LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
SEPANDAI-PANDAI tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Isteri Perdana
Menteri Rosmah Mansor bertindak dengan pantas menerusi peguamnya meminta Bank
Negara menyiasat segera pembocoran akaunnya di Afffin Bank yang menerima RM2
juta.
Tindakan ini mengesahkan tentang wujudnya akaun simpanan itu yang
dengan sekaligus menyebabkan orang ramai terfikir bahawa tidaklah semua
laporan Sarawak Report palsu. Berasaskan kebenaran ini, awam juga
membuat kesimpulan mudah maka laporan lain-lain SR juga adalah benar
walaupun sedang dipertikaikan.
Menerusi peguamnya ,Rosmah memberikan
tempoh 72 jam kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap
pembocoran akaunnya yang kejadian ini melanggar Akta Perkhidmatan Bank
2013.
Saya kurang ariff apakah isteri seorang Perdana Menteri boleh
bertindak sendirian, memerentahkan Bank Negara untuk kes peribadi disamping
mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya. Adakah pekara ini telah ditimbang
dengan semasak-masaknya lebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri atau ini
tindakan sendirian Rosmah?
.
Pada pandangan saya integriti dan reliability
Gabenor Bank NegaraTan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang selama ini dihormati di
dalam dan di antarabangsa yang ternama sebagai di antara Ketua Bank Pusat
Terbaik di Dunia, sekarang berada dalam keadaan tercabar yang melibatkan
keyakinan kepada Bank Negara dan juga pandangan dunia kepada Malaysia.
Ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya pengurusan kewangan
negara yang di ketuai oleh Menteri Kewangan telah berjalan dengan cekap dan
bijak.
Soal yang berbangkit sekarang kenaapa Pasukan Petugas Khas yang
menyiasat 1MDB hanya mengakui mengetahui wujudnya akaun Rosmah itu setelah
pendedahan dibuat oleh Sarawak Report?. Jika alasannya masih dalam
siasatan maka kenapa tidak berpegang pada prinsip ini sehingga tamat
penyiasatan?.
Sentimen saya kepada Dr. Zeti sama seperti sentimen saya
kepada bapanya Pak Ungku Aziz seorang ahli akademik terulong negara dan
ibunyaKak Azah (Allahyarhamah ) sebagai s budayawan negara tersuhur yang
mendorogkan saya menulis buku biograpi bergambar Tun Abdul Razak untukYayasan
Tun Abdul Razak.
Zeti tidak seharusnya turut tercemar dalam suatu misi
yang telah menimbulkan keraguan orang ramai dan sewajarnya meletakan jawatan
sebelum pergi lebih jauh dalam mission impossible.
-ZAM
No comments:
Post a Comment