Friday, June 26, 2015

Tikus Banyak, Peluang Tambah Pendapatan? Jom..

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

SEBENTAR tadi, di sebuah kedai runcit Aceh, seseorang sedang membaca akhbar, seorang sedang duduk di bangku kecil di suatu sudut depan kedai, dan seorang sedang memilih-milih untuk membeli barangan. Tukang jual, mungkin taukeh kedai sedang senyum di kaunter duit.

"Ini ada berita menarik, dari bahan buangan boleh tambah pendapatan!" kata yang sedang baca akhbar.

Yang lain semua tersentak, "Apa beritanya?"

"Ini!" Dia baca kuat-kuat.

[ Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merancang untuk meningkatkan ganjaran menangkap tikus kepada RM3 seekor dalam 'Kempen 1 Tikus 1 Ringgit'.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr Hayati Abdullah berkata ia bagi memberi lebih motivasi kepada masyarakat dalam memenuhi sasaran DBKL untuk menangkap 50,000 ekor tikus setahun.

"Kami peruntukkan RM50,000 setahun untuk kempen ini namun peruntukan ini tidak pernah dihabiskan.
"Oleh itu aktiviti menangkap dan mengawal haiwan perosak ini perlukan kerjasama dan sokongan anggota masyarakat," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tahun lepas DBKL mengumpul 10,498 ekor tikus yang diserahkan orang ramai, namun jumlah itu masih di bawah sasaran 50,000 ekor yang ditetapkan
.
]


"Dia (Dewan Bandaraya) pon tak larat nak tangkap tikus, nak suruh kita tangkap pulak?" potong cakap oleh yang duduk di bangku kecil di sudut depan kedai itu.

"Dengar dulu orang baca bagi habis, baru potong." jawab yang sedang memilih barangan. Dia pilih untuk beli barang tambahan nak niaga di pasar Ramadhan petang ini.

Yang tadi pun terus sambung membaca..

[ Dr Hayati berkata orang awam boleh menjana pendapatan sampingan sehingga RM50 sehari hasil menangkap tikus. Kempen '1 Tikus 1 Ringgit' mula dijalankan pada 2008.

Bernama sebelum ini melaporkan lima pasar awam di sekitar Kuala Lumpur antaranya Pasar Borong Selayang dan Pasar Chow Kit semakin kritikal dengan pembiakan tikus yang dikhuatiri boleh membawa penyakit seperti leptospirosis atau kencing tikus.

Tiga lagi pasar ialah Pasar Pudu, Pasar Sentul dan Pasar Keramat.

Menurut Jabatan Kesihatan Persekitaran DBKL, dalam tempoh sebulan pihaknya berjaya menangkap kira-kira 6,000 ekor tikus di kelima-lima pasar  tersebut dengan purata tangkapan sehari mencecah sehingga 50 ekor di setiap pasar itu.
- Bernama
  ]

Selesai baca, semua diam. "Haa bagi la pendapat bagaimana nak tambah pendapatan dengan tikus-tikus itu?"

Kerana tak ada yang bercakap, aku mula menyampuk..

Panorama indah, kampungku Balik Pulau, Pulau Pinang. Gambar ini diambil dari atas bukit tengah-tengah Pulau Pinang. Nun di bawah sana, di situlah kampungku..
Kampung Melayu, Balik Pulau.

"Hal ini mengingatkan aku di zaman remaja dan waktu sekolah dulu, di Balik Pulau, Pulau Pinang. Di belakang deretan rumah-rumah Kampung Perlis, kampungku itu terdapat sawah-sawah padi. Keluarga aku pun termasuk keluarga petani, walaupun ayahku agak lebih sikit, sambil-sambil menjadi guru agama.
"Tiap-tiap tahun (masa itu tanam padi setahun sekali) tanaman kami ditimpa bencana, iaitu diserang tikus. Habis tanaman padi musnah. Kerajaan waktu itu (Perikatan-lambang kapal layar, kalau sekarang BN/dacing) mengarahkan kampung-kampung mengadakan gotong royong membasmi tikus." Kataku.

"Aku nak tanya sikit." kata yang baca akhbar tadi, "Bagaimana orang-orang kampong tangkap tikus itu? Berjaya ke?"

"Begini cara kami tangkap tikus!" aku mula menerangkan.

"Mula-mula buat dua barisan. Barisan pertama siap kelengkapan menyerang dan membunuh tikus. Cangkul, parang, kayu keras, penyembur gas dipinjam dari jabatan pertanian, buluh gunanya kalau jumpa ular (kerana ular lemah dengan buluh). Barisan ini jalan mengiring, menggempur dan menggembur tanah-tanah di mana ada lubang tikus.  Kawal dan musnah jangan sampai ada tikus yang lepas lari.

"Barisan kedua ini pun dengan kelengkapan yang sama, jalan mengiring, mengikut barisan pertana. Kumpulan barisan ini merupakan saringan kedua supaya jangan ada sekor pun tikus-tikus yang terlepas pandang, walau hingga ke anak cucunya. Begitulah serangan dilakukan dari petak ke petak sawah hingga selesai, di sesuatu daerah.

"Akhirnya tikus-tikus mati itu dilonggok bagaikan busut. Datang pegawai pertanian, kira. Dibayar seokor 50 sen. Kadang-kadang harga makan gotong royong itu lebih banyak dari harga upah bunuh tikus yang dapat. Kamu tanya berjayakah? Aku jawab, berjaya, tapi hanya dari segi moral!". Begitu, penjelasanku.

Akhirnya, kawan yang sedang pilih barang itu bertanya lagi. "Maaf, aku tanya sekali lagi, bagaimana nak tambah pendapatan dengan tikus-tikus bandaraya KL seperti yang disebutkan itu? Tolong jawab ringkas, aku nak cepat balik berniaga petang ini."

Masing-masing terdiam, susah juga nak pecahkan masalah ini agaknya.

"Beginilah.." jawab tukang jual di kaunter bayaran yang berotak bisnes, setelah nampaknya macam berfikir bersungguh-sungguh berkata, "Kita tubuh saja satu kumpulan terdiri dari beberapa orang, bagaimana nak tangkap tikus.
"Pergi runding dengan DBKL atau syarikat pembunuh serangga.. Fikirkan bagaimana nak dapat membunuh 1,000 ekor tikus satu minggu. Kalau boleh berjaya itu, berjayalah kita membuat perusahan untuk menambah pendapatan. Fikirlah masak-masak."

Itu langkah pertama, jom kita cuba berkreatif.

Sekian.

  
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
25 Jun 2015 KL

10 pagi.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

3 comments:

Anonymous said...

Ada cara lain lagi nak jana pendapatan... tikus tetap tikus, tak kiralah tikus tu dari KL ke, Selangor ke, Perak ke, atau mana-mana sahaja... DBKL bukan tahupun tikus tu dari pasar-pasar tu atau tidak.... jadilah PENGIMPORT TIKUS.

Satu lagi makhluk perosak ni memang terkenal dengan kepantasan membiak... apa lagi biak tikus-tikus tu... lagi pun hospital pun ada bela tikus untuk tujuan penyelidikan yang dibela dengan keadaan bersih dan terkawal.

DBKL nak tikus, jadi serahkan tikus.... jangan beri TETIKUS sudahlah.

Jadi DBKL kena fikir kemungkinan-kemungkinan ini, jika tidak kena tipu.

Anony said...

Nak basmi tikus, alam sekitar kena lah bersih dan tak Ada sisa-sisa makanan. Begitu juga dengan kehadiran burung-burung gagak. Makhluk-Makhluk ini diciptakan untuk membersih persekitaran. Kalau kita tak menjalankan tugas kita, Makhluk-Makhluk ini ambil alih tugas kita, termasuk tugas majlis-majlis tempatan.

Kalau Majlis-majlis Tempatan menjalankan tanggungjawab dengan teliti, terutama berkaitan kebersihan premis-premis menjual barang-barang makanan serta gerai-gerai makanan dan restoran, pasti masalah ini tidak se kritikal yang dihadapi sekarang.

Local authorities ought to use both the carrot and the stick to resolve this unpalatable problem. Buat apa undang-undang kalau tak mahu menggunakannya.

Mungkin terdapat terlalu banyak kerusi-kerusi ampuk di pejabat se hingga pekerja-pekerja majlis tempatan kurang berminat menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan.

Setakat mengubat symptom tanpa menangani puncanya tidak akan menyebuh sesuatu penyakit.

Anonymous said...

INI GAYA GOMEN NAK BAGI ORANG ORANG MELAYU DUIT POKET LEPAS KEBAS DARI GST

GOMEN TENGOK MELAYU MACAM TIKUS SAJA SEKARANG

HANYA SAMPAH SAJA ADA BANYAK TIKUS

YANG JELAS DUIT BR1M TUK MELAYU MELAYU TAK CUKUP SEBAGAI PAU RASUAH

APA KAH MELAYU SINONIM DENGAN TIKUS?????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails