BANGI – Ikatan Muslim Islam atau ISMA menyifatkan K-Pop sebagai satu alat yang digunakan untuk menyebarkan dakyat Kristian Evangelis dalam masyarakat.
Memetik laporan dari laman web rasmi badan tersebut, Ismaweb.com, Ahli Jawatan Biro badan itu, Ustaz Omar Kassim berkata konsert seperti ini pastinya disokong oleh puak Evangelis dan DAP.
“DAP yang rapat dengan Evangelis ini pastinya menyokong konsert seperti itu sebagaimana mereka menyokong pesta arak tempoh hari, walaupun ia ternyata satu amalan yang merosakkan masyarakat serta mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat Malaysia.“Sebaliknya, perkara elok seperti langkah menetapkan couple-seat di dalam pawagam hanya untuk yang sudah sah bernikah untuk mengelak kejadian tidak senonoh dalam pawagam, dibantah pula oleh mereka.
“Tindakan DAP ini tidak lain hanya menggambarkan betapa mereka takut Islam menjadi lebih kukuh di Malaysia”, katanya.
Tambah laporan itu juga, Ustaz Omar menyebut terdapat laporan yang menyatakan kebanyakan artis K-Pop adalah aktivis gereja dan mengambil kesempatan membacakan ayat-ayat dari kitab Bible dan juga mengajak peminat untuk ke gereja. - Siakapkeli.my
5 comments:
kenapa tak tuduh Najib yang mendakyah kristian kerana panggil k pop dulu...bengong dia ni....
yg lulus permit DAP kah?
aiyaaaa.... dah tau mcm tu, desak la UMNO jangan bagi permit
ni nak salahkan puak yg takde kuasa wlwpun betul dia sokong...
DAP jg yg salah. pendeknya akal .siapa yg bg kebenaran konsert .
Memang puak macai umno bengong bebal keparat dilakhnat yg lulus permit k pop judi arak puak melayu umno yg berkuasa memang yg bodoh saja masuk umno demi habuan dunia mampos agaknya awak ketempat mana ye.
Bukan kilang2 arak, babi, china doll banyak kat selangor ke ? Bila masa umno keluar lesen dan permit kat selangor? Korang pun sama makan cukai hasil haram. Lagi nak maki2 orang.
Post a Comment