Naib Presiden PAS Idris Ahmad menasihati kumpulan progresif yang masih ada dalam parti itu supaya melihat kembali dasar ketika mereka menandatangani borang keahlian sebelum memutuskan untuk menubuhkan parti baru.
Dalam temu bual dengan Malaysiakini, Idris berkata, kumpulan progresif PAS yang kini dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru turut dinasihati agar tidak keluar daripada parti itu dan menubuhkan parti lain atas dasar persahabatan.

“Macamana pun kita (perlu) berjuang (ber)sama PAS la, kita duduk dalam PAS ini untuk apa?
“Apa tujuan masuk PAS? Yakin tujuan semua masuk PAS gitu, tak perlu tubuh parti baru (atas dasar) sebagai kawan dan sahabat,” katanya.
Kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, semasa menandatangani borang keahlian PAS sebelum ini beliau tidak menyangka akan bertanding dalam pilihan raya dan tidak juga terfikir akan menjadi wakil rakyat.
Malah katanya, oleh kerana dasar PAS, semasa berada dalam Dewan Pemuda beliau tidak bertanding jawatan tertinggi memandangkan Salahudin Ayub (bekas naib presiden) mahu menjadi ketua.
Idris bagaimanapun menolak untuk mengulas lanjut ketika ditanya sekiranya penubuhan parti itu tetap diteruskan dengan berkata: “Saya tak nak komen, nanti terasa hati kawan-kawan”.
Ekoran pemilihan dalam muktamar PAS awal Jun lalu, semua tokoh yang dianggap progresif - kecuali Mazlan Aliman - kalah di tangan perwakilan. Mereka kemudian bergerak bersama di bawah nama G-18, manakala Mazlan meletakkan jawatannya daripada Ahli Jawatankuasa Pusat PAS.
Dalam muktamar itu juga PAS telah menerima usul tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP yang mengakibatkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat. Ketika ditanya mengenai perpecahan dalam PAS, Idris berkata, parti itu tidak bimbang jika Umno dan DAP mendapat laluan lebih mudah masuk ke Kelantan bagi meraih undi.
Katanya, penduduk di negeri Cik Siti Wan Kembang itu mempunyai kekuatan keahlian dan keagamaan yang kuat.
“Kelantan ada satu kekuatan, (iaitu) kekuatan keahlian yang ramai. Kelantan (juga) ada sentimen agama, sebab itu Umno kena berlakon untuk sokong Enakmen Syariah,” katanya.
Tambahnya, walaupun kini terdapat usaha dari Umno dan DAP meraih undi melalui program bantuan mangsa banjir di Kelantan, bagi Idris, ia bukan masalah jika usaha itu dibuat untuk membantu. Malah beliau juga yakin PAS di Kelantan dapat mengekalkan undi mereka berdasarkan ‘semangat’ pengundi di negeri itu.
“Saya sebagai orang PAS saya kena yakin dan Umno tidak ada peluang (menakluki negeri Kelantan),” katanya. (MK)

7 comments:
Go to hell Idris...go to hell PAS
Bila hentam,kutuk ta ingat sahabat.Lupa sumbangan sahabat.
Suruh Nik Abduh dan Tantawi siku lutut buat kerja
Eloknya bawa masuk pas tu kedalam BN kan lagi senang. Bersekongkol dgn najib & umno nak ajak org lain bersama, hee... gelinya..........
pas ganti umno semakin jadi kenyataan.
Kutuk & hina org lepas tu ajak bersama pulak, apa jenis org macam ni. Menang kat bukit gantang sebab nizar AP dulu kat situ malulah wei, PRU14 hanyutlah.......
