Tuesday, June 30, 2015

Telanjang, ADUN Perolok Etika Pakaian & Agama Rasmi Negara?


ADUN: Pakai apa saja janji jangan telanjang.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara Ng Sze Han mungkin mahu menempa kontroversi baru dengan memperolok-olokkan kod etika pakaian di pejabat kerajaan.

Beliau memuat naik gambar di Facebook memaparkan notis cara berpakaian untuk berurusan di pejabatnya yang membenarkan sebarang bentuk pemakaian “selagi tidak berbogel”.

“Anda dialu-alukan berskrit mini atau berseluar, baju tiada lengan dan apa saja yang anda selesa, selagi tidak berbogel.
“Anda tidak akan diberikan kain sarung atau tuala. Kami hormat kebebasan anda dan kebebasan cara berpakaian,” menurut gambar notis yang dimuat naik semalam.



Beliau juga memuat naik tujuh cara berpakaian yang dibenarkan sebagai panduan untuk pengguna.

Ia termasuk gaya kasual (gambar berseluar pendek), profesional (berdasi dan tali leher), tradisional (pakaian Melayu), pakaian ketat, anggun (berkain belah ke paha) dan pakaian sukan (ala ahli gimnastik).

Malah, dimuat naik juga gambar beliau dan beberapa orang bergambar dengan notis itu, kain sarung dan tuala sambil tersenyum.

Sebelum ini, tindakan seorang wanita diminta memakai kain sarung ketika berurusan di pejabat kerajaan mencetuskan kontroversi di alam maya.
Begitu juga dengan gambar wanita yang lain bertuala yang disebarkan meluas serta insiden hampir sama melibatkan wartawan di bangunan kerajaan negeri Selangor.

Tidak cukup dengan itu, kaedah pemakaian ahli gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi juga dikritik banyak pihak walaupun beliau mengharumkan nama negara dengan membawa pulang pingat emas dalam kejohanan baru- baru ini.

Sementara itu, tindakan Ng itu berpotensi menimbulkan kembali kontroversi sekitar cara pemakaian yang mula reda itu.


Adakah tindakannya ini memperolok-olokkan kod etika pakaian & Islam Agama rasmi negara? (IH/Sumber MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails