Wednesday, July 01, 2015

Mereka Masuk Islam Semasa Ramadhan


Alexandra gadis Inggeris masuk Islam.

SEJAK peristiwa serangan ke Bangunan World Trade Center di New York, Amerika Syarikat, pada 11 September 2001, peta dunia seolah berubah. Selepas kejadian tragis itu warga Barat mula ingin tahu seperti apa agama Islam yang sebenarnya.

Mereka yang tadinya sama sekali tidak peduli atau tidak tertarik dengan Islam, menjadi penasaran dan mencari maklumat soal Islam. Di dunia Barat, sebelum kejadian 11 September itu, Islam masih dianggap sangat asing bagi majoriti rakyat yang beragama Kristian. Namun secara perlahan kini dunia lebih mengenal Islam dan seperti apa ajarannya.

Sebahagian dari mereka tertarik mempelajari Islam hingga akhirnya mendapat pencerahan alias petunjuk atau hidayah untuk memeluk Islam. Mereka memutuskan mengucapkan syahadat pada bulan suci umat Islam, yakni Ramadan. Siapa saja mereka yang akhirnya masuk Islam ketika di bulan Ramadan? Simak kisahnya berikut ini.

Satu: Gadis Inggeris masuk Islam ketika Ramadan 
Menurut sejumlah penelitian di Inggeris baru-baru ini, jumlah warga muslim di UK atau Negara Tiga Singa itu meningkat sebanyak 37 peratus dalam enam tahun terakhir. Sedangkan jumlah masjid sudah mencapai 1,500.

Kerajaan Inggeris baru-baru ini membenarkan jumlah tahanan yang menjadi muslim terus meningkat saban hari. Dalam liputan Aljazeera.net ke pelbagai penjara dan pusat pengajian Islam di Inggeris, terungkap mereka yang menjadi Islam kebanyakan berasal dari Brazil, Luxembourg, Panama, dan Sweden.

Pada kesempatan itu Aljazeera juga menemubual Alexandra, puteri dari Lauren Booth, kakak ipar dari mantan Perdana Menteri Inggeris Tony Blair. Alexandra mengaku masuk Islam pada bulan Ramadan tahun lalu. Ketika itu dia berusia 12 tahun.

"Terima kasih kepada ibu saya yang sering mengajak ke mesyuarat, saya jadi tahu soal Islam. Menjadi muslim telah membuat saya lebih damai dan lega," kata dia, seperti yang dilaporkan oleh aljazeera.net.

Alexandra mengatakan Islam telah mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik.
Dia juga mengingat saat-saat ketika mengucapkan kalimat syahadat dia merasa jiwanya terangkat dan di dalam hati dia mengucap

"Saya berjaya."

Setelah memakai hijab dia juga mengaku merasa lebih terhormat daripada sebelumnya.

Dua: Berkat mendengar alunan Al-Quran, keluarga Norway masuk Islam


Sebuah keluarga Kristian asal Bandar Mugla, Norway..

Sebuah keluarga Kristian asal Bandar Mugla, Norway, sedang bercuti ke Turki, rombongan pelancongan mereka sampai ke Masjid Raya di Marmaris. Saat itulah Linda Nyman, 34 tahun, dan suaminya Froda Sigvartsen, 31 tahun, serta ketiga anak mereka mendengar lantunan ayat suci Al-Quran.

"Kami sedang berada di dalam masjid ketika itu dan mendengar ayat suci Al-Quran selama 20 minit. Kemudian kami mula berlinang air mata. Saya berasa sangat ringan dan damai. Saya merasa amat bebas. Saya senang memilih Islam sebagai agama kami," kata Nyman, seperti dilansir yesmorocco.com, Julai 2013.

Mereka kemudian meminta imam yang membacakan Al-Quran itu memberitahu mereka soal Islam. Selepas itu mereka akhirnya mengucapkan kalimat syahadat pada hari pertama Ramadan.

Tiga: 20 Pekerja Filipina jadi masuk Islam di Riyadh
Sebanyak 20 warga Filipina di Ibu Kota Riyadh

Sebanyak 20 warga Filipina di Ibu Kota Riyadh, Arab Saudi, menyatakan masuk Islam awal minggu ini. Mereka menjadi mualaf di bulan suci Ramadan tahun ini.

Ke-20 pekerja asal Filipina itu mengucapkan dua kalimah syahadah selepas solat Tarawih di sebuah masjid di kawasan Dubhat.

"Kami bangga terhadap kamu dan semua orang senang menyambut kamu sebagai saudara," ujar imam masjid bernama Turky Qelawy, kepada Arab News, Khamis (25/6).

Kebanyakan warga asing asal Filipina itu bekerja di Hospital Universiti Raja Abdulaziz di Riyadh.

Empat: Duta besar Itali masuk Islam di Saudi

Torquato Cardilli 

Duta besar Itali buat Arab Saudi Torquato Cardilli memutuskan masuk Islam pada 16 November 2001, saat malam Ramadan hari pertama.

Cardilli lahir pada 1942 dan sudah mempunyai dua anak. Dia ditugaskan di pejabat Kementerian Luar Negeri Itali pada 1967. Dia sudah bekerja menjadi diplomat di Sudan, Syria, Iraq, Libya, Albania, dan Tanzania.

"Saya benar-benar meyakini kebenaran Islam setelah secara rutin membaca wahyu Allah, kitab suci Al-Quran," kata beliau suatu kali, seperti yang dilaporkan oleh ifoundislam.net.

Kerana bertugas di Timur Tengah, Cardilli sudah cukup fasih berbahasa Arab.

Al-hamdulillah. Allah Maha Besar, lain semua kecil berbanding kebesaran Allah itu.
(IH)
 


Lihat sebelum ini..
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3
E-Buku IH-90: Univ Ramadzan 2014

2 comments:

Anonymous said...

A l h a m d u l i l a h

Anonymous said...

Orang-orang kafir berlumba-lumba memeluk agama Islam tetapi para munafik berlumba-berlumba cuba memusnahkan Islam dari dalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails