Yang keluarkan kain rentang ini mulai berani..
Selepas beberapa menteri dilaporkan mempersoalkan kemelut 1MDB, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dilaporkan telah meminta anggota kabinet untuk meletakkan jawatan jika mereka tidak bersama dengannya dalam perkara itu.
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini berkata, Najib memberi kata dua itu dalam mesyuarat kabinet Jumaat lalu, selepas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada kabinet.
Akhbar itu berkata portal dalam talian Malaysia-today.net juga melaporkan hal yang sama dan Utusan memetik sumber kabinet sebagai berkata tidak seorang pun anggota kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.
“Perdana menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian (menyatakan tidak bersama),” kata laporan Utusan itu.
Di bawah pelan rasionalisasi yang yang diumumkan oleh Husni (gambar), International Petroleum Investment Company (IPIC) akan membayar hutang 1MDB sebanyak AS$975 juta (RM3.57 bilion) kepada sebuah konsortium perbankan antarabangsa yang menuntut pembayaran empat bulan lebih awal daripada jadual.
Perjanjian dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar, akan menyaksikan hutang 1MDB dikurangkan kira-kira RM3.5 bilion dalam masa kurang dari seminggu.
Transaksi tambahan - di mana butirannya akan dimuktamadkan pada minggu-minggu akan datang - akan mengurangkan hutang 1MDB antara RM12 bilion dan RM12.5 bilion.
Pada masa yang sama, dua pembangunan utama di bawah 1MDB - Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia - akan digunakan untuk mengumpul dana dan membantu membayar hutang syarikat berkenaan.
Bolehkah katadua atau ugutan ini menyelamatkan PM Najib daripada merudum turun? (IH)
No comments:
Post a Comment