Saturday, July 11, 2015

Mission Impossible Rosmah Bank Negara, DR.ZETI Wajar Letak Jawatan? -ZAM. (90)

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor  bertindak dengan pantas menerusi peguamnya meminta Bank Negara menyiasat segera pembocoran akaunnya di Afffin Bank yang menerima RM2 juta.

Tindakan ini mengesahkan tentang wujudnya akaun simpanan itu yang dengan sekaligus menyebabkan  orang ramai terfikir  bahawa tidaklah semua laporan Sarawak Report palsu. Berasaskan kebenaran ini, awam juga  membuat kesimpulan mudah maka laporan lain-lain  SR juga adalah benar walaupun sedang dipertikaikan.

Menerusi peguamnya ,Rosmah memberikan tempoh 72 jam  kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap pembocoran akaunnya yang kejadian ini melanggar Akta Perkhidmatan Bank 2013.

Saya  kurang ariff apakah isteri  seorang Perdana Menteri boleh bertindak sendirian, memerentahkan Bank Negara  untuk kes peribadi  disamping mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya. Adakah pekara ini telah ditimbang dengan semasak-masaknya lebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri atau ini tindakan sendirian Rosmah?
.
Pada pandangan saya integriti dan reliability Gabenor Bank NegaraTan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz  yang selama ini dihormati di dalam dan di antarabangsa  yang  ternama sebagai di antara Ketua Bank Pusat Terbaik di Dunia, sekarang berada dalam keadaan tercabar yang melibatkan keyakinan kepada Bank Negara dan juga pandangan dunia kepada Malaysia.

Ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya pengurusan kewangan negara yang di ketuai oleh Menteri Kewangan telah berjalan dengan cekap dan bijak.

Soal yang berbangkit sekarang kenaapa Pasukan Petugas Khas  yang menyiasat 1MDB  hanya mengakui mengetahui wujudnya akaun Rosmah itu  setelah pendedahan dibuat oleh Sarawak Report?. Jika alasannya  masih dalam siasatan maka kenapa  tidak berpegang pada prinsip ini  sehingga tamat penyiasatan?.

Sentimen saya kepada Dr. Zeti  sama seperti sentimen saya  kepada bapanya  Pak Ungku Aziz seorang ahli akademik terulong negara dan ibunyaKak Azah  (Allahyarhamah ) sebagai s budayawan negara tersuhur   yang mendorogkan saya menulis buku biograpi bergambar Tun Abdul Razak untukYayasan Tun Abdul Razak.

Zeti  tidak seharusnya turut tercemar dalam suatu misi yang telah menimbulkan keraguan orang ramai dan sewajarnya meletakan jawatan sebelum pergi lebih jauh  dalam mission impossible.

-ZAM

No comments:

Post a Comment