Wednesday, June 03, 2015

Kena 'boo' Kerana Kritik Walak Presiden Tidak Kepada Pemuda..

Perwakilan Pemuda PAS Johor membangkitkan isu walak (taat setia) yang didakwanya diamalkan secara terpilih dalam parti Islam itu. Syafiq Aziz mempersoalkan mengapa terdapat segelintir ahli yang hanya walak kepada individu tertentu tetapi tidak kepada pemimpin sayap kanan parti itu Suhaizan Kaiat.

"Mutakhir ini timbul masalah tarbiah contohnya yang berlaku ialahwalak yang terpilih. Kita tak walak pada keputusan parti tetapi kita boleh walak pada individu tertentu.
"Sebagai contoh, kita semua dalam dewan muktamar ini bersetuju untuk walak kepada presiden, tetapi kenapa dalam konteks Pemuda, kita tidak walak kepada ketua pemuda dan saf pimpinannya hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar ketua pemuda di Muktamar Pemuda PAS kali ke-56 di Shah Alam hari ini. Kenyataan yang dibuat Syafiq itu mendapat "boo" dari pemerhati serta perwakilan sehingga menyebabkan Timbalan Pengerusi Tetap Dr Ridhuan Mohd Noor meminta supaya semua orang bertenang.

"Bertenang," kata Ridhuan.

Suhaizan dicabar anak ikon ulama PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sepenggal mengemudi dewan itu, beliau dilihat berdepan cabaran besar mempertahankannya kali ini susulan kebangkitan arus besar kumpulan proulama dalam PAS. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Ini bukan akhlak Islam ni akhlak samseng ajaran Tuang Presideng Tolol.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails