Suzanne mengenakan baju berwarna merah jambu dan putih bersama skirt merah semasa disuruh memakai kain batik. Foto – Facebook Suzanne G. L. Tan.
KL: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini memohon maaf di atas insiden meminta seorang pelanggan menyarungkan kain batik bagi berurusan di kaunter jabatan itu.
Dalam satu kenyataan media hari ini, JPJ memohon maaf kepada Suzanne G. L. Tan atas kesulitan dihadapinya.
Menurut kenyataan itu, JPJ juga menyatakan bahawa mereka tiada mempunyai peraturan khusus seperti memberikan kain batik kepada pelanggan yang tidak berpakaian formal bagi berurusan di jabatan itu kerana ia akan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang ramai.
BACA:Wanita disuruh pakai kain batik di pejabat JPJ
Namun begitu, tegas kenyatan itu, JPJ juga mempunyai etika berpakaian seperti jabatan kerajaan yang lain dan orang ramai diminta untuk mematuhi peraturan berkenaan.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan dan tindakan akan diambil terhadap pihak bertanggunjawab terhadap isu kain batik itu.
Melalui kenyataan yang ditulis oleh Liow di Facebook, beliau juga menekankan bahawa pihak berkuasa tidak harus membebankan rakyat dengan garis panduan yang tidak diperlukan.
Sejurus selepas kenyataan ini dimuat naik, para netizen tidak melepaskan peluang meninggalkan komen terhadap kenyataan tersebut.
Menurut seorang pemegang akaun bernama Brendam Lim, dia berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan secepat mungkin terhadap kakitangan berkenaan yang menimbulkan isu sensitif terhadap kaum lain.
Manakala pemegang akaun bernama Spartacus pula berpendapat setiap rakyat harus mematuhi etika berpakaian yang dikenakan oleh jabatan kerajaan dan pakaian kurang sopan seperti memakai skirt atas lutut tidak harus dibenarkan dalam premis rasmi.
KL: Seorang wanita mendakwa dipaksa menyarungkan kain batik sebelum dibenar menjejakkan kaki ke dalam bangunan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
Wanita yang dikenali sebagai Suzanne G. L. Tan itu menyatakan ketidakpuasan menerusi profil Facebook lantas mendapat perhatian meluas para netizen.
Menurut status yang dimuat naik tersebut, Suzanne mengunjungi pejabat JPJ yang terletak di Wangsa Maju bagi uruskan perpindahan hak milik kenderaan yang dijualnya.
Walau bagaimanapun, dia didekati pegawai JPJ yang bertugas di kaunter nombor. Pegawai berkenaan menyatakan bahawa pakaian yang dikenakannya tidak bersesuaian untuk sebarang urusan formal di JPJ.
Suzanne kemudiannya memuat naik tiga keping gambar di Facebook. Satu gambar adalah di luar premis, sebelum memakai kain batik, manakala dua lagi semasa berada di dalam bangunan dan sedang menjalankan urusan.
Namun Suzanne tidak menyatakan bilakah insiden itu berlaku. Pada masa yang sama, JPJ menerusi akaun Twitter mengingatkan pelawat supaya mematuhi peratuan berpakaian semasa mengunjungi pejabat mereka.
Mereka yang berhasrat melakukan urusan di mana-mana premis rasmi kerajaan dinasihatkan supaya berpakaian bersesuaian. Namun begitu, terdapat beberapa reaksi yang menyokong atau tidak bersetuju dengan tindakan pegawai JPJ itu. (IH)
1 comment:
Kenapa perlu ada peraturan begini bila ISTERI DS NAJIB pun TAK TUTUP AURAT, PELUK CIUM SAPA 2 yang dia suka dan katanya dia tu orang ISLAM.
PN.SUZZANE TAN bukan beragama ISLAM....dia berpakaian SELAYAKNYA dan dia DAH biasa dengan pakaian begini sejak disekolah lagi.Bukan kah sekolah2 kerajaan Malaysia ni mengajar murid2 bukan Islam berpakaian menutupi setakat zon TUBUH sama seperti PUAN SUZZANE TAN?
Habis mengapa sibuk suruh beliau pakai sarung?
Siapakah yang menyuruh tu?
Apa hak dia keatas Pn.Suzanne Tan?
Sudah kah dia (yang mengarahkan Pn. Suzanne Tan) belajar Ugama Islam?
Sudah kah anak dan isteri beliau taat berpakaian SELAYAKNYA?
Berani tak beliau mengarahkan bini DS Najib berpakaian SELAYAKNYA sebagai orang Islam.?
SAYA MERASAKAN BELIAU (YG MENGARAHKAN PN.SUZANNE) ada lah MELAYU UMNO yang gian KUASA..... nak tunjuk Melayu berkuasa DiMalaysia, padahal mereka adalah bangsa yang paling miskin di Malaysia, mereka bangsa yang paling ramai dijadikan PENGEMIS BRIM oleh kerajaan yang MEMBELA dan MEMPERJUANGKAN bangsa Melayu.
Lebih 50 tahun berkuasa namun gagal memertabatkan bangsa nya, ini bukti BANGANG nya mereka yang terus menyokong.
Sebagai seorang peniaga, kalau pengurus yg kita beri tugas telah merugikan bisnes kita... kita pasti tukar pengurus baru. Di Malaysia, pengurus negara telah 16 tahun berturut turut menguruskan kewangan dengan DEFISIT....WAJARKAH KITA KEKALKAN PENGURUS BEGINI?
Pakaian Pn Suzzane di sibuknya... bikin malu bangsa Melayu yang memang tidak tahu malu...
Bangsa termiskin,pemalas, Islam nya sekerat sekerat, minda nya takut bersaing dan banyak lagi yang perlu kita baiki pada diri sendiri....
Lagi satu, BANGSA Pn. Suzzane ramai yang berpakaian demikian dan tak buang anak merata rata macam bangsa Melayu.... Marilah kita baiki kelemahan diri, keluarga dan masyarakat kita dulu....bangsa lain dan lebih lebih lagi AGAMA LAIN... jangan kita sentuh sehingga lah mereka kagumi kita. (Dr.G)
Post a Comment