Wednesday, July 08, 2015

Janji Manis Kasanova, 19 Wanita Terpedaya Lagi. Bagaimana Dalam Islam?

KL: SEORANG kasanova yang dipercayai memperdaya 19 wanita untuk menyerahkan wang dan barang kemas bernilai RM150,000 sejak dua tahun lepas berjaya ditahan polis, Selasa lepas.

Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di kediamannya di Taman Cahaya Alam, Shah Alam dan polis turut merampas barang kemas dan telefon bimbit milik mangsa dengan kesemuanya bernilai RM70,000.

Difahamkan, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak menggunakan beberapa nama samaran serta menggunakan 'ayat manis' untuk menjerat mangsa daripada laman sosial Facebook.

Suspek didakwa sering menabur janji manis untuk berkahwin dengan mangsa sebelum memujuk mangsa menyerahkan wang simpanan dan barang kemas dengan alasan mahu dibuat wang hantaran perkahwinan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor berkata suspek menyasarkan wanita berkarier dalam lingkungan umur 28 hingga 38 tahun sebagai mangsa.

"Selepas berkenalan menerusi Facebook selama dua hingga tiga minggu, suspek kemudian akan mengajak mangsa untuk berjumpa di hotel sekitar Brickfields," katanya pada sidang media semalam.

Beliau berkata sebaik sahaja mangsa menyerahkan wang simpanan dan barang kemas, mangsa akan dibawa berjumpa dengan 'ahli keluarga' suspek kononnya merancang untuk berkahwin.

Suspek juga dikatakan meminta mangsa meninggalkan barang peribadi dalam kereta dan apabila berjaya memperdayakan mangsa, suspek akan melarikan wang tunai dan barang-barang mangsa, katanya.

Sharul berkata polis menerima 19 laporan daripada mangsa yang diperdayakan suspek bermula Mac 2013 sehingga Jun 2015.

"Setakat ini, 10 mangsa berjaya mengecam suspek dan barang milik mereka. Kami juga akan memanggil baki mangsa yang terlibat untuk membantu siasatan dan mengecam barang milik mereka," katanya.

Suspek kini ditahan reman sehingga Isnin depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana memperdaya dan melarikan barang mangsa.

Dalam kes lain, seorang suspek lelaki berusia 33 tahun ditahan polis di Pantai Dalam di sini, Jumaat lepas, bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki, P Loganeswaran, 25, di Sri Kota, Brickfields, Khamis lepas.

Suspek dari Kuala Lumpur itu dan mangsa masing-masing mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah,' katanya.

Dalam kejadian pukul 5.45 pagi itu, mangsa maut akibat ditetak bertubi-tubi oleh tiga lelaki bersenjatakan parang.
- Bernama 


Selintas Mengnai Kasanova:
Legenda Cinta dari Eropah.

Giacomo Casanova (1725-1798 M) sangat masyhur sebagai penakluk wanita nomor wahid di seantero bumi. Namanya selalu dikaitkan orang dengan seni merayu. Bahkan kata “Casanova” sudah menjadi istilah tersendiri dalam berbagai bahasa dunia.

Dalam bahasa Inggris, misalnya, menurut Merriam Webster's Collegiate Dictionary edisi 11, kata “Casanova” memiliki erti: “lover; a man who is promiscuous and unscrupulous lover” (pecinta; lelaki penganut pergaulan bebas dan pecinta tak setia). Apa gerangan yang menyebabkan nama Casanova begitu menjulang dan selalu dikait-kaitkan dengan perayu, penakluk wanita, dan pecinta tak setia?
Ternyata, sejarah mencatat perjalanan hidup Casanova senantiasa dipenuhi oleh skandal-skandal asmara (baca: seks) dengan banyak wanita dari latar belakang yang berbeda, mulai wanita-wanita bangsawan (noblewomen), aktris, penari, pelayan istana (chambermaids), hamba wanita Yunani, adik seorang pendeta, anak gadis seorang petani, perempuan hiperseks (nymphomaniac), lima gadis bersaudara kandung ditambah ibunya, bahkan juga dengan dua orang biarawati.

Petualangan asmara Casanova berakhir saat di usia senja di mengalami impotensi. Sebelumnya, dia pernah terjangkit penyakit menular seksual (PMS) seperti gonorrhea. Hingga akhirnya pada 4 Jun 1798, Casanova mati setelah tiga bulan lebih didera infeksi kelenjar prostat. Dalam memoarnya, Casanova mengatakan bahawa pemuasan kenikmatan ragawi yang dia lakukan justru akan mendekatnya pada kenikmatan syurgawi. Malah dianggap kalangan Barat sebagai salah satu sudut agama seorang Casanova.



Poligami Nabi Muhammad SAW Pula.


Berbeda dengan Casanova, isu seksual justru menjadi amunisi oleh kalangan Barat untuk mendiskreditkan Nabi Muhammad (570-632 M). Robert Morey, penulis buku Islamic Invation, bahkan menuduh bahawa Nabi Muhammad adalah seorang maniak seks atau penghamba nafsu syahwat, kerana selama hidupnya, Nabi Muhammad menikah dengan 11 wanita (silakan bandingkan dengan Casanova: 116 wanita).

Itu pun melalui jalur pernikahan, yang ertinya hubungan seksual yang dilakukan nabi dengan para wanita tersebut adalah legal, baik secara hukum kemasyarakatan mahupun hukum keIlahian (aturan Tuhan).

Lihat berikut:

Pernikahan pertama Nabi Muhammad SAW dengan seorang janda berumur 40 tahun, iaitu Khadijah, berlangsung hingga tahun kesepuluh kenabian atau tiga tahun menjelang hijrah. Pernikahan tersebut berlangsung selama 25 tahun, sebab Nabi Muhammad menikah pada usia 25 tahun dan menjadi utusan Allah saat berusia 40 tahun.

Sepeninggal Khadijah, Nabi Muhammad menikah dengan seorang janda gemuk bernama Saudah. Tanpa bermaksud menghina fizik Saudah, pernikahan kedua tersebut menunjukkan Nabi Muhammad bukanlah pengumbar hawa nafsu seperti halnya tuduhan Robert Morey atau Casanova yang hanya mahu berhubungan seks dengan wanita berpenampilan menarik. Lebih dari itu, Saudah memiliki banyak anak yang memerlukan pelindung, merupakan alasan mendasar di balik pernikahan Nabi Muhammad SAW itu.

Pernikahan ketiga nabi adalah dengan Aisyah, puteri Abu Bakar. Pernikahan tersebut menyebabkan Abu Bakar terlepas dari dilema antara menikahkan puterinya dengan seorang pemuda kafir atau mengingkari janjinya kepada Muth'im bin Ady, orang tua dari pemuda kafir tersebut, bahawa dia akan menikahkan puterinya dengan putera Muth'im.

Yang terjadi selanjutnya adalah Muth'im bin Ady melarang anaknya menikah dengan Aisyah, kerana khawatir anaknya berpindah keyakinan sebagaimana Aisyah yang baru saja memeluk agama yang disampaikan Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad menikahi Aisyah pada usia enam tahun. Namun, Nabi Muhammad baru bergaul intim dengan Aisyah saat puteri Abu Bakar tersebut berusia sembilan tahun.


Sensitiviti zaman ini seringkali merasa risih dengan fakta tersebut. Namun perlu difahami bahawa pernikahan Aisyah tersebut terjadi dalam suatu komuniti yang memandang usia sembilan sampai lima belas tahun adalah usia terendah bagi seorang wanita untuk dinikahi. Hingga era sekarang ini, masih ada sejumlah komuniti lain (bukan komuniti muslim) yang melaksanakan adat pernikahan begini.

Bagaimana pun juga, pernikahan begini masih lebih baik daripada hubungan seksual tanpa nika. Selain itu dalam konteks di atas, dimaksudkan juga sebagai pembentukan kader, ialah muslimah berkualiti didikan nabi secara langsung. Sehingga sepeninggal nabi, Aisyah dan isteri-isteri nabi yang lain menjadi 'ulama wanita' rujukan umat. Aisyah pulalah yang menjadi periwayat banyak hadits nabi.

Pernikahan keempat Nabi Muhammad adalah dengan Hafshah, puteri Umar, seorang janda berumur 18 tahun. Pernikakahan tersebut terjadi pada tahun ketiga hijrah. Pernikahan kelima nabi juga dengan seorang janda, iaitu Zainab atau yang lebih dikenal dengan julukan Ummul Masakin atau Ibunda kaum miskin. Sayangnya, Zainab meninggal dunia dua bulan setelah dinikahi nabi.

Pada tahun yang sama, Nabi Muhammad menikahi seorang janda tua beranak banyak, bernama Hindun atau Ummu Salamah. Pada tahun kelima hijrah, Nabi Muhammad kembali melangsungkan pernikahan. Kali ini dengan janda bernama Zainab binti Jahsy.
Pada tahun keenam hijrah, terjadi peperangan antara kaum Muslim dengan kaum Yahudi Bani Mushthaliq. Dalam peperangan tersebut, kaum Yahudi Bani Mushthaliq mengalami kekalahan. Akibatnya, pihak yang kalah menjadi tawanan pihak yang menang.

Di antara tawanan tersebut, ada nama Juwairiyah, puteri Al-Harits Abi Dharrar, pemimpin Bani Mushthaliq. Nabi pun menikahi Juwairiyah untuk membebasnya dari status 'hamba' (tawanan), dan juga sebagai jalan untuk menghormati kedudukan Juwairiyah sebagai puteri orang kenamaan.
Pada tahun ketujuh hijrah, terjadi Perang Khaibar, iaitu peperangan kaum Muslim melawan Yahudi Bani Nadhir. Usai peperangan yang dimenangi kaum Muslim, Nabi Muhammad menikahi Shafiyah, isteri Kinanah, pemimpin Bani Nadhir. Kinanah sendiri terbunuh saat peperangan berlangsung. Perlu diketahui, Shafiyah adalah keturunan Nabi Musa dan Nabi Harun.
Selain itu, Nabi Muhammad juga menikahi Ummu Habibah Ramlah dan Maimunnah Al-Harits. Keduanya adalah janda berusia lanjut. Jika dilihat dari seluruh pernikahan nabi, dapat diketahui dengan jelas bahawa nabi menikah dengan tidak berlandaskan kepentingan seksual, sebagaimana tuduhan Robert Morey itu.

Kesimpulan

Harus difahami bahawa pandangan seseorang atau masyarakat terhadap sesuatu, sangat dipengaruhi oleh latar belakang budayanya. Pandangan sinis masyarakat Barat terhadap kehidupan pernikahan Nabi Muhammad, juga dipengaruhi oleh latar belakang budaya mereka. Masyarakat Barat menganggap perselingkuhan (baca: perzinaan) masih jauh lebih mulia dan terhormat daripada berpoligami.

Oleh kerana itu, tidak menghairankan bila mereka menyanjung setinggi langit perikehidupan Casanova, namun sebaliknya memandang hina terhadap perikehidupan Nabi Muhammad yang dianggap biadab lagi barbar. Padahal sesungguhnya, tujuan nabi berpoligami bukan kerana nabi adalah penghamba nafsu syahwat atau maniak seks, melainkan untuk mencetak para isterinya menjadi dai-dai wanita handal yang mampu melaksanakan ajaran Islam dalam kehidupan sehari-hari dan menjelaskan hukum-hukum syarie kepada umat.

Wallahu a'lam bish shawab. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails