Wednesday, July 15, 2015

Gerakan Harapan Baru - Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Parti baru yang bakal ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GBH) jelas memperjuangkan matlamat yang ingin dicapai oleh golongan Muslim Progresif seperti yang disebut dalam buku "Progressive Muslim: On Justice, Gender and Pluralism" susunan Omid Safi. 

Malah mereka sendiri berbangga menggelar diri mereka sebagai kumpulan progresif, sekaligus memperakui hakikat itu. Gagasan pemikiran Muslim Progresif ini sebenarnya selari dengan Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia, yang selalu disebut sebagai Islam Liberal.

Selain daripada itu, gagasan pemikiran Muslim Progresif ini adalah cerminan kepada gagasan American Islam atau Islam Ala Amerika yang pernah dipopular oleh Mohamad Sabu sekitar 1990 an. Mohamad Sabu sering menggunakan istilah Islam Ala Amerika ini dalam ceramah-ceramah beliau dahulu, bagi menggambarkan Islamisasi yang dirintis oleh Anwar Ibrahim semasa beliau dalam UMNO ketika itu sebagai bukan agenda Islam yang sebenar.

Berkaitan Islam Ala Amerika ini, ada sebuah buku yang disusun oleh Juliane Hammer dan Omid Safi bertajuk "The Cambridge Companion to American Islam". Buku ini cuba memaparkan, desakan agar ajaran Islam dikonsepkan dan ditafsirkan semula supaya dapat diterima oleh pemikiran dan budaya masyarakat Amerika hari ini. 

Sudah tentu Islam yang digambarkan bukanlah Islam yang sebenar. Sebagai contoh, baru-baru ini muncul seorang imam gay di Amerika, Daayiee Abdullah, yang amalan Islam jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

Walaupun acuan yang bakal dibawa oleh parti baru ini mungkin tidak sejelik gagasan Islam Ala Amerika, ia tetap akan menimbulkan kontroversi yang berpanjangan dalam masyarakat Islam di negara ini. Jelas sekali, parti baru yang bakal ditubuhkan ini tidak berteraskan ajaran Islam yang sebenar tetapi ajaran yang selari dengan gagasan Muslim Progresif. 

Dengan gagasan pemikiran yang didukung itu, parti baru ini akan disenangi oleh Sister in Islam, Lawyer for Liberty, Comango, pendukung LGBT dan DAP sendiri. Gagasan seperti ini jauh bertentangan dengan Islam diperjuangkan oleh PAS.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

3 comments:

Anonymous said...

Maaf. Ahli2 & pemimpin PAS sekarang TIDAK menunjukkan akhlak ISLAM sebaliknya mempamerkan AKHLAK SYIAH KAFIR. Tahniah GHB ..

Anonymous said...

Dok bising2 ni yang agak2 hang pemimpin Gerakan Harapan Baru siapa yang gay? Sapa yang lesbian? Sapa yang dua2 dia balun? Sapa yang hang nak tuduh pondan?

Tak mau tuduh syiah dah? Calon DAP? HAWAII 5-0?

Hangpa nak jawatan, hangpa dah dapat, kuasa di tangan hangpa... so kalau dah hebat sangat pecatlah depa tu. Buat pertuduhan... tar snake pandai, bawak ke lembaga disiplin... tu pun orang hangpa... jatuh hukum... tu pun hangpa pandai.... cuma satu je masalah hang .... OTAK HANGPA CAI OIIII LEMBAB SANGAT.... LAMBAT FAHAM.... STRATEGI MUDAH SANGAT DIBACA.

Satu yang aku pelik sangat, selalunya aktivis PAS yang berjawatan dalam kerajaan kalau aktif sangat selalunya kena tendang.... kalau kau tu Prof bertaraf antarabangsa mungkin depa pejam sebelah mata.... tapi nama kau cari dalam wikipedia pun tak ada, busuk2 hassan ali siap ada maklumat.....apasal kau tak kena blacklist dgn JPA ye? Sama macam Hadi.... orang kena operasi lalang dia selamat.... peristiwa memali hadi selamat juga sedangkan semuanya berpunca dari AMANAT dia.... aku serkap jarang je..... HANGPA NI SB KE?

Anonymous said...

Amboi sedap tuduh orang liberal, maaf lah Dr Zuhdi semasa jagoh Jaringan Islam Liberal Indonesia Ulil Abshar Abdilla nak datang forum kat Malaysia kenapa kamu x sedar??? Si mamat Zulkifli Noordin yang repot polis. Ko buat apa masa tu???

jangan memangkokkan diri sendiri wahai Doktor haprak

James Bond

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails