Wednesday, June 10, 2015

Hubungan PAS/DAP. Ini Dolak-Dalih Lim Guan Eng.


DENGAN melupakan segala penghinaan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul hadi Awang oleh pemimpin-pemimpin DAP, Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berani mempersoalkan 'Siapa yang bunuh Pakatan...?"

Membela diri dari tuduhan menjadi punca kepada keputusan PAS...Ketua Menteri Pulau pinang itu berkata DAp hanya hanya memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi Awang.


"Awak boleh buat apa saja tanggapan tetapi kita tak pernah putuskan ikatan dengan PAS.
"Pakatan bukan dianggotai oleh Lim Kit Siang-Anwar Ibrahim dan Hadi Awang, tetapi DAP-PKR-PAS. Kalau mereka tak faham juga, saya tak tahu nak kata apa lagi," kata Guan Eng apabila diminta mengulas dakwaan PAS bahawa  kemelut yang berlaku dalam Pakatan berpunca daripada DAP.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi parlimen, pada Rabu.

"Mereka boleh buat apa-apa tuduhan. Yang penting siapa yang bunuh Pakatan? Siapa yang mulakan proses ini dengan memutuskan hubungan dengan parti DAP?
"Saya rasa itu adalah sesuatu hakikat yang kena diterima oleh kepimpinan baru PAS," katanya lagi.

Ditanya apakah langkah yang akan dibuatnya sekiranya PAS membuat "u-turn", Guan Eng tersenyum sinis.

"Keputusan telah diluluskan dan diterima oleh muktamar. Dr Mujahid Yusof Rawa telah menyatakan bahawa di bawah perlembagaan PAS,  keputusan yang dibuat oleh muktamar adalah muktamad.
"Ikut proses biasa, kalau nak buat sebarang perubahan mestilah melalui muktamar juga.  Jadi sekarang mereka kena hormati parti sendiri.
"Ini parti sendiri pun tak dihormati. Saya pun tak faham. Macamana kita boleh adakan sebarang kerjasama dalam keadaan seperti ini," katanya lagi.

Menurut Guan Eng tak ada gunanya dia bercakap tentang kemungkinan akan berlaku "u-turn" kerana PAS sering memberikan kenyataan berputar belit.

"Mereka sering cakap berbelit. Dia cakap ada siku ada lutut. Mana siku dengan lutut sekarang? Selepas keputusan demikian adalah susah untuk menjalinkan kerjasama lagi," tambahnya.

Guan Eng turut memperlekehkan cabaran setiausaha Dewan Ulama Selangor, Muhammad Najhan Halim supaya dia memecat ahli PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan di negeri itu tanpa perlu menunggu mereka meletak jawatan.

"Selagi mereka belum arahkan wakil-wakil untuk meletak jawatan, maka saya rasa mereka sekarang hanya main-main saja.
"Saya harap mereka menunjukkan maruah politik masih wujud di kalangan kepimpinam baru PAS," katanya.

Setakat ini, dua bekas pemimpin PAS, Mohamad Sabu dan Datuk Mujahid Yusof Rawa, telah mengumumkan hasrat mereka untuk melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai menghormati keputusan muktamar itu.
Guan Eng menganggap kekalahan Mat Sabu dan Dr Mujahid sebagai kehilangan besar dan tidak faham mengapa PAS tidak merasakannya.

"Kerajaan Pulau Pinang merasakan ia satu kerugian tetapi malangnya PAS tak berasa begitu. Saya tak berapa faham mengapa," katanya.

Guan Eng menegaskan sekiranya wakil-wakil PAS meletak jawatan ia tidak akan menjejaskan langsung proses pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.
"Kita kena ingat wakil ADUN DAP dan PKR ada 29 org, iaitu dua pertiga daripada 40 ADUN. Jadi kami tak terjejas."-10/6/2015 (AD)

1 comment:

guru pencen 68 said...

Pencetusnya adalah PAS. Kalau tidak dimulakan tidak timbul semua tuduh menuduh. Jangan salahkan orang kedua ketiga dan seterusnya. Yang memulakan itu harus disalahkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails