SUKAN
Nicol Terus Unggul Sebagai Pemain No.1 Dunia Selama 108 Bulan
KUALA LUMPUR: Ratu squasy Malaysia Datuk Nicol David mengekalkan kedudukannya sebagai pemain wanita nombor satu dunia untuk tempoh mengagumkan selama 108 bulan berdasarkan ranking terbaru Women's International Squasy Player Association (Wispa) bagi Julai, yang dikeluarkan Rabu.
Pencapaian itu menyaksikan pemain berusia 31 tahun dari Pulau Pinang itu menyambut penguasaan berterusannya sebagai pemain nombor satu sejak Januari 2006, dengan aneka gelaran berprofil tinggi termasuk lapan Kejohanan Dunia.
Beliau berada di kedudukan teratas dari Januari hingga Mac 2006 sebelum Vanessa Atkinson dari Netherlands mengambil alih tempat selama empat bulan hingga Julai, sebelum Nicol merampas kembali mahkota dari Ogos 2006 hingga sekarang.
Nicol, yang mengumpul sejumlah 3,241 mata berdasarkan ranking terbaru, berkata beliau merasa begitu disanjung berada di kemuncak selama sembilan tahun berturut-turut.
Di laman web squasy, www.squasyinfo.com. Nicol menarik perhatian bahawa tahun ini merupakan tahun menyeronokkan dengan setiap pemain berusaha keras dalam pertandingan, tetapi katanya, beliau sedang menunggu-nunggu cabaran itu.
Pesaingnya, pemain Mesir Raneem El Weleily telah merapatkan jurang hanya 43 mata, dengan mengumpul 3,198 mata, berikutan kejayaannya merangkul kejuaraan Antarabangsa Alexandria di tempatnya sendiri pada Jun.
Johan Terbuka British 2015 Camille Serme dari Perancis juga mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga dengan 1,668 mata. -- Bernama
Aduhai, Malaysia tanah airku.. tempat puasaku, tempat solat ku, tempat ibadatku, bahkan hidupku dan matiku kerana Allah yang menguasai alam semesta!
... Ada kena mengena dengan kerajaan umat Islam Malaysia yang masih belum mampu mengIslamkan pakaian atletnya..
(IH)
Aduhai, Malaysia tanah airku.. tempat puasaku, tempat solat ku, tempat ibadatku, bahkan hidupku dan matiku kerana Allah yang menguasai alam semesta!
... Ada kena mengena dengan kerajaan umat Islam Malaysia yang masih belum mampu mengIslamkan pakaian atletnya..
(IH)
4 comments:
Agak agak kerajaan PAKATAN BARU nanti bulih ka islamkan pakaian atlitnya?
Inilah yg kita kena laksanakan HUDUD secara bersistem, bukannya HUDUD pakai hentam 1) Jaga kebajikan Rakyat 2)Penyeragaman undang-undang dalam pelaksanaan Pra-Hudud menyeliputi bab pakaian, pergaulan, pembelajaran dsb agar TIDAK TERBABAS dari landasan Agama. 3)Baru laksanakan HUDUD. Pakatan rakyat TERMASUK DAP boleh laksanakan HUDUD andainya ia dilakukan secara sistematik seperti di atas.
Jangan ikut ULAMA TODI, maki hamun untuk HUDUD sebenarnya ia "tidak mahu" HUDUD sekadar lakonan mulut sahaja. Kalau betul HADI nak HUDUD, kenapa mangsa banjir diabaikan. Kongsi khemah dan khemah berselerak dan TIDAK MUSTAHIL rakyat menderita serta maksiat sukar dipantau.
Bagaimana Putri2,permaisuri Melayu.Na ajar org kafir kena ajar org Islam dulu.Kalau setakat bertudung tapi baju melekat buat apa?
Bagus cadangan tuan... tapi ayat mcm gampang kekekeke
rasanya tuan yg mabuk todi cakap melalut
Post a Comment