Borschberg (kanan) dan Piccard meraikan kejayaan mencipta rekod baharu penerbangan dunia menyeberangi Lautan Pasifik menggunakan pesawat janaan solar dalam masa lima hari. - AFP
JOM KEATIF
KAPOLEI, Hawaii – Sebuah pesawat janaan solar mendarat di sini kelmarin selepas menamatkan perjalanan selama lima hari menyeberangi Lautan Pasifik dari Jepun sekali gus mencipta rekod baharu dunia penerbangan.
KAPOLEI, Hawaii – Sebuah pesawat janaan solar mendarat di sini kelmarin selepas menamatkan perjalanan selama lima hari menyeberangi Lautan Pasifik dari Jepun sekali gus mencipta rekod baharu dunia penerbangan.
Juruterbang pesawat berkenaan, Andre Borschberg bersama pembantunya, Bertrand Piccard mendarat di Kalaeloa, sebuah lapangan terbang kecil di Honolulu di sini kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan.
Misi yang mengambil masa selama 118 jam dari Nagoya itu telah memecahkan rekod dunia sebagai penerbangan solo tanpa henti terpanjang di dunia.
Sebelum ini rekod itu dipegang oleh pengembara dari Amerika Syarikat, Steve Fossett dengan catatan masa 76 jam ketika melakukan penerbangan mengelilingi dunia menggunakan pesawat khas pada tahun 2006.
Bezanya, pesawat Borschberg, Solar Impulse 2, tidak menggunakan minyak untuk terbang tetapi sayap model itu dilengkapi dengan 17,000 sel solar yang dikuasakan dengan kipas dan bateri boleh dicas. Pesawat itu juga terbang pada waktu malam menggunakan tenaga simpanan.
Penerbangan merentasi Laut Pasifik dianggap berbahaya kepada pengembara udara kerana tidak mempunyai landasan untuk melakukan pendaratan kecemasan.
“Selepas ini, tiada siapa yang boleh mengatakan tenaga boleh diperbaharui sebagai sesuatu yang mustahil,” ujar Borschberg sambil menyifatkan penerbangan itu satu pengalaman yang menakjubkan. – AGENSI
No comments:
Post a Comment