Sunday, June 14, 2015

Kes Farah & 'faraj': Bukti M'sia Bukan Negara Islam

Farah dikecam pengguna media sosial kerana gambarnya dikatakan menunjukkan lurah faraj - Sumber gambar Bernama

MALAYSIA bukan negara Islam, kerana kerajaan yang memerintah kini tidak berminat untuk menyelesaikan masalah gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi, yang hangat diperbincangkan. 

Farah dikatakan memuat naik gambar menunjukkan lurah farajnya setelah memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Singapura baru-baru ini.

Menurut Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, menunjukkan aurat (atau menunjukkan lurah faraj) kepada bukan muhrim merupakan isu yang sudah jelas termaktub dalam Al-Quran dan hadis, (walaupun) termasuk dalam sukan (negara). Tan Sri Harussani Zakaria, mengulas tentang gimnas negara yang dikecam baru-baru ini, lapor portal Astro Awani Online.

Harussani berkata dalam laporan tersebut.. 

“Gimnastik bukan untuk wanita Islam, menunjukkan aurat dan bentuk tubuh badan sudah jelas haram hukumnya bagi mereka.
“Jika mahu juga menyertainya, gimnas berkenaan perlu mencari serta memakai pakaian yang menutup aurat dan sekali gus mungkin tidak sesuai dengan sukan berkenaan," katanya seperti dilaporkan portal berkenaan.
Harussani merujuk kepada gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi yang dikecam kerana pakaiannya semasa acara gimnastik di Sukan SEA. Sesetengah pengguna media sosial menegurnya kerana mengatakan ia menampakkan lurah farajnya.

"Memang itu yang seharusnya, bukan sahaja gimnas, ia termasuk sukan lain seperti bola sepak kepada lelaki, sepatutnya seluar melepasi paras lutut," kata Harussani dalam laporan tersebut.


Sedangkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menulis di Twitter, 

“Dalam gimnastik Farah membanggakan hakim dan membawa balik pingat emas. Dalam tingkah lakunya hanya Tuhan boleh menghakiminya. Bukan anda. Jangan ganggu atlet negara kami.”

Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor pula berkata, sifat menghentam dan suka melihat keburukan orang lain dilihat satu fenomena biasa bagi tujuan sensasi.

"Selalunya, ini memang biasa bagi sifat manusia. Kita tidak nampak kebaikan namun nampak keburukan, rakyat kita memang bising bila ada aksi atau gambar yang menunjukkan lurah faraj, tetapi diam sahaja bila tengok drama atau filem yang melakonkan aksi peluk-peluk. Tetapi realitinya memang kita tahu keadaan berpakaian begitu memang haram," katanya dalam laporan tersebut.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata jika wanita Islam mahu menyertai sukan gimnastik, mereka perlu mencari serta memakai pakaian yang menutup aurat dan sekali gus mungkin tidak sesuai dengan sukan berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Jun, 2015.
Namun kepada penyokong Farah Ann di media sosial, Harussani (gambar) berkata, 

“Mereka itu kurang bijak kerana suka mempertikaikan isu yang sudah jelas dalam hukum Islam, jangan bermain dengan hukum Islam, agama tidak pernah kata kita boleh menunjukkan aurat kepada orang.” 

Dalam apa yang kelihatan seperti jawapan, atlet berusia 21 tahun itu menulis di Twitter bahawa 'tin-tin kosong yang membuat bising', sebelum mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya. Farah Ann juga melakukan 'retweeted' (tweet semula) sebuah posting yang ditulis: "Bagaimana manusia boleh menjadi begitu bodoh?"

Ini membuktikan bahawa pihak Menteri Belia dan Sukan tidak mengindahkan dan memperdulikan langsung pandangan tokoh agama dalam kerajaan sendiri. Sedangkan beliau adalah Mufti yang diamanahkan untuk mengawasi dan membela kedaulatan Islam di negara ini. Kerajaan pun nampaknya tidak berminat dan tidak mahu menyelesaikan kes Farah & 'faraj' ini secara Islam.

"Maka jelaslah bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam, tetapi sebuah negara sekular seperti kerajaan-kerajaan bukan Islam yang lain." Pandangan Weblog Ibnu Hasyim. (IH)

9 comments:

Anonymous said...

Bukan Negara Islam tu semua Islam

Dan Bukan Semua Islam tu betul betul Islam pon

Paling banyak Islam KAD PENGENALAN saja

Mufti Ulamak semua harap makan gaji saja pon bukan buat kerja dakwa kembang Islam

Kutuk pandai tapi pompuan kangkang tengok sampai khayal jugak

Bahalol

maae said...

Isu nasional, mereka kena fikirkan cara terbaik. Cara nya, semua pihak mesti terlibat.

Apa lagi Pas, masih "kelelong" tidak berkesudahan. Umno pula dalam senario politik 24 jam belasah membelasah juga.

PKR sebok dengan kawan Pasma baru nya, janji Pas lama tidak buat hal sebab mereka juga proksi, tetap ingin kekal kuasa.

Menangguk ikan di air keroh sebanyak-banyak nya itu memang cara Dap. Sedikit hari lagi, mereka akan juga bermadah dan berseloka kerana 'sasterawan negara' kini ingin hidup bebas bersama mereka, berfalsafah di pentas sandiwara, ternyata citra2:membawa duka ..he..he..

Pelik fikiran dan gerak kerja melayu sekarang, tunduk kepada selera nafsu nafsi serakah berbagai rupa. Janji rock !

Orang Melayu nafsu dan fikir nya besar. Namun tidak pernah sampai setanding pun dari segi kebaikan apa-apa pun. Layak nya bercakar sesama sendiri dan sering irihati... Ulama ke, professional ke, progresif ke, berbalut rapi tetapi masih berbogel ke, nyata bogel ke, tetap juga otak di kepala lutut !... he..he...

Siapa mahu hormat ? Maka lurah terbelah itu menjadi biasa di sebab "ubat kuat" power !

Anonymous said...

Kesian farah ann abdul hadi. Dia anak hj hadi presideng pas ke? Tp jimnastik nye hebat. Lg hebat lurah nye tu. Padat n kemas. Huhuhu. Tu mufti perak pun teruja nk ulas. Huhu. Harussani dah respon belom tuduhan dia anak haram oleh tok guru mat zin ibrahim, bomoh 1malaysia? Kenapa mufti takut?

Anonymous said...

Org belanja tgk je lah. Kalau Tasha punya nipple dgn panties kecik takde mufti nak komplen pun. Semua pakat tgk.
Hipokrit lebih la tuh.

Anonymous said...

We the Muslims are ordered by Allah and His messenger to enjoin Al-Ma‘roof (i.e. Islamic Monotheism and all that Islam orders one to do) and forbid Al-Munkar (polytheism and disbelief and all that Islam has forbidden)(Aal ‘Imraan 3:104).

Kita orang-orang Islam diperintahkan oleh Allah dan rasulNya untuk memerintahkan manusia menyuruh manusia lain melakukan kebaikan dan melarang kemungkaran (Aal ‘Imraan 3:104)

Masalah hari ini ialah sebahagian orang Melayu yang mengaku beragama Islam tetapi tidak mengetahui hukum-hukum Allah dan akhlak Muslim. Lebih malang lagi mereka menyokong kemungkaran dan kesesatan kerana kejahilan mereka sendiri.

Wanita yang mendakwa dirinya beragama Islam wajib menutup auratnya (An Nur:31 dan Al Ahzab:59 )

Anonymous said...

We the Muslims are ordered by Allah and His messenger to enjoin Al-Ma‘roof (i.e. Islamic Monotheism and all that Islam orders one to do) and forbid Al-Munkar (polytheism and disbelief and all that Islam has forbidden)(Aal ‘Imraan 3:104).

Kita orang-orang Islam diperintahkan oleh Allah dan rasulNya untuk menyuruh manusia melakukan kebaikan dan melarang kemungkaran (Aal ‘Imraan 3:104). Oleh sebab itu, orang Islam berhak menegur perempuan Islam yang mendedahkan aurat mereka. Wanita yang mendakwa dirinya beragama Islam wajib menutup auratnya (An Nur:31 dan Al Ahzab:59)

Masalah hari ini ialah sebahagian orang Melayu yang mengaku beragama Islam tetapi tidak mengetahui hukum-hukum Allah dan akhlak Muslim. Lebih malang lagi mereka menyokong kemungkaran dan kesesatan dan menentang perintah Allah dan rasulNya kerana kejahilan atau kezaliman atau penderhakaan atau kemunafikan mereka sendiri.

Anonymous said...

PEMBETULAN/CORRECTION:

Salam tuan webmaster,

Saya mohon tuan webmaster sudi memadamkan (delete) komen saya pada June 15, 2015 at 5:56 PM kerana kesilapan menaip (typo error). Pembetulannya telah saya buat dalam komen di atas pada June 15, 2015 at 6:04 PM.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Tahniah dan syabas kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kerana keberanian beliau melarang wanita mendedahkan aurat di hadapan bukan mahram.

Tindakan sebahagian orang Melayu yang jahil yang cuba menghalalkan yang haram dengan mencipta pelbagai alasan yang bercanggah dengan Islam boleh menyebabkan kufur akidah. Allah telah memerintahkan perempuan Islam menutup aurat mereka maka tidak wajar sebahagian manusia Melayu mempertikaikan perintah Allah dan rasulNya !

Anonymous said...

Faraj Ann Abdul Hadi ni mungkin bukan orang Islam. Dia jenis orang moden konon pandai cakap english tak payah ikut agama islam. Aku ni yang handal cakap english pun tengah cuba memperbaiki diri dekat kepada Islam. menyampah betul bila orang menumpang nama Islam lepas tu nak buat ikut suka dia. Aku rasa tak selamat tinggal kat malaysia ni dah. macam ada bencana yang bakal menimpa. Kalau ikutkan aku bungkus je orang macam si Faraj Ann Abdul Hadi ni dan yang sewaktu dengannya dalam karung, lepas tu buang dalam je sungai. Tapi biasa la, banyak orang bodoh. Esok2 dah kono kanser, kepalo botak, tetek dah hilang sebolah, colah kangkang dah membusuk baru laa nak belajar agama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails