim kerana memasukkan pendidikan Islam ke dalam 'website'nya untuk membimbing manusia ke jalan yang diredhai oleh Allah semoga Allah memberikan kejayaan, petunjuk, kemuliaan,kesejahteraan dan perlindungan kepada tuan sekeluarga di dunia dan akhirat.
Di akhir zaman ini, pelbagai bentuk ujian dan cabaran melanda orang Islam. Semoga Allah melindungi dan menyelamatkan kita semua dan membimbing kita semua ke jalanNya yang lurus dan benar. Amin.
Baguslah tu. Bulan2 ramadan ni bukan pelakon porno je kena taubat, mana adun PAS yg ada bini duk kongkek dlm hotel sarung spendar xl pun kene taubat sama.
Pertama dia dah berkawin, kedua zina, 3 dia orang yg menganggotai parti islam, termasuk dlm org2 yg tahu agama. Lagi brakk bos hukum dia.
Boleh ulas sikit hukum ni dari Alquran? Tq
Salam Buat Pak Hasyim.... satu penulisan dan kupasan yang menarik untuk direnung bersama. Kadang-kadang kita mudah terpengaruh dan alpa dengan tuntutan hinggakan tengelam dengan noda dan dosa tmapa batasan berfikir dengan normal. Apa-pun rahmat Allah tetap luas dan sedia menerima taubat dari mereka yang benar-benar ingin kembali kepada nya..walaualam...Salam Pakcu untuk semua muslimin dan muslimat..Selamat Berpuasa.
T. kasih Paak Cu dan lain-lain. Lama tak lihat tulisan Pak Cu. apa khabar skarang? Harap sihat-sihat saja. Ai-hamdulillah.
Selamat menyambut puasa.
Aslamualaimum pak hasyim. Saya adalah seorang penjenguk tetap blok pak bermacam pengajaran dapat dikutip dr blog tuan. TK
Post a Comment