Friday, June 12, 2015

Pelancong Bogel, Jadi Sensasi.

Penahanan Pelancong Bogel, Tabloid UK Guna Tajuk Sensasi
AKHBAR tabloid British sengaja memberikan tajuk sensasi bagi melaporkan berita penahanan pelancong asing yang dipercayai berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu.
Sengaja memainkan sentimen penulisan sensasi, akhbar-akhbar tabloid itu menulis tajuk seakan-akan merujuk penahanan mereka adalah disebabkan alasan yang tidak munasabah iaitu disebabkan perbuatan mereka berbogel, gempa bumi berlaku di Sabah.
Namun sebenarnya, seperti yang kita ketahui, mereka ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh walaupun tindakan mereka sudah dilarang oleh malim gunung yang bertindak memimpin mereka dalam pendakian tersebut.
Antara tajuk sensasi yang diletakkan adalah seperti, “Your boobs have angered mountain gods” (Payudara anda telah membuatkan tuhan gunung marah), “Naked Brit girl caused killer quake” (wanita British bogel penyebab gempa bumi yang membawa maut) dan “Nude student faces jail for causing deadly quake” (Pelajar bogel berdepan hukuman penjara kerana menyebabkan gempa bumi).
Semalam, pihak polis telah berjaya menahan empat daripada sepuluh pelancong asing untuk siasatan lanjut.
Empat yang ditahan terdiri daripada Hawkins yang dipercayai warganegera British, dua adik-beradik dari Kanada dan seorang lelaki Belanda.
Mereka ditahan reman sehingga Sabtu ini di atas kesalah melakukan kelucahan melampau di tempat awam.
Pihak polis percaya enam lagi pelancong asing yang masih bebas, kebanyakannya warganegara Eropah, masih lagi berada di Sabah.
5 Jun lalu, satu gempa bumi bermagnitud 5.9 skala richter melanda Gunung Kinabalu yang mengorbankan 18 nyawa. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails