Thursday, July 09, 2015

Najib Dedah Petugas Khas Tidak Bebas? Perlu Cuti Segera. -T/Presiden PAS (88)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
Menjadi satu kesilapan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi penerangan mengenai skop siasatan pasukan petugas khas yang sedang menyiasat dakwaan mengenai penyaluran dana 1MDB ke akaun peribadinya

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoal kenyataan Najib semalam di mana perdana menteri itu berkata siasatan yang sedang dilakukan sama ada dana 1MDB digunakan untuk kepentingan diri sendiri berasas atau pun tidak.

"Kenyataan itu mengundang persepsi bahawa pasukan petugas khas tidak bebas, sedang menerima arahan, atau melaporkan penyiatasan kepada Najib selaku orang yang sedang dituduh dalam kes ini.
"Ini tidak betul dan tidak baik untuk usaha Najib membersihkan namanya," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Najib mengulangi 
penegasan bahawa beliau tidak pernah mengambil dana firma pelaburan 1MDB untuk kepentingan diri beliau malah, satu pasukan sedang menyiasat sama ada tuduhan Wall Street Journal (WSJ) bahawa beliau mengambil dana itu untuk kepentingan peribadi, berasas ataupun tidak.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menyifatkan tindakan tersebut "lebih buruk" apabila pasukan itu dianggotai peguam negara, ketua polis negara, pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan gabenor Bank Negara yang dilihat sedang bekerja di bawah arahannya.

"Oleh itu, PAS sekali (lagi) menegaskan Najib perlu bercuti segera agar siasatan dilihat bersih.
"Jika tidak, Najib akan kelihatan bermasalah meskipun pasukan siasatan mendapati dakwaan ke atas beliau tidak benar," katanya.

Bekas pensyarah itu juga meminta supaya skop siasatan petugas khas menentukan sama ada benar dakwaan dana 1MDB dimasukkan ke akaun Najib dan menyiasat ke mana wang itu disalurkan termasuk cek dan individu yang menerimanya.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim berkata selain mengadakan serbuan, PAS mencadangkan supaya akaun 1MDB perlu dibekukan bagi membantu mempercepatkan siasatan.

"Diharap siasatan dapat diselesaikan secepat mungkin untuk mengelakkan negara dan rakyat terus berada dalam keadaan gawat dan kebimbangan. Atas ini, selain menyerbu pejabat 1MDB, PAS mencadangkan agar akaun 1MDB juga dapat dibekukan untuk membantu mempercepatkan siasatan," katanya. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails