Tuesday, July 28, 2015

4 Perkara Untuk PM. Antaranya, Letak Jawatan Segera! -Dr Mujahid. (99)

PENANG_MUJAHID_090715_TMIHASNOOR_02
Dr Mujahid.
 

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?  E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Pembentukan semula Kabinet oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri menimbulkan pelbagai kebimbangan yang boleh menyebabkan krisis kepercayaan rakyat terhadap pemerintahan negara.

Perkara ini boleh membawa kepada suasana tidak stabil dan menjejaskan perjalanan negara.

Memecat TPM atas alasan kritikan terbuka terhadap 1MDB boleh mengundang ketidakpercayaan pada siasatan adil dan telus melibatkan PM sendiri. Begitu juga pemberhentian Peguam Negara yang sedang mengendalikan kes 1MDB boleh menjejaskan kepercayaan apabila Eksekutif campur tangan urusan kes yang sedang disiasat.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai anggota Eksekutif turut menjejaskan siasatan 1MDB secara bebas dan seolah-oleh untuk menutup kes ini secara bebas.

Perlantikan Datuk Seri Zahid Hamidi kepada TPM yang turut memegang Menteri KDN di mana pihak PDRM bawah seliaannya turut menimbulkan kebimbangam PM akan menggunakan isu keselamatan untuk menyelamatkan skandal 1MDB PM.

Dengan itu saya mencadangkan agar;

1. Satu sidang khas Parlimen diadakan segera untuk ahli Legaslatif menuntut semua kecelaruan yang berlaku.
2. Satu inisiatif rekonsiliasi bagi meletakkan asas menginstitusikan pembaharuan, mengenal pasti permaslahan dan mencadangkan langkah pembetulan.
3. Reformasi Parlimen agar benar-benar berfungsi untuk mengimbangi kuasa Eksekutif dan Kehakiman melalui pembentukan Kerajaan Rekonsiliasi melibatkan semua parti politik.
4. Untuk tiga langkah di atas dijayakan maka syarat utama ialah PM perlu letak jawatan segera supaya dikembalikan kepercayaan rakyat terhadap pemerintah.

Setelah selesai langkah inisiatif maka negara ini akan kembali ke landasan kepercayaan rakyat dan barulah satu pilihan raya umum yang adil dan telus dapat dilaksanakan.

Kembalikan Kepercayaan Rakyat!

Yang Benar
Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia

28 Julai 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails