Monday, June 01, 2015

Lucu! Dipesta Bogel Berbasikal Antarabangsa..


London: World Naked Bike Ride, event berbasikal bogel antarabangsa tahunan kembali diadakan. Festival unik ini selalu membawa kisah unik setiap tahun. Tahun ini, World Naked Bike Ride yang berlangsung di Kent, England pada 29 Mei 2015 lalu.

Ada cerita lucu!

Dilaporkan Mirror UK, salah satu pesertanya telah ditahan polis sebelum acara rasmi bermula. Penyebabnya, lelaki yang tidak mahu disebutkan namanya telah diketahui erektil, 'naik ghairah'.

Kerana itu lelaki tersebut dilarang bergabung dengan peserta lain setelah beberapa peserta lain menyedari hal itu. Bila peserta mula buka pakaian, lelaki tersebut mula bertindak balas.

"Saya dengar ada yang terkejut dan saya berbalik. Itu adalah pemandangan yang sangat buruk," tutur salah satu peserta kepada Cambridge News. "Boleh dikatakan dia terlalu bersemangat dan mula ghairah. Nampaknya dia terlalu menikmati acara ini."

Walaupun terdapat kesan porno, sebenarnya World Naked Bike Ride adalah event yang sengaja diusung sebagai kempen untuk meningkatkan kesedaran masyarakat akan pelbagai isu sosial. Sementara World Naked Bike Ride yang dilangsungkan di Kent ini bertujuan untuk mengingatkan pengguna kereta agar lebih menghargai hak-hak penunggang basikal. Itu saja.

Peserta memang dianjurkan untuk tidak memakai pakaian. Namun tindakan berkaitan aktiviti seksual sama sekali tidak dibenarkan semasa acara berlangsung. Bagaikan kucing lapar dilonggokkan ikan sedap sajian dihapannya, tetapi tidak dibenarkan makan, apa jadi? Bukankah itu menyiksa?

Maka, salah satu panitia pun mendekati lelaki yang dianggap tak senonoh tadi, meminta memakai seluar kembali sambil menghubungi polis. Lelaki ini akhirnya ditahan dan dilarang untuk mengikuti acara.

Tersiksa dia. Ia kelihatan malu apabila diperingatkan, namun tak boleh berbuat banyak untuk membela diri.

"Kami tidak dapat menerima kelakuan seperti ini dan lelaki tersebut sudah ditangani dan dikeluarkan sebelum acara bermula," tutur Barry Freeman, salah satu penganjur event sebagai tanggapan atas peristiwa tersebut.

Itulah kisah lucu, gilanya manusia-munusia ala binatang di negara barat. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails