Wednesday, July 08, 2015

Cara Fikir Salah: Kerana Sekor Lalat Boleh Hancur Aqidah, Masuk Neraka.


INI carafikir salah, kerana seekor lalat boleh hancur aqidah dan masuk neraka..
Imam Ahmad bin Hanbal dalam kitabnya yang berjudul 'Az Zuhud', menuliskan sebuah riwayat yang sampai kepada shahabat Salman Al Farisi.
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Ada seorang lelaki yang masuk syurga gara-gara seekor lalat dan ada pula lelaki lain yang masuk neraka gara-gara lalat.”

Mereka, para sahabat, bertanya, “Bagaimana hal itu boleh terjadi wahai Rasulullah?”

“Ada dua orang lelaki,” jawab Rasulullah, “yang melewati suatu kaum yang memiliki berhala.”

Tidak ada seorangpun yang dibolehkan melewati daerah itu melainkan dia perlu berkorban (memberikan sesaji) sesuatu untuk berhala tersebut. Mereka pun mengatakan kepada salah satu di antara dua lelaki itu, “Berkorbanlah!”

Ia pun menjawab, “Aku tidak punya apa-apa untuk dikorbankan.”
Mereka mengatakan, “Berkorbanlah, walaupun hanya dengan seekor lalat!”

Ia pun berkorban dengan seekor lalat, sehingga mereka pun membenarkan dia untuk lewat dan meneruskan perjalanan. Kerana sebab itulah, ia masuk neraka.

Mereka juga memerintahkan kepada orang yang satunya, “Berkorbanlah!”
Ia menjawab, “Tidak layak bagiku berkorban untuk sesuatu selain Allah 'azza wa jalla.”

Akhirnya, mereka pun memenggal lehernya. Kerana itulah, ia masuk syurga.

Demikianlah keadaan dua orang manusia yang nasibnya berbeda kerana salah satunya berujung di neraka selama-lamanya, dan yang lainnya berujung di syurga selama-lamanya. Padahal, kedua sebelumnya adalah sama-sama seorang Muslim.

Manusia, seringkali menganggap remeh masalah bahaya syirik. Padahal seseorang boleh saja terjerumus dalam kesyirikan sedangkan ia tidak mengetahui bahawa perbuatan tersebut syirik yang menyebabkan dia terjerumus dalam neraka nantinya.

Oleh kerana itu, sahabat Anas berkata, “Kamu mengamalkan suatu amalan yang disangka ringan, namun kami yang hidup di masa Nabi SAW menganggapnya sebagai suatu petaka yang amat besar.” (IH)


Lihat sebelum ini..Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3 E-Buku IH-90: Univ Ramadzan 2014

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih kerana menyiarkan hadis untuk membimbing manusia ke jalan Allah yang lurus. Semoga hadis ini menjadi peringatan dan panduan untuk orang-orang Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails