Saturday, July 11, 2015
Berehat. Demi Nama Baik Arwah Bapanya.. -Musa Hitam (91)
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
KL: Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam hari ini telah menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih salah satu dari tiga pilihan iaitu letak jawatan, bercuti untuk beri laluan kepada siasatan atau terus kekal sebagai Perdana Menteri dan berdepan tuduhan itu.
Memetik laporan The Malaysian Insider, nasihat itu diberi oleh beliau kepada Najib bagi menangkis dakwaan terhadapnya mengenai pemindahan wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dipindahkan ke akaun peribadinya.
“Namun, saya dengan rendah diri mengesyorkan Najib melaksanakan pilihan ketiga iaitu bercuti buat sementara waktu bagi memudah cara siasatan terbuka yang sedang berlangsung.
"Ini pilihan terbaik yang akan mempamerkan kepimpinan Najib, karakter, serta personaliti yang selari dengan prinsip demokrasi berparlimen," katanya kepada wartawan The Malaysian Insider.
Namun, pilihan yang paling terbaik kepada Najib adalah meletakkan jawatan untuk memberi peluang kepada kepimpinan batu yang ada dalam UMNO.
“ Saya melakukan perkara (seruan) ini tanpa niat buruk. Malah saya tidak untung atau rugi apa-apa. ” kata Tun Musa Hitam.
Tujuan beliau tampil membuat kenyataan ini adalah kerana tidak lagi boleh berdiam diri mengenai perkara ini dan berasa terpanggil untuk memberi pendapat kepada anak mentornya itu, Tun Abdul Razak.
"Saya mengenangkan nama baik mentor saya, yang melatih saya, yang membawa negara kita pada kedudukannya sekarang, seorang yang cakna pada orang miskin, seorang yang mengambil berat terhadap rakyat.
"Seorang yang begitu banyak menyumbang iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak. Beliau menjaga saya dengan sangat baik. Sekarang saya rasa macam hendak menitiskan air mata.
"Maaf, saya tak pernah begini," katanya.
Mantan Perdana Menteri itu memberitahu yang dia rasa tertekan memikirkan Najib di mana sudah pasti Najib membawa nama baik ayahnya yang juga merupakan mentor bagi beliau(Musa) itu dan oleh itu Musa menyarankan agar Najib berehat dan menyerahkan diri kepada Tuhan sekiranya rasa bersalah.
"Ingat, Tuhan Maha Pengampun tetapi Dia juga akan memulangkan kembali apa-apa perkara tidak elok yang kita lakukan, menurut caraNya sendiri.
"Saya melakukan perkara (seruan) ini tanpa niat buruk. Malah saya tidak untung atau rugi apa-apa. Najib sendiri begitu rapat dengan saya." - Tegas Musa. (IH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment