Thursday, July 09, 2015

Harga Rumah Melambung, Rakyat Britain Tinggal Dalam Bot.

AFP - DERETAN bot berlabuh di Terusan Regent, London pada 28 Mei lalu.

JOM KREATIF
LONDON – Harga rumah yang melambung tinggi di ibu kota Bri­tain, London mendorong lebih ramai penduduk untuk tinggal di dalam bot berikutan kosnya yang jauh lebih murah. Bilangan bot juga semakin me­ningkat sehingga menyebabkan rangkaian sungai dan terusan di bandar raya itu sesak.

“Sudah menjadi perkara biasa untuk orang ramai tinggal di dalam bot kerana mereka tiada pilihan,” kata seorang pekerja pendidikan berusia 39 tahun, Jim Bryden.

Bryden tinggal di dalam botnya, Violent Mae bersama teman wanitanya sejak dua tahun lalu.

“Saya pernah berkenalan dengan warga kota lain yang membeli bot pada harga £10,000 (RM55,364) selepas mereka menerima notis dua minggu untuk mengosongkan flat mereka,” tambahnya.

Menurut Bryden, bot mewah yang harganya mencecah £100,000 (RM553,646) adalah jauh lebih murah berbanding purata harga rumah di London yang mencecah £500,000 (RM2.76 juta).

Selain menginap di bot, bilangan penduduk kota metropolitan itu yang memilih untuk menyewa kabin kenderaan air tersebut juga semakin bertambah. Rata-rata kos sewa rumah di London mencecah separuh daripada gaji pekerja biasa.

Menurut sebuah yayasan yang menguruskan laluan air di London, bilangan bot di kota raya itu me­ningkat sebanyak 85 peratus sejak setahun lalu. Walaupun tinggal di bot agak remeh kerana penghuninya terpaksa membersihkan tangki tandas, mendobi di luar dan risiko pencuri, mereka memiliki lebih kebebasan bergerak dan bersosial bersama penghuni bot lain. – AFP

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4) 

2 comments: