Malah, Dewan Ulama dan pemimpin tinggi mereka turut terlibat mempamerkan senarai pilihan masing-masing untuk panduan perwakilan dalam muktamar.
Lewat pagi ini, Facebook Dewan Ulama PAS turut memuat naik senarai itu di Facebook mereka yang memaparkan senarai kumpulan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hadi digandingkan dengan calon naib presiden pilihan mereka Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta tiga tokoh pro-status quo dalam PAS Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abd Samad.
Dewan Ulama menggelar senarai itu sebagai “Siiru A'la Barakatillah” (bersama-sama mencari keberkatan Allah).
Senarai itu turut ditetapkan di atas sekali senarai tulisan bagi mendapatkan perhatian pengguna Facebook.
Pemerhati politik melihat budaya baru PAS itu sebagai amat aneh kerana tidak berlaku sebelum ini dalam parti-parti lain yang sinonim dengan budaya itu seperti Umno dan MCA.
Sebelum ini, chai hanya diedarkan secara senyap-senyap, daripada tangan ke tangan atau SMS dan tidak pernah dipamer dalam laman sosial rasmi seperti dilakukan Dewan Ulama.
Rata-rata pengguna maya menyambut baik senarai itu. Bagaimanapun terdapat juga yang melihat tindakan itu tidak sesuai, malah tidak adil kepada calon pencabar Hadi, Ahmad Awang.
Azizol Mohamad: Bodoh sangat ke perwakilan sampai page Ulama kena ajar satu-satu siapa yang kena dipilih, siapa yang kena diundi?
Sukianto Launa: Macam mereka saja orang yang baik dengan Islam, yang lain sebelum ni berjuang tak baik. Kempen... kempen....
Penjejak Bayang Ikan: TGAA (Tuan Guru Ahmad Awang) tak ada pun nama frown emoticon... nampak bersungguh sangat kempen.
Sementara itu, seorang anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan juga turut memuat naik senarai itu semalam.
Ia mempamerkan senarai sama tetapi turut membandingkan dengan chai kumpulan properubahan dalam PAS Ahmad Awang.
Analogi sabun Breeze, Trojan
Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan senarai itu tidak bermaksud untuk mempengaruhi perwakilan pada pemilihan esok.
"Tidak timbul (usaha) untuk mempengaruhi perwakilan. Kita kemukakan (calon) untuk berbakti mengikut dasar parti.
"Kita mengemukakan calon yang terbaik daripada yang baik supaya mampu membawa aspirasi Islam. Kita tidak menafikan kelebihan calon lain," katanya.
Nasrudin (kanan) pula berkata senarai itu bukan untuk menafikan kelebihan calon lain dan menyamankannya dengan iklan barangan.
"Secara adabnya, sebagai contoh, kempen sabun Breeze tidak boleh kata sabun Fab atau Trojan tak betul,” katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS ke-54 di Taman Melewar, Gombak, hari ini.
6 comments:
He..he.. apa-apa pun fikirkan lah masa depan Pas.
Pemuda Pas sudah bangkit !
Pakatan Rakyat akan berkubur tidak lama lagi. Najib kekal sebagai PM dan UMNO terus berkuasa.
suhaizan dah kalh adakah lepas ni mat sabu,uaa dan ajk bukan ulama juag akan mengalami nasib yang sama? minta pak ibnu ulas sikit!
Buat pakatan rakyat era baru dengan PKR&DAP. Kalau PAS hendak join tetapkan syarat. Biar PAS bersekungkul dengan UMNO. Biar mereka tahu mana kedudukkan PAS lepad ini. UMNO tak akan terima PAS kerana dalam BN itu ada MCA dan Gerakkan yang juga anti hudud. Kedua2 parti ini lebih merbahaya dari DAP.
Untuk 5sal
Maaf, Tak sempat ulas, besok nak subuh di Kuala Selangor, agak sibuk sikit..
Ayah Hadi Ping berhala berserban di sembah ahli2 walaun PAS
Post a Comment