Lebel daging halal di Eropah (C) Reuters.
AHLI politik Sweden Michael Ohman, awal minggu ini, melontarkan kenyataan kontroversi mengenai peredaran daging halal di negaranya. Dia menyebut daging yang dipotong sesuai syariat mesti dilarang, soalnya makanan semacam itu boleh mempengaruhi orang untuk menjadi muslim. Dengan begitu, dia usul supaya kerajaan melarang peredaran daging halal.
Seperti dilaporkan Russia Today, Khamis (9/7), komen itu disampaikan Ohman semasa ditemubual akhbar Sala Allehanda. ahli politik parti Demokrat ini meyakini orang Islam memberi jampi-jampi tertentu, sehingga menyebarkan daging halal ke seluruh dunia.
"Ada kekuatan ajaib di daging tersebut. Ini sebabnya (orang Islam) menyebar daging halal ke mana-mana," kata Ohman.
Komen Ohman menuai kecaman dari warga Sweden. Dia dituduh menyebarkan Islamophobia, kerana peningkatan jumlah pendatang dari negara muslim. Pengguna Twitter, misalnya Magnus Edlund, mengejek ahli politik itu sebagai manusia yang berpandangan sempit.
"Hebat betul anda tahu daging halal punya jampi ajaib. Tolong jelaskan juga bagaimana permaidani aladin boleh terbang," tulis Magnus.
Ohman, senator dari Bandar kecil Heby di Wilayah Uppsala, dinilai mewakili segelintir warga Sweden yang mula membenci semua perkara berbau Islam.
"Memang ada perkembangan islamofobia di antara satu daripada tiga parti politik Sweden," kata Profesor politik Universiti Gothenburg, Adrian Groglopo.
Walaupun begitu, majoriti warga negara di Scandinavia itu diyakini tetap menyokong nilai-nilai Islam. Termasuk memperbanyak peradaran daging halal untuk komuniti pemeluk Islam.
"Masyarakat Sweden cenderung menyokong pluralisme," kata Groglopo saat menjelaskan data kaji selidik terbarunya.
Serangan maupun vandalisme terhadap umat muslim beberapa kali terjadi di Sweden. Tahun lalu, orang tidak dikenali membaling molotov ke masjid di Bandar Eskilstuna, tepat pada perayaan Krismas. Lima orang sedang solat jamaah cedera akibat insiden pembakaran tersebut.
Kemen Weblog Ibnu Hasyim: Kata pepatah Melayu..
Melukut di tepi gantang
buka sanggul cari kutu,
sebab takut akal pun hilang,
tunggul di kata hantu.
Begitulah fenomena 'takut' di negara Eropah, akal mereka hilang sehingga 'tunggul mati' pun dikatakan hantu, nampak bergerak-gerak. (IH)
1 comment:
Orang hati nya "mati" macam itu lah....
...di sini siapa yang sudah "mati" hati nya....
Post a Comment