Al-Aqsha: Sekitar 200,000 kaum muslimin Palestin menjalankan ibadah shalat Jumaat pertama di bulan Ramadhan di Masjid al – Aqsa. Jamaah dari Yerusalem dan Tebing Barat mulai berbondong-bondong ke Masjid al – Aqsa dari sejak fajar.
Seperti dikutip dari wordbulletin.net, kaum muslimin Palestin bergabung dengan ratusan kaum muslimin dari berbagai penjuru wilayah dari Jalur Gaza. Tentara Israel mengizinkan sekitar 500 jamaah dari Jalur Gaza untuk melakukan perjalanan ke Masjid al – Aqsa.
Ratusan petugas polisi Israel tersebar di seluruh pintu masuk dan keluar. Setelah shalat berakhir, jamaah tersebar di al – Aqsa untuk membaca Al-Quran dan mendengarkan ceramah agama. Bagi umat Islam, Al-Aqsa merupakan masjid tersuci ketiga di dunia.
Polisi Israel mempersulit warga Palestin untuk shalat Jumaat di al-Aqsha
Sebahagian pemuda Palestina memanjat dinding pembatas untuk shalat Jum’at di al-Aqsha. (wb/lasdipo/IH)
Saya merasa amat kagum melihat kekuatan iman orang Palestin yang teguh walaupun mereka ditindas dan dizalimi oleh pengganas Yahudi dan rejim Israel. Semoga Allah melindungi mereka dari kekejaman dan kezaliman pengganas Yahudi dan rejim Israel. Amin.
ReplyDeleteOrang Islam di negara ini sepatutnya insaf dan kembali kepada ajaran Islam kerana orang Islam di negara ini masih boleh mengamalkan ajaran Islam dengan bebas tetapi malangnya terdapat orang yang mendakwa dirinya beragama Islam tetapi menentang perintah Allah dan rasulNya. Ingatlah banjir tsunami, gempa bumi, 1MsiaDlmBahaya, GST dll adalah bala atau ujian untuk kita semua. Jika manusia masih lalai dan tergila-gilakan dunia, bala atau ujian apa pula akan menimpa kita?