Sunday, July 05, 2015

'Puasa Semua Orang Nak Buat, Hudud Tak Mahu Pula' - Haron Din

Dr Haron (gambar) hairan kenapa perkara wajib seperti puasa dilaksanakan oleh hampir semua umat Islam tetapi tidak pula hudud. - Astro AWANI/Shahir Omar

PUTRAJAYA: Mursyidul Am PAS Pusat, Datuk Dr Haron Din menyatakan kehairanan kenapa perkara wajib seperti puasa dilaksanakan oleh hampir semua umat Islam, namun hukum wajib seperti qisas dan hudud tidak dilaksanakan.

Beliau merujuk kepada negara-negara Islam yang sehingga kini katanya tidak melaksanakan undang-undang tersebut meskipun diwajibkan sama seperti puasa dan solat.

"Mengapa bila puasa ini semua orang nak buat? Kanak-kanak pun ada, orang tua yang sakit pun nak buat…orang musafir (dalam perjalanan jauh) yang sepatutnya ada peruntukan untuk berbuka pun buat.
"Namun Allah wajibkan kita laksanakan qisas yang merupakan sebahagian dari hudud, tetapi degil tak mahu laksana sampai hari ini," katanya dalam ucapan tazkirah Majlis Iftar Amal Darul Fuqaha' di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Selain itu, Dr Haron turut menyebut tentang usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan hudud oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Dewan Rakyat yang masih belum dapat dibacakan.

"Sudah sebulan kita nak bawa di Parlimen tetapi tidak disenaraikan sebagai bil yang boleh dibawa dan ditangguh ke Parlimen akan datang," katanya.

Menurut beliau, dalam waktu itu ada pihak yang bertindak menghantar writ saman dan menamakan Abdul Hadi, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan seorang timbalan speaker sebagai defendan.

Katanya, tujuan saman tersebut adalah bagi meminta mahkamah menghalang Speaker daripada menerima dan membawa usul persendirian oleh Abdul Hadi itu.

Pada 18 Mac lalu, Abdul Hadi telah mengemukakan satu notis bagi usul tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat.

RUU berkenaan iaitu Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac.

BACA: PAS tetap teruskan agenda laksana undang-undang hudud di Kelantan - Abdul Hadi

Lihat sebelum ini..
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3

Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3 E-Buku IH-90: Univ Ramadzan 2014         

5 comments:

maae said...

Buat saja lah dulu dalam skop kerajaan negeri. Sekurang-kurang nya boleh di lihat keberkesanan, tidak melibatkan mahkamah tinggi sivil. Sekurang-kurang nya, syariah boleh di selaraskan.

Keadaan sekarang dalam keluh kesah Najib, sudah tentu tidak sesuai dan masih tidak stabil.

Yang baik tentu akan terserlah jua. InsyaAllah. Namun, tantangan nya begitu berombak dari suku sakat penentang nya, termasuk dalam Pas sendiri... menguji kebijaksanaan Hj Hadi...

Anonymous said...

Mana ada undang-undang hudud boleh dilaksanakan 'dalam skop kerajaan negeri' ? Makin jelas UMNO/BN sebagai penghalang. Penentang hukum Allah.

bunbinban said...

hudud nak jugak, fitnah. melabel, mengaibkan sesama ahli ulamak PAS buat dek je. Jiwa sendiri x bersih dan x adil dan kamu bercakap utk menjalankan hudud?.

Anonymous said...

Dah tau nak ubh cuma RUU..kenapa heboh satu dunia kata itu hukym hudud? Kenapa tak bawa bincang sesama parti dlm pakatan dulu sebelym dibawa ke parlimen. Kenapa hj hadi mungkiri janji. Kenapa tak serahkan pada umno saja yg bawa? Hj hadi mengambil sikap sanggup bergaduh dgn parti dlm pakatan kerana RUU saja. Mmg bodoh

Anonymous said...

Yang menentukan hukum Allah bukan PAS. Hudud kat dlm kubur bukan PAS yg kena buat. Allah tak suruh pun PAS pegi potong tangan org mencuri. Abih tu kalau anak Harun Din hisap ganja nak bagi hukum apa? Potong lidah, kepala, tangan? Boleh tak dia hukum anak dia sendiri dulu?
Kalau orang PAS menipu siapa yg nak potong lidah diorang? Sanggup tak Harun potong lidah Haji Hadi? Kalau Mustafa berzina boleh tak Mat Sabu rejam Tafa 80 kali?
PAS buat dulu hukum tu kat ahli dia baru org percaya. Kalau tak berani PAS hanya kaum yg mengguna dan menyalahguna agama utk berkuasa dan menang undi. Sampai kiamat pun Allah laknat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails