Wednesday, July 15, 2015

Misteri Gereja Ayam Tersembunyi Di Puncak Bukit Indonesia, Kini Mendunia.

Gereja 'Ayam' misteri di Magelang,Jawa Tengah.

Umat Kristian sedunia kini sedang membicarakan bangunan gereja berbentuk ayam yang ada di Magelang, Jawa Tengah. Surat khabar Inggeris, the Daily Mail, Isnin (13/7), turut melaporkan keberadaan tempat ibadah berbentuk unik tersebut.

Lokasi gereja ayam ini agak sukar ditemui tanpa bertanya pada warga tempatan. Letak persisnya ada di bukit Dusun Gombong, Desa Kembanglimus. Jarak gereja unik ini kira-kira 2.5 kilometer dari Candi Borobudur.

Wujud bangunan yang tidak dicat ini menyerupai sosok ayam memakai mahkota. Di dalam gereja jangan harap ada bangku atau altar. Hanya ada tiang dan tanah kosong tidak terawat.

Orang di balik gereja nyentrik tersebut adalah Daniel Alamsjah. Lelaki yang kini berusia 67 itu adalah pengusaha asal Jakarta. Dia berusaha meluruskan pandangan orang-orang bahawa ini bangunan berbentuk ayam. Menurut Daniel, sebetulnya itu wujud merpati yang sudah diilhamkan padanya sejak tahun 80-an.

"Saya mendapat ilham daripada Tuhan untuk membina tempat ibadah," ujarnya.


Bahagian dalam gereja tersebut.

Tanah yang tersembunyi di Borobudur itu dia dapatkan pada 1989 ketika berjalan-jalan di Magelang. Dia melihat puncak bukit itu persis seperti yang dia terima dalam wahyu.

Sayang, krisis 1997 membuat usahanya membina tempat ibadah itu terkandas. Disebutkan pula adanya sedikit penolakan dari warga sekitar. Selain gereja, bangunan 'merpati' itu menurut Daniel hendak dipakai untuk lokasi penyembuhan orang yang menderita penyakit, dan pelbagai aktiviti sosial lain. (IH)

1 comment:

maae said...

Bukit Jalil ada ke... he..he..

Selamat Hari Raya.Aidilfitri. Maaf Zahir Bathin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails