CATATAN SANTAI IBNU HASYIM:
Canberra: Parti Seks Australia kembali menyertai arena politik negara tersebut setelah dua bulan status pendaftarannya dibatalkan, lapor portal berita ABC Australia.
Canberra: Parti Seks Australia kembali menyertai arena politik negara tersebut setelah dua bulan status pendaftarannya dibatalkan, lapor portal berita ABC Australia.
Pada Mei lalu, Suruhanjaya Pilihanraya Umum Australia (AEC) membatalkan pendaftaran Parti Seks kerana tidak memenuhi syarat keahlian, iaitu gagal menunjukkan secara sah bahawa parti itu mempunyai sekurang-kurangnya 500 ahli.
Berikutan pengumuman pembatalan itu, sejumlah ahli Parti Seks Australia telah memuat naik gambar mereka dengan menunjukkan kad keahlian parti, dengan sebahagian daripada mereka beraksi dengan pakaian yang seksi.
Ketua parti itu yang dipilih melalui Majlis Perundangan Victoria, Fiona Patten menyatakan bahawa isu pembatalan itu telah membuatkan ramai penyokong parti marah dan memprotes ke atas AEC.
Parti tersebut mendakwa mempunyai lebih daripada 6,000 ahli di seluruh Australia. Begitupun, Patten percaya bahawa pembatalan tersebut berlaku kerana AEC antara lain menetapkan syarat sah keahlian iaitu mewajibkan butiran nombor telefon kediaman.
“Tapi perkembangan terbaru ini nampaknya mempunyai kelebihan tersendiri. Lebih ramai orang yang kini mahu menyertai parti kami.
“Orang yang bukan ahli juga marah dengan keputusan AEC dan menyatakan sokongan, malah sejumlah orang telah menyumbangkan dana untuk kami,” kata Patten yang berusaha untuk mengetengahkan wakil untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya di seluruh wilayah negara tersebut.
Antara misi perjuangan Parti Seks Australia adalah untuk menangani keperluan seksual rakyat dari aspek keseimbangan kerahsiaan dan publisiti yang selama ini disalah erti oleh penggerak kempen moral serta ahli politik yang dianggap bersifat hipokrit.
Bagi mereka, konsep demokratik perlu memahami dasar yang tidak mendiskriminasi sebarang pihak kerana masyarakat Australia terdiri daripada pelbagai spektrum pendapat dan kebebasan berekspresi.
Pemilihan nama parti tersebut adalah untuk menarik perhatian ramai tentang kewujudan dan dasar perjuangan mereka dalam landskap politik Australia. (Stv)
Ini parti seks Malaysia?
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa berita ini perlu dikaitkan dengan artikel siri 'Berkerja di Australia'?
Sebagai seorang Islam, walau apapun tarafnya samada rakyat atau pemimpin, ia wajib tahu isu yang berlaku di sekelilingnya. Hal itu juga, semuanya termasuk dalam ilmu politik yang wajib diketahui dan ditangani. Itu sebab perlunya kehidupaan berjamaah dalam Islam.
Bukan masyarakat 'kera sumbang' atau individualistik. Masyarakat yang berpolitik, walaupun berkerja di negara orang, atau sebagai pekerja ladang di Australia.
Politik Pekerja Ladang..
Bagaimana politik dalam Islam? Berbagai takrif politik. Juga, politik memang berkaitan dengan negara dan kekuasaan. Politik adalah upaya memperbaiki rakyat dengan mengarahkan mereka kepada jalan keselamatan di kehidupan dunia mahupun akhirat serta mengatur urusan-urusan mereka.
Ditakrifkan juga, politik pada asalnya adalah seni memenej dan memelihara yang kemudian kata itu digunakan untuk penguasa terhadap rakyatnya melalui lembaga-lembaga yang dimilikinya diantaranya legislatif eksekutif dan yudikatif sebagaimana yang telah ditetapkan didalam Undang-Undang.
Slogan “Tidak ada politik didalam agama dan tidak ada agama dalam politik” merupakan slogan yang tidak layak didalam suatu masyarakat yang berpegang teguh dengan Islam. Slogan tersebut praktis tertolak oleh karakteristik Islam yang bersifat integral, mencakup seluruh aspek kehidupan termasuk didalamnya politik.
Imam Ghazali pernah mengatakan..
- ”Ketahuilah sesungguhnya syariah adalah asal, penguasa adalah pengawal. Segala sesuatu yang tidak memiliki asal maka ia akan runtuh dan segala sesuatu yang tidak memiliki pengawal maka ia akan lenyap.”
Ertinya bahawa syari’ah perlu menjadi dasar penguasa muslim didalam menjalankan pemerintahannya yang mengatur berbagai urusan rakyatnya.
Diantara dalil-dalil yang menunjukkan bahawa politik merupakan sebahagian dari keintegralan Islam adalah sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar bawah Rasulullah saw bersabda..
- ”Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta tanggungjawabnya terhadap orang-orang yang dipimpinnya.”
- Rasulullah SAW bersabda,”Agama adalah nasihat.” Para sahabat bertanya,”Bagi siapa wahai Rasulullah?’ beliau SAW bersabda,”Bagi Allah, Rasul-Nya, Kitab-Nya, para pemimpin kaum muslimin serta orang-orang awam dari mereka..”
Hanya bahtera Islam yang menyeberangan lautan dunia hingga ke akhirat.
Itulah politik sebenarnya, yang membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Wallahu 'aklam.
Berkerja di Australia..
Siri 1: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4...
Siri 2: Inikah Rahsia Melancong Ke Australia, Demi Islam &...
Siri 2: Inikah Rahsia Melancong Ke Australia, Demi Islam &...
No comments:
Post a Comment