Berkerja di Australia..
Siri 1: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4... Siri 2: Inikah Rahsia Melancong Ke Australia, Demi Islam &...
Siri 3: Paling Sikit 30 Serangan Terhadap Muslim Australia...
Siri 4: Gadis Australia Ini Pula Diserang Islam.
Siri 5: Wanita Pertama Bertudung (Melayu) Bawa Bas Di Pert...
Siri 6: Renang Bogel Di Cuaca 11 Darjah Celsius.. Austral...
Siri 7: Info Backpackers Di Australia. Ladang Anggur, Pelu...
Siri 8: Pesatnya Pertumbuhan Islam Di Australia.
MUSLIM Australia membuat sebuah gebrakan. Dengan modal sebanyak A $ 1 juta, mereka mendirikan stesen televisyen. Pendirian stesen televisyen ini mereka maksudkan sebagai cara yang halus untuk menangkis pengimejan atau stigma negatif tentang Islam di media arus perdana di negara itu.
Stesen televisyen itu mereka namakan The One Path Network. Mereka menyebarkan berita Islam dan tuntunan hidup di kalangan Muslim dan non-Muslim melalui tayangan.
Pembiayaan stesen televisyen ini oleh sumbangan masyarakat Islam di Australia, utamanya dari Muslim bahagian barat Sydney.
Malaz Majanni, ketua rangkaian stesen televisyen, menuturkan kepada ABC News pekan ini bahawa studio ini dibentuk ketika begitu banyak tekanan pada orang-orang Muslim.
"Malangnya, anda mendapati bahawa media arus perdana, kadang-kadang salah mengartikan kami, tidak menterjemah dengan baik, dan di sini kami dapat memastikan bahawa mesej yang jelas dihantar keluar sana," katanya.
The One Path Network terus berupaya untuk menyediakan sendiri sumber-sumber berita dan membuat acara-acara seperti pengepungan Sydney tempo hari, di mana seorang lelaki Australia kelahiran Iran bernama Haron Monis menculik orang-orang di sebuah cafe selama 17 jam.
Dia menembak mati pengurus kafe, dan kemudian ia juga menembak mati dua tebusan perempuan dalam baku tembak berikutnya. Majanni menegaskan bahawa ia mempunyai tanggung jawab untuk memberikan penjelasan bahawa tindakan tersebut adalah tindakan jahat yang dilakukan atas nama bendera Islam, tetapi sangat jauh dari kata islami.
"Pendekatan kami adalah memastikan bahawa perbuatan itu jauh dari nilai-nilai Islam," katanya.
"Orang ini, Man Haron Monis, dikenali sebagai seorang penjenayah dan dia tidak mempunyai hubungan apapun dengan ISIS," katanya.
Sheikh Wesam Charkawi, dari masjid Auburn Gallipoli di pinggir bandar Sydney dan mengasuh acara Spotlight, mengatakan bahawa kaum Muslim di Australia menyangsikan perkataan Perdana Menteri Tony Abbott bahawa komuniti Muslim seluruh Austrial terlibat dalam pembangunan Negara.
"Orang Muslim telah kehilangan kepercayaan dan merasa benar-benar ditinggalkan oleh kerajaan," kata Charkwai. "Ini adalah sentimen yang sedang disampaikan setiap hari kepada kami."
Semoga The One Path Network boleh terus menyuarakan Islam di negeri Kanggaru melalui televisyen.
Kalau di Malaysia, boleh begitu?
Pernah kerajaan Kelantan pimpinan PAS, sebuah parti Islam berdaftar di Malaysia dipilih rakyat memerintah sebuah negeri secara sah hendak buat siaran radio sendiri pun tidak dibenarkan oleh kerajaan Persekutuan. Belum pun stesyen tv lagi. Itulah demokrasi terhadap Islam di Malaysia.
Dalam Islam ini kena bersama-sama lah. Itu yang Allah tuntut. Jika musuh menyerang, kerajaan Malaysia sahaja mesti bertanggung jawab ? Habis kerajaan Pas pergi mana ?
ReplyDeleteItu kenapa Dap boleh mandi-bogelkan Pas dengan air najis. Anjimg dan serigala akan tetap menyalak ! Cuma bagaimana kita mahu hentikan suara salakan yang bising dan mengerikan ini !
Si maae,
ReplyDeleteApa yang melalut tu.. sampai tk tahu hujung pangkal..