Bukan ke tuang presideng yang bagitau kat kumpulan progresif supaya keluar dari PAS. Bukan sahaja halau keluar malah melabelkan mereka sebagai Jebon, munafik haraki, sekular, tolol dan khianat kat ulama (maksud kepada tuduhan tidak walak pd presideng). Sifat2 sahabat yang baik adalah sifat2 orang islam tp manpaknya demi kedudukan dan pangkat, puak2 yang mengaku diri mereka pro ulamak bersifat dengan sifat2 orang munafik. Persahabatan? Setiakawan? Amanah? Bercakap benar? Semua tu tidak ada semasa muktamar dan sekarang selepas melihat gelombang kemarahan rakyat dan ahli PAS BARU nak bercerita tentang persahabatan? Hang duduk bawah tempurung ke masa muktamar? Mustahil sebab kan hang geng pro ulamak dan hang jugak ada dalam senarai "Chai" dan hang pun menang jawatan. Apa dok cerita lagi pasal persahabatan?
kalau masa muktamar hang dok rasa apa yang diperbuat dan akhlak kalian adalah akhlak ulamak2 pewaris nabi, kenapa lak takut orang nak keluar dan buat wadah baru? Jika Allah bersama kamu, apa perlu takut? Takut sebab tahu apa yang kamu lakukan adalah mengundang murka ilahi? Akhlak kamu bakal mengudang musibah? Kelakuan dan matlamat kamu sudah terpesong dan mungkin sudah tidak mendapat redhNYA lagi? You reap what you sow! idiom in ada dalam AlQuran....kalau tak jumpa...tak tahu lah nak kata apa lagi kat puak2 kamu...ishhhhh.....ishhhh....ishhhhh....den dah tak minat kat puak kamu dah....Bye..bye...!
Nick.
Cape Tiger.
P.s- Den tau yang puak2 kamu tak kisah dan tak hirau pun dengan kehilangan sokongan Den. Puak2 kamu memang selama ni pun tak ada pun kisah dengan kesusahan dan penderitaan rakyat. kamu semua merasa kamu adalah golongan terpilih dan tak selesa untuk dok bercampur dan bersusahpayah ambil tahu masalah rakyat. Maka, kami rakyat pun dah dok ambil peduli lagi dengan puak2 serban suci ni lagi. macam Kak Yong cakap...pinggan tak retak nasi tak dingin...Kamu tak mahu kepada sokongan rakyat maka kami lagi le tak mahu kat kamu!
bila org nak berbaik cubalah sambut dgn baik.. tapi bila rasa diri hebat, beginilah jadinya.. jangan angkuh sahabat.. buang yg keroh ambil yg jernih..
Rupanya ada yg masuk Pas dgn agenda tertentu..nak jadi wakil rakyat...nak jadi pemimpin..nak jadi org terkenal...tak mahu duduk di bawah rupanya. Bila x dipilih sbg pemimpin mengelinting ..ikhlaskah itu. Segelintir penyokong yg x boleh terima kekalahan org pujaan mereka. Ust idris nasihatkan shj tapi kalau rasa nak keluar sangat...keluarlah. tak apa..biar kami di bawah ni dgn pimpinan yg jujur mengerakkan parti. Sekarang ni pun semua organisasi bergerak lancar baik di cawangan,kawasan mahupun negeri..x ada masalah. Semuanya bekerjasama . Jadi yg sungguh2 nak masuk parti baru atau parti lain...silakan..selamat jalan !
Yang melenting tu siapa? Yang risau tu siapa? Yang kalah dengan cara terhormat tidak mengapa tapi kalau kalah dengan cara tipu bagaimana? Islam ajar kita buat salah dulu lepas tu minta maafkah? Hina dan fitnah adakah disuruh oleh Islam? Rasanya golongan progresif dah pun maafkan semua yang fitnah dan hina mereka tapi mereka cuma ingin mengwujudkan wadah baru bersuaian dengan fitrah mereka, biarkanlah kenapa perlu sibuk. Adakah sudah mula perasan yang golongan pengfitnah dan penghina tidak mendapat sokongan golongan muda?
Post a Comment