Sunday, July 05, 2015

Bagaimana Supaya Tidak Tidur Selepas Bersahur?


OH, mengantuk. Mengantuk menyergap bila makan bersahur selesai. Kira nak tidur saja. Bagaimana caranya agar tidak tidur selepas sahur? Kerana tidur selepas sahur ternyata berbahaya. Baik dari aspek agama mahupun dari aspek perubatan.

Berikut ini cara Rasulullah SAW dan sahabat agar tidak tidur selepas bersahur:

1. Mengakhirkan sahur

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk mengakhirkan sahur. Mengakhiri sahur ini juga termasuk salah satu sunnah puasa sehingga para sahabat pun melakukan perkara yang sama. Berapa jarak masa antara makan sahur dan solat Subuh?

Zaid bin Tsabit meriwayatkannya kepada kita:
  • "Kami pernah makan sahur bersama Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Kemudian kami pun berdiri untuk menunaikan solat. Kemudian Anas bertanya pada Zaid, "Berapa lama jarak antara adzan Shubuh dan sahur kalian?" Zaid menjawab, "Sekitar membaca 50 ayat". (HR. Muslim)
Dengan dekatnya waktu sahur dengan waktu Subuh (terbit fajar), selain mendapat keberkatan seperti disebutkan dalam hadis lain, juga meminimakan peluang untuk mengantuk. Sebaliknya, jika waktu sahur dan waktu Subuh masih berjam-jam, biasanya besar keinginan untuk tidur.

2. Mengisi waktu antara sahur dan Subuh dengan solat dan zikir

Seperti hadis di atas, Rasulullah SAW dan para sahabat beliau biasa mengisi masa masa antara makan sahur dan waktu Subuh dengan solat, zikir dan doa. Selain mendapatkan keutamaan waktu sepertiga malam terakhir, yang merupakan waktu mustajab untuk berdoa, automatik juga terhindar dari tidur.

3. Solat Subuh berjamaah

Rasulullah SAW dan para sahabat beliau adalah orang-orang yang paling rajin solat berjamaah. Maka begitu tiba waktu Subuh, mereka (sudah) pergi ke masjid untuk menunaikan solat Subuh berjamaah. Usai solat berjamaah, mereka juga biasa berdiam diri di masjid. Zikirnya lama.

Bahkan banyak pula yang baru selesai setelah matahari terbit, dan sekitar 10-15 minit kemudian menunaikan solat bada syuruq yang keutamaannya seperti pahala haji. Dan praktikal, tidak ada waktu tidur selepas sahur.

Mengapa tidur selepas sahur dikatakan berbahaya?

Kita lihat dari sudut perubatan..

Setelah mengambil makanan (termasuk sahur), sistem pencernaan memerlukan beberapa waktu untuk mencerna dan menyerap nutrisi yang ada di dalam makanan tersebut. Ketika seseorang tidur selepas makan (sahur), lebih-lebih lagi dalam posisi terlentang, pencernaan menjadi perlahan atau sukar bekerja.

Akibatnya, timbullah nyeri di ulu hati dan panas yang merebak ke dada dan tekak kerana peningkatan asam lambung. Selain itu, tidur selepas sahur juga boleh mencetuskan terjadinya refluks. Yakni makanan berbalik dari perut ke kerongkong.

Semakin pendek jarak waktu makan (sahur) dan tidur, kemungkinan terjadinya refluks makin besar. Kerana pembolehubah penentu refluks ada dua,
  • yakni makanan yang belum dicerna dan
  • terpengaruh graviti semasa tidur.
Di antara tanda refluks adalah ketika seseorang bangun dari tidur selepas sahur ia merasakan kerongkongannya panas dan mulutnya terasa pahit.

Para doktor menyarankan jeda masa antara makan dan tidur adalah dua jam. Namun sunnah Rasulullah lebih lama lagi. Beliau dan para sahabatnya biasa mengisi masa selepas sahur dengan shalat atau dzikir dan selepas Subuh berdzikir hingga matahari terbit.

Untuk tidur sejenak, mereka memilih waktu tengah hari yang dikenal dengan istilah qailulah. Sedangkan bahaya jangka panjang, tidur selepas sahur dipercayai meningkatkan risiko terkena stroke.

Berdasarkan kajian, didapati orang yang mempunyai jeda paling lama antara makan dan tidur mempunyai risiko yang paling rendah terkena stroke. Sebaliknya, orang-orang yang mempunyai jeda paling singkat antara makan dan tidur mempunyai risiko lebih tinggi terkena stroke.

Jika hasil kajian perubatan dan kajian menunjukkan demikian bahayanya makan selepas sahur, kita jadi semakin yakin bahawa sunnah-sunnah Rasulullah SAW senantiasa membawa kemaslahatan bagi umat manusia. Hal-hal ini juga semakin menguatkan kebenaran Islam.

Amin!

Lihat sebelum ini..Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3 E-Buku IH-90: Univ Ramadzan 2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails