Friday, June 26, 2015

Pakaian Bersopan: Pandangan Seorang Sekular Dr M..

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun pegawai-pegawai kerajaan mempunyai etika berpakaian dan perlu dipatuhi tetapi ia tidak boleh memaksa seseorang mengenakan pakaian secara mandatori. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Jun, 2015. 

Tidak wajar menyekat kebebasan berpakaian seseorang sama seperti yang diamalkan negara Afghanistan, Pakistan, dan Arab Saudi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, walaupun pegawai-pegawai kerajaan mempunyai etika berpakaian dan perlu dipatuhi, tetapi ia tidak boleh memaksa seseorang mengenakan pakaian secara mandatori.

"Kita sedang bergerak ke belakang. Tak lama lagi jangan kata pakai seluar pun tak boleh.
"Kita buat macam Pakistan, Afghanistan, Arab Saudi pasal tu budaya dia. Kita nak jadikan budaya kita, itu itu masalah," katanya kepada pemberita di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Mahathir turut mempertahankan orang awam yang melawat hospital berpakaian pendek, katanya menjadi hak individu berpakaian dan tidak melibatkan pihak berkuasa.

"Orang nak pakai seluar pendek itu dia punya hal lah. Dia nak pergi hospital itu dia punya hal jangan dia bogel sudahlah," katanya.

Pengawal keselamatan di Hospital Sungai Buloh pada kelmarin dilaporkan menahan seorang wanita berseluar pendek dan hanya membenarkannya masuk ke dalam premis bangunan selepas memakai tuala yang membaluti pinggang hingga kakinya.

Itu merupakan insiden ketiga melibatkan kod etika berpakaian, selepas bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor juga menghalang seorang wartawan dan seorang penduduk Klang masuk kerana berskirt pendek.
Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Gombak pada awal bulan juga mengarahkan seorang wanita yang berpakaian ringkas di atas lutut memakai sarung sebelum boleh mendapatkan perkhidmatan di kaunter.

Semalam, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dilaporkan memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 kepada wanita Islam negeri itu yang berpakaian mencolok mata, termasuk mengenakan pakaian terlalu pendek atau ketat sepanjang Ramadan. - 25 Jun, 2015.




Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa hendak dikatakan, begitulah cara berfikir bekas seorang pemimpin sekular dari sebuah Negara umat Islam sekular. Cara berfikir yang sudah dibasuh dengan cara berfikir penjajah yang memperkosa Negara umat Islam.

Yang arif bahagian agama akan faham di mana silapnya. Jauhari yang mengenal manikin, bukan sekuntum bunga indah diberi kepada beruk yang bodoh bernafsu...

7 comments:

Hj Aduka said...

Jangan MENGARUT Tun M...Perempuan pakai seluar pendek BUKANLAH budaya Malaysia. Tapi, tak tau la mungkin budaya KERALA yg diimport masuk oleh suku sakat keturunan KERALA.

MatDuan said...

Kan dress code yang diperkenalkan tu adalah standard global "pakaian bersopan" je..takde pon nak sampai menutup aurat (seperti orang Islam). Susah sgt ke nak ikut?

Dan satu lagi....kalau ada "dress code" kemudian tak mau atau tak boleh dienforce...tak payah ada la...buat jadi bahan ketawa orang je... Ini sampai pengarah tu pengarah ni minta maaf sana sini...aisy...buat malu je..

andah said...

Datang separa bogel aje la. Tengok apa Tun nak komen.

Anonymous said...

Jika nak bercerita tentang budaya saya rasa budaya cina lagi bersopan dari dulu2 ntah macammana pulak jadinye yg mereka berpakain sedemikian rupa malah di kolej2 swasta seolah2 tiada lansong kod eteka berpakaian sehingga ada yg seolah2 berpakaian seluar dalam je ke kuliah, mahadir suka ke?

Anonymous said...

Tang ni aku tak setuju dgn tun...aku pon sekular juga...tapi aku bersandar pd quran dn sunah...selagi tiada larangan aku buat semau2nya...bila ada larangan aku vuba elak darinmelakukanya atau bersetuju dgn nya

Anonymous said...

Sekular, takkan beriman dengan qurqn dan Sunnah?

Anonymous said...

Ehhhh ada...hang je tak tau!!..kalu hang rajin baca hang pasti tau ada sekular yg beriman...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails