Gambar hiasan.
PETALING JAYA: Pemandu teksi Malaysia mendapat pengiktirafan antarabangsa; atau lebih tepat, 'penghinaan' kerana sikap buruk mereka.
Laman perbandingan teksi British, LondonCabs.co.uk telah meletakkan pemandu teksi Kuala Lumpur di bahagian teratas dalam senarai perbandingan 10 pemandu teksi paling teruk di seluruh dunia.
"Pemandu dari Kuala Lumpur terkenal dengan suka mengecas tambang berlebihan kepada pelanggan.
"Walaupun mereka sepatutnya mengenakan bayaran mengikut meter, ramai pemandu menolak daripada berbuat demikian," kata LondonCabs.
"Nasihat terbaik adalah dengan hanya menunggu kenderaan lain jika pemandu bertegas enggan menggunakan meter," katanya.
Artikel ini turut menyatakan bahawa teksi di Kuala Lumpur sebagai 'agak buruk dan berada dalam kondisi yang teruk'. Pemandu teksi di Rom berada di tempat kedua selepas Kuala Lumpur untuk kadar yang terlalu tinggi dan kekasaran pemandu mereka.
"Kebanyakan orang tidak dapat mencari kenderaan di Rom. Kereta adalah terhad dan pemandu sering bersikap kasar dan sukar untuk berurusan dengan mereka," kata LondonCabs.
"Jika hari hujan, bersedialah untuk membayar dua kali ganda atau tiga kali ganda harga untuk kenderaan di Rom," katanya.
Pemandu teksi mini di Bangkok berada di tempat ketiga dalam senarai kerana pemandunya sering sesat dan tidak tahu jalan. Bandar-bandar lain yang tersenarai ialah Paris, New York, Mumbai, Zurich, Kaherah, Shanghai dan Moscow. (IH)
2 comments:
Semasa saya inigin mendaftar masuk Hotel di Milan Italy, receptionist hotel menyatakan bahawa negara kamu mempunyai teksi yang paling teruk di dunia.Beliau menyatkan ini kepada saya bila saya tunjukkan passport Malaysia kepadanya.Inilah akibat kerajaan yang tidak tegas mengambil tindakan terhadap pemandu teksi yang tidak mengikut peraturan keadaan mungkin bertambah teruk sekarang kerana terdapat ramai pendatang asing membawa teksi secara haram.SPAD ambil la tindakan tegas sikit....immediate suspension, ambil lesen pemandu, gantung teksi beberapa hari sebagai pengajaran dan hukuman.ATAU PETUGAS DI SPAD SEMUANYA PEMALAS............
Pakcik kat Kampung masih perasan MESIA MAJU.
Post a Comment