LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
WALAUPUN DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud, keadaan masih tidak jelas apabila pemimpin PAS kelihatan keberatan menerima perkembangan itu. Selain beranggapan ia “pandangan DAP”, seorang pemimpin lantang PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata pengumuman DAP hari ini bermaksud parti itu keluar Pakatan.
Bagaimanapun, kata anggota jawatankuasa Pusat PAS itu, gabungan PAS-PKR tidak terjejas dan Pakatan sebenarnya masih kekal.
“Pakatan terus kekal dengan gabungan PAS dan PKR, sebagaimana pernah berlaku kepada Barisan Alternatif (BA) sebelum ini,” katanya merujuk peristiwa pada tahun 2002 itu.
DAP ketika itu keluar BA selepas pertelingkahan isu negara Islam yang digagaskan PAS.
Sementara itu, mengulas keadaan di Selangor, Zuhdi berkata PKR perlu membuat keputusan sama ada akan meneruskan gabungan dengan PAS dalam Pakatan atau tidak.
“Sekiranya PKR juga menarik diri dari Pakatan, maka tidak mustahil kerajaan negeri Selangor goyah,” katanya.
“Sekiranya PKR terus bersama PAS dalam Pakatan, maka mereka perlu menentukan sama ada menerima kehadiran DAP dalam Kerajaan Selangor atau tidak, di samping mereka juga perlu menentukan sama ada meneruskan sokongan kepada DAP di Pulau Pinang atau tidak.”
Keputusan itu, katanya lagi, bakal menentukan negeri mana yang menjadi goyah, kerajaan negeri Selangor atau kerajaan negeri Pulau Pinang.
Beliau juga berkata tidak mustahil formula Tengku Razaleigh Hamzah melalui dua barisan pembangkang akan dipakai semula di negara itu.
Parti Melayu Semangat 46 sekitar tahun 90-an memimpin barisan pembangkang melalui dua gabungan berbeza – Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat.
APU menyaksikan gabungan parti-parti Islam, termasuk PAS, sementara Gagasan Rakyat pula menyaksikan gabungan Semangat 46 dengan DAP, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Bersatu.
PAS belum menyatakan pendirian rasminya setakat ini. Seorang pegawai penerangan parti Islam itu menegaskan bahawa kenyataan Zuhdi itu cuma pandangan peribadi.
Bagaimanapun, kenyataan Zuhdi itu siarkan di Facebook Dewan Ulama dan yang hampir sama di organ rasmi PAS, Harakahdailyhari ini.
Bagaimana PM Najib.. Tersungkur? (IH)
1 comment:
persoalannya...knp dap sgt anti dgn pas?
1. adakah krn hudud...x lojik...pas bkn baru...dari dulu dap dh tau dasar pas
2. krn undi cina? separa lojik...dap dah menguasai undi cina...so mungkin dia nk tunjuk dap x takut melayu...but why?
3. krn undi melayu? x lojik...knp nak undi melayu dgn menghina org melayu sedangkan melalui pas...melayu mendekati dap
4. krn ros? ada lojik...mungkin bn dah peras ugut dap...ada perjanjian blkg mati...lemahkan pr...dap still survive dgn undi cina...tp pkr akan tersungkur excpt kawasan majoriti non malay...pas mungkin akan tertempias jgk...tapi bn selamat..najib xkan bodoh sgt tak guna leverage ros...smpi skrg pun ros x buat keputusan lagi...so...follow najib order...or ros bubarkan dap...well u can go to court...tapi court nak bersidang...mkn 2 to 3 years...in the mean time dap sure berpecah...igt semua dlm dap mangkuk lks lge semua ke? ros batal...berebut depa tubuh dap baru...so dap akan berpecah dan terkubur...so demi survival dap...lemahkan pr utk bg ruang bn menang pru14...dap survive...bn or umno survive...imagine...dgn 1mdb, gst, ringgit merundum, rosmah...yet najib still konfiden...igt najib konfiden kosong ke...so dun b surprise klu ada early pru...once pr betul2 pecah...things will fall into their places and boom...tapi kene tabik kt dap...depa buat kerja halus dgn menggunakan org dalam pas sendiri...gunakan keldai utk usik core belief of pas...seolah2 mcm gunakan org dalam dap utk buang kecinaan dlm dap...sure akar umbi memberontak...and itu yg dap nak..an excuse to destroy and weaken pr...kesian keldai2..they think they were doing benda suci...
Post a Comment