Sebelum kami poskan satu-satu benda kami akan siasat terlebih dahulu dan berita yang meyakinkan kami tentang keluarga ini apabila pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah melawat mereka atas maklumat orang ramai.
Sedang asyik SK menulis artikel tentang keluarga ini, seperti biasa SK akan membaca berita-berita online dan terlihat satu artikel dari web berita Harian Metro tentang keluarga ini. Difahamkan, wanita berusia lewat 20-an itu menghuni pondok terbabit bersama tiga anak masing-masing seorang perempuan dan dua lelaki gagal dikesan sejak petang semalam.
Ketua Unit Al-Taqwa Majlis Agama Islam Melaka,Muhamad Dino Md Delan berkata, pihak mereka telah datang melawt keluarga ini semula dan bercadang membawa mereka pindah ke rumah sewa MAIM di Pantai Peringgit, bagaimanapuan keluarga tersebut telah menghilangkan diri.
"MAIM turut membawa lori untuk mengangkut barang serta memindahkan keluarga ini petang semalam, namun apabila tiba di sini, kira-kira 2 petang, mereka tiada walaupun kami menunggu hampir sejam.
"Hari ini, saya sendiri datang untuk membuat susulan dan menawarkan sekali lagi kepada mereka untuk berpindah, tapi mereka masih menghilangkan diri," katanya dipetik Harian Metro.
Tinjauan mendapati, selain MAIM, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, polis serta wakil Japerun Klebang turut turun padang. - Siakapkeli.my
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Orang miskin wajib dicari untuk dibantu dan ditolong oleh pihak berwajib, kerana yang bermaruah tidak mahu meminta-minta. Begitu juga oraang ramai, NGO-NGO, pertubuhan politik dan lain-lain wajib terus mencari bersungguh-sungguh demi membantu mereka.
Tahniah kepada mereka yang membantu dalam kes ini.. Weblog ini hanya memanjangkan..
Tahniah kepada mereka yang membantu dalam kes ini.. Weblog ini hanya memanjangkan..
1 comment:
Ini mesti pendatang haram,tengok polis bertempiaranlah lari.
Post a Comment