Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menggesa agar kesalahan dalam undang-undang syariah dipinda agar hukumannya selaras dengan enakmen jenayah syariah atau hudud yang digagaskan parti itu di Kelantan.
Katanya, pindaan itu akan membolehkan hudud dilaksanakan sedikit demi sedikit di negara ini sekalipun ia tidak dapat dilaksanakan secara keseluruhannya.
"Jika pun kita tidak dapat melaksanakan kesemuanya, kita jangan meninggalkan kesemuanya," katanya sewaktu menyampaikan ucaptama di Muktamar Pemuda PAS di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan negeri Selangor, Shah Alam petang ini.
Beliau mengambil contoh kesalahan murtad, qazaf (menuduh orang berzina), minum arak dan zina yang sedia terkandung dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1969 (Akta 355).
Menurutnya, kesalahan-kesalahan ini turut terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.
"Cumanya, hukuman bagi empat kesalahan ini tidak berdasarkan hukum syarak kerana terikat dengan had hukuman yang ditetapkan Akta 355.
"Empat kesalahan ini sekian lama diperuntukkan dan dibicarakan di Mahkamah Syariah.
"Justeru, tidak timbul yang kesalahan ini bercanggah atau bertindih dengan kesalahan jenayah yang berada di bawah bidang kuasa Persekutuan," katanya. – 2 Jun, 2015
Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
No comments:
Post a Comment