Tuesday, June 09, 2015

Sikap B/Penyanyi Aishah Terhadap Pimpinan 'proulama' PAS Sekarang..


Malaysiakini melaporkan..

Kumpulan konservatif terus mendapat penolakan daripada bekas 'orang kanan' mereka ketika berusaha mendapatkan sokongan rakyat suatu ketika itu.

Hari ini bekas penyanyi Aishah membuat beberapa catatan di Facebook dengan menyindir golongan berkenaan. Menggunakan lirik lagu Tegar, Aishah menyinggung kumpulan proulama PAS:

PAS yang dulu bukannya yang sekarang,
dulu PAS for All sekarang PAS for ustaz
dulu dulu dulu dakwah kasih sayang
sekarang dakwah siku lutut

Cita-citaku menjadi hamba mulia
dibimbing oleh orang yang kuat agama
tapi tapi tapi apa dah jadi
jemaah dicaci begini


Pernah menjadi anggota Dewan Muslimat PAS, beliau yang mempunyai nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin juga menyindir sikap pemimpin proulama.

Aishah yang sebelum ini terkenal dengan lagu Janji Manismu juga menulis di Facebooknya, PAS ketika ini tidak lagi membawa pendekatan seperti pernah dikenalinya.

Kata Aishah, parti itu pernah membawa slogan “PAS Untuk Semua" tetapi kini dilihat seolah-olah hanya golongan ustaz sahaja yang berhak berada dalam barisan kepimpinan parti berkenaan.

Dalam tulisan lain, Aishah yang pernah bertanding di atas tiket PAS untuk kerusi parlimen Jempol turut menolak pelantikan sebagai anggota Biro Kesenian Kebudayaan dan Rekriasi PAS.

Aishah dengan sinis menulis: "Hai la ustazah nak cari juga jebon-jebon parasit PAS buat apa. Ustazah carilah ustazah yang boleh buat kerja tu, hehe jangan cemari 'kebersihan' pimpinan baru ini, katakan tidak pada pelantikan,” katanya.

Dalam pemilihan Dewan Muslimat PAS lalu, semua penyandang jawatan tertinggi itu gagal mempertahankan jawatan masing-masing dan telah ditewaskan oleh calon yang dikatakan proulama. (Mk)

Pemimipin boleh datang dan pergi, namun perjuagan Islam tetap kekal abadi, tidak mati.

3 comments:

Anonymous said...

tu baru seorg aishah, ramai lagi penyokong tegar PAS sudah tawar hati dgn kepimpinan PAS.

apatah lagi org bukan islam yg selama ini membawa bendera PAS, duduk depan mendengar ceramah PAS, mereka yg barunk berjinak dgn perjuangan Islam sudah tentu akan rasa tertipu dan akan menolak PAS.

PAS pun tknk menang pilihanraya. harap PAS tk bertanding PRU14 nnti. biar PR saja yg lawan BN, PAS dok jagalah kelantan lawan banjir je.

PAS telah mengkhianati legasi TGNA yg berusaha dan berjaya menarik hati2 bukan islam mendekati islam.

wahai pengkhianat islam dlm PAS, jgn merasa megah memfitnah melabel, jgn merasa mendapat redha Allah, jgn merasa sedang membela ulamak, jgn perasan kamu kuat.

penyokong PAS tegar baru dn bukan islam majoriti sudah tawar hati dgn PAS.

malah ada yg lebih suka tgk umno memang lawan PAS.


inilah perjuangan bijak pandai pro ulamak dlm PAS.

rakyat sedar PAS bukan Islam dan Islam bukan PAS, jgn nk ugutlah rakyat dgn wala'.

ahli PAS bolehlah ditakutkan dgn wala', rakyat tk kenal apa itu wala'. rakyat mahu pembelaan dpd BN yg memeras selama ini.

bagi rakyat anwar hadi kit siang adalah pemimpin semata2 . takde taksub kpd individu. siapa dpt membela rakyat, dia disokong rakyat. siapa mengkhianat ditolak rakyat tk kira ulamak atau perompak.


tolonglah keluar PR dgn terang dan jelas sebelum PRU14. pergilah bersama umno dgn terang dn jelas biar senang rakyat memilih.

jgn sebelah kaki bersama PR, sebelah kaki lagi bersama umno dibawah meja. ini munafik namanya.

klu benar bersama umno demi islam dn melayu, sila jelaskan jgn selindung. tidak salah niat itu jika benar dan jujur. tp jika didalamnya ada habuan dunia, maka jgn salahkan rakyat. syg rakyat adalah ilham Tuhan , benci rakyat juga ilham Tuhan.

Anonymous said...

Komen macai umno

Anonymous said...

Golongan ulama dalam pas jangan bimbang.. kami rakyat marhem dari golongan profesional sanggup membantu bersama2 membangunkan islam dan negara.. bukan ada 7-8 org je golongan profesional kt malaysia ni.. takbir!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails