Wednesday, June 03, 2015

Tegur Bacaan Al-Quran Ketua Pemuda..

Perwakilan Pemuda PAS Terengganu dilaoprkan telah menegur bacaan al-Quran Suhaizan sebelum melaungkan slogan perjuangan. Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar ketua pemuda di Muktamar Pemuda PAS kali ke-56 di Shah Alam hari ini.
 
"Perbetulkan bacaan al-Quran sebelum melaungkan perjuangan. Jangan ambil mudah bacaan al-Quran. Bacaan al-Quran ini pun tidak diperhalusi jadi di mana wawasan rabbani, fakih dan haraki yang diutarakan?" kata Raja Arizal.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh perwakilan Selangor Mohd Zuhdi Mat Piah.

"Saya tak minat nak kritik dalam Facebook tetapi saya nak kritik di sini, di muktamar. Sepatutnya ucapan itu dibaca berkali-kali dan dirujuk dulu dengan mereka yang mahir terutamanya kalimah yang menggunakan bahasa Arab.
“Saya minta maaf dan saya tak nak ia berulang dan disebut di media sosial di luar sana. Kita sebut di sini (muktamar),” katanya.
 
Suntingan dari laporan Malaysiakini. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails