CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
Berkerja di Australia..
Siri 1: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4...
Siri 2: Inikah Rahsia Melancong Ke Australia, Demi Islam &...
Siri 2: Inikah Rahsia Melancong Ke Australia, Demi Islam &...
SEBELUM bersambung kepada kisah Orang Melayu di Pulau Kokos Australia atau Keeling Island, kita lihat dulu kisah ungkapan rahsia Allah yang Maha Agung. Walaupun kedengaran amat pelik namun ia memang berlaku di Pulau Christmas, pulau yang disebutkan sebelum ini. Hal ini berlaku hujung tahun lepas.
Lebih 120 juta ketam yang mendiami pulau ini, memenuhi jalanraya pada setiap tahun antara bulan Oktober dan November. Hal ini disebabkan, waktu tersebut adalah tempoh musim mengawan bagi ketam-ketam di Pulau Christmas jadi ia berhijrah dari pulau ke laut untuk bertelur.
Oleh kerana kehadiran ketam yang banyak pada tempoh penghijrahan tersebut, pihak berkuasa terpaksa mengarahkan jalanraya di pulau tersebut ditutup agar ketam-ketam tersebut tidak dilanggar kenderaan ketika ‘melintas’.
Ketam-ketam berwarna merah ini tinggal di habitat kawasan lembab hutan hujan dan akan berhijrah untuk mengawan dan bertelur di perairan pulau tersebut. Kebiasaannya, ketam merah ini mengambil masa 4 minggu untuk bertelur,sebelum pulang kembali ke habitat asalnya.
Cuba anda tengok…memang banyaklah ketam-ketam di pulau ini!
1 comment:
Pada bukan manusiapun mereka boleh ikram ngan makhluk Allah, tak kenalah bahana malapetaka.Pas pun tak boleh buat macam ni sebab hanya TGNA saja yg ikramkan DAP sedangkan TGHA bukan kata berdkawah, menjauhkan DAP dari Islam adalah.
Post a Comment