Thursday, July 30, 2015

Nor Albaniah Jawab Imej Seksi...

Nor Albaniah dikenali sebagai pelakon seksi ketika zaman kegemilangannya.

HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Pelakon Nor Albaniah menganggap hinaan pengikut laman sosial terhadap penampilan seksinya kerana mereka tidak mengenali dia sebagai pelakon zaman 90-an yang sudah sinonim berimej sedemikian.

Pemilik nama sebenar Nor Albaniah Raffie, 45, berkata, kebanyakan yang mengutuk tentang imejnya itu merupakan generasi baharu.

"Apa yang saya lihat mereka yang kutuk-kutuk saya ini adalah budak baru yang tidak kenal saya pun, saya bukan sekarang ni baru nak seksi. Mungkin emak mereka yang kenal saya lebih tahu penampilan seksi saya sejak dulu lagi.
"Saya juga bukan perasan untuk jadi muda seperti yang sering mereka katakan sebaliknya saya sudah biasa berpakaian dengan imej sedemikian," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
 
Nor Albaniah akui selesa dengan imej ringkas.

Nor Albaniah berkata demikian ketika diminta mengulas apabila terdapat segelintir pihak yang mengecam penampilan seksinya yang dianggap sudah tidak lagi sesuai untuk umurnya yang kini mencecah 40 an.

Tambahnya, penampilan tersebut tidaklah keterlaluan dan apa yang lebih penting ialah keselesaannya.

"Saya tidak rasa ia seksi kerana dulu pun saya pakai begini tiada pula yang kecam dan pada saya ia normal sahaja. Apa yang saya pakai itu ringkas dan selesa," katanya.

Sementara itu, Nor Albaniah berkata, dia tidak pernah mengambil peduli tentang komen-komen negatif pengikut di laman Instagram terhadapnya. Dia hanya membaca dan memadam komen yang dianggap terlalu melampau sehingga boleh menjajaskan maruah.

"Saya okey sahaja orang nak kutuk-kutuk kat Instagram, tidak pernah pun layan dan balas komen mereka kerana tidak mahu berbalah.

"Tapi kalau ada yang benar-benar melampau saya akan padam kerana tidak mahu orang lain baca dan terpengaruh," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pasangan hidup, aktres yang sudah 20 tahun bergelar ibu tunggal ini mengakui sukar untuk menerima lelaki dalam hidupnya. Dia sentiasa berhati-hati terhadap lelaki yang cuba mendekatinya dengan niat tertentu.

"Saya tidak ada kawan lelaki yang istimewa kerana saya sendiri membataskan diri untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki.
"Bagi saya banyak lelaki yang tidak ikhlas untuk berkawan dan ada niat lain yang tidak baik. Lagi pula saya sudah selesa dan boleh berdikari sendiri," ujarnya.

Nor Albaniah terkenal dengan filem Adik, Main-Main Hantu dan Kekasih Awal Dan Akhir. (MStar)

Sikit Tazkirah ..

Tazkirah ini hanya secara umum, tidak ditujukan secara individu atau kelumpuk kepada siapa-siapa. Sekurang-kurangnya untuk ingatan kepada diri kita sendiri, pembaca dan kawan-kawan budiman.

Satu:

Kata Rasulullah SAW yang Dirwayatkan oleh Bukhari.
  • "Idza lam tahtahyi fashna 'maa syi'ta" (Ertinya: Apa bila kamu tidak malu, maka berbuatlah sekehendakmu) .Sejatinya, tertutubnya suatu aib seseorang dari pengetahuan khalayak umum, merupakan' kebaikan 'Allah yang dianugerahkan kepadanya.
Sekali pun dia telah melakukan pelanggaran terhadap hukum-hukum Allah, namun Dia tetap mengasihinya dengan cara mentabiri atau menutupi keburukkan yang telah ia buat. Dengan demikian, sepatutnya orang tersebut 'bersyukur' kerana aibnya tidak terbongkar, bukan sebaliknya, membuka tabir yang telah tertutup rapat-rapat.
 
Lebih celaka lagi, tidak sedikit orang yang bangga dengan menyebarluaskan keburukkan tersebut. Sungguh perilaku macam ini, adalah seburuk-buruk tindakan. Bahkan dosanya, jauh lebih besar melebihi dosa perbuatan yang telah dia lakukan.

Dalam suatu riwayat, Rasulullah SAW pernah bersabda, bahawa sungguh celaka atau terlaknat orang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian, esoknya ia menceritakan segala perkara yang telah dia lakukan kepada orang lain, padahal Allah telah menutupinya. Begitu pula sebaliknya, orang yang melakukan maksiat kepada Allah pada siang hari, kemudian, malam harinya, dia menceritakan kepada kerabat-kerabatnya, padahal Allah pun telah menyerkapnya rapat-rapat.

Maka bertaubatlah!

Dua:

Kata Pepatah,
  • "Al insaanu mahallul khoto wan nisyaan," Ertinya, bagaimana pun jua usaha kita menghindari kesalahan, sedar atau tidak sedar, manusia terkadang telah terjerumus dalam suatu kesalahan.
Lihat kisah kekasih Allah Nabi Muhammad SAW .. Pernah suatu hari, ketika Rasulullah tengah asik mendakwahi para pemimpin Quraisy, tiba-tiba datang di tengah forum tersebut seorang lelaki buta, yang kalau ditinjau dari kelas sosialnya, dia berada di level bawah, di banding tokoh -tokoh Quraisy yang berada di hadapan beliau.

Kerananya Rasulullah SAW kurang mempedulikan (Abdullah bin Ummi Maktum), padahal, kedatangannya untuk memenuhi panggilan Allah dan Rasul-Nya, mengucapkan kalimat syahadat. Kerana tingkah laku tersebut, Rasulullah pun ditegur oleh Allah dengan diturunkannya surat 'Abasa,

عبس وتولى
أن جاءه الأعمى

• Ertinya: Ertinya: "Dia (Muhammad) berwajah masam dan berplaing. Kerana seorang buta telah datang kepadanya. "(QS: Abasa: 1-2).

Kita boleh simpulkan bahawa manusia tidak dapat mengelakkan kesalahan seratus peratus. Yang jadi masalah, bukan perilaku salah itu, namun cara pandang kita, atau tindak balas kita terhadap kesalahan itulah yang perlu kita perbaiki.

Maka bertaubat merupakan kafarah dari kesalahan yang telah kita perbuat (Wa khairu khathaiina Thawwabiina.) Kalau pelanggarannya tersebut hanya berkaitan dengan Allah, maka yang perlu dia lakukan, ialah menyesali dan tidak mengulangi lagi untuk yang ke 2X nya (Taubatan Nashuha).

Tetapi, apa bila ia berkaitan dengan urusan bani adam -mencuri- misalnya, maka, selain dia harus melakukan dua perkara di atas, dia juga perlu meminta maaf kepada siapa yang telah dia sakiti.

Rasulullah SAW bersabda,
  • "Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada, ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik, niscaya perbuatan baik tersebut akan menghapus perbuatan buruk tersebut, dan pergauilah sesama manusia dengan akhlak yang baik", (HR Tarmidzi).
Marilah kita ciptakan budaya malu berbuat maksiat dengan cara memperbanyak kebaikan. Sebagaimana firman Allah.

وأقم الصلاة طرفي النهار وزلفا من الليل إن الحسنات يذهبن السيئات ذلك ذكرى للذاكرين
  • "Sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu menghapuskan keburukan-keburukan." (QS: Hud: 114).
Tiga:

Jika ada rakan yang bertanya tentang keburukan masa lalu, "You cerita le fasal kekasih lu dulu?" Dah, tak usah perpanjang, cukup katakan "Itu masa lalu kawan, aku telah bertaubat dan telah membuka lembaran baru".

Cukuplah dengan hadis dari Abu Hurairah ini, Rasulullah SAW bersabda ..
  • "Semua ummatku dimaafkan (kesalahannya) kecuali Mujahirin (orang yang memberitahu kemaksiatannya pada orang lain). Dan sesungguhnya termasuk Al-majanah bila orang itu pada malam hari berbuat kejahatan, kemudian pada waktu paginya dia berkata, 'Wahai fulan, malam tadi aku berbuat demikian dan demikian' padahal malam harinya Robb-nya telah menutupi (aibnya tersebut), namun pagi hari dia sendiri yang membuka apa yang telah ditutup oleh Allah, "(HR.Bukhori 5/3254).
Bila Allah telah menutupi aib kita, maka tak perlu kita memberitahu pada orang-orang. Bukankah malu adalah sebahagian dari tanda orang beriman? So the points are; bertaubatlah dahulu apabila kita tahu bahawa kita berdosa. Ceritakan saja kesalahan kita pada orang yang bolehkan kita mendapat bimbingan untuk menapaki jalan hidup yang lebih baik.

Jika kita sekadar cerita pada orang lain tentang aib kita, tidak ada manfaat bagi yang mendengarnya, lebih baiklah diam. Berkatalah yang baik atau diam. Jangan sampai ada yang mencontohi dosa kita hanya kerana kita telah bercerita pada salah orang dan dengan cara yang salah pula.

Bermaksiat di masa lalu? Selesai sudah, jangan berbangga atas kemaksiatan kita, lebih-lebih lagi jika kita telah bertaubat dan Allah telah menutupi aib kita dari orang-orang sedunia.

Wallahu 'aklam. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis 

2 comments:

Anonymous said...

peduli apa aku .... aku ahli seumur hidup IFC ... aku pun bukan melayu dn aku pun bukan Islam ..................!!!!

Unknown said...

Terutama bagi kaum lelaki, lebih baik kita muhasaba diri:

“(O’ Prophet!) Say to the believing men that they cast down their looks and guard their private parts - that is purer for them; surely Allah is aware of what they do."

Tak perlulah salahkan kaum perempuan kalau kita tak boleh kawal nafsu diri sendiri...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails