Sunday, July 12, 2015

Letupan Bom Gegar Selatan Thailand, Sambut Raya?

AFP - AHLI bomba memadamkan Berusaha Kebakaran di Sebuah Bangunan di pekan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand Semalam.

BANGKOK – Tujuh orang terbunuh, manakala berpuluh-puluh orang terce­dera dalam tiga letupan serangan bom berasingan dan kebakaran yang di­sengajakan di selatan Thailand, kata polis semalam.

Dalam siri serangan menggunakan bom motosikal di sebuah pusat karaoke di Sadao, Songkhla kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin, tiga orang termasuk seorang pemilik kedai terbunuh.

“Tiga orang terbunuh dalam serangan itu, manakala empat orang tercedera," kata Timbalan Ketua Polis wilayah selatan itu, Mejar Jeneral Puthichart Ekachant.

Dalam kejadian lain pada awal pagi ini, sebuah bangunan terbakar selepas dibom di pekan Sungai Golok menyebabkan tiga orang mati.

Tidak jauh dari situ, seorang lelaki beragama Islam yang berusia 35 tahun ditembak mati oleh seorang lelaki bersenjata yang kemudian melarikan diri dari tempat kejadian.

BERNAMA - Anggota polis memeriksa sebuah motosikal yang dipasang bom sebelum diletupkan di hadapan sebuah pusat karaoke di Sadao, Songkhla.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada serangan itu telah dirancang oleh pihak tertentu ketika umat Islam menjalani ibadah di bulan Ramadan kerana selatan Thailand sering berhadapan dengan keganasan.

Di pekan Sungai Golok, letupan pertama berlaku kira-kira pukul 7 malam memusnahkan kedai makan dan pusat karaoke menyebabkan lapan orang cedera. Letupan kedua pula berlaku pada 12.10 malam menyebabkan empat rumah terbakar.

Junta tentera Thailand yang telah merampas kuasa pada 22 Mei 2014 berjanji akan memulakan proses perdamaian yang terhenti dengan beberapa kumpulan pemisah yang di pedalaman selatan negara itu, namun setakat ini, hanya menunjukkan sedikit kemajuan. -Agensi 

Adakah letupan bom gegar Selatan Thailand kali ini sebagai acara Sambut Hari Raya untuk kaum Muslimin? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails