Monday, July 06, 2015

Ramadhan: Ditahan Ketika Asyik Makan Di Tempat Awam. Malu Le Nuu..


SEORANG lelaki (duduk tengah) tidak berpuasa ditahan oleh penguat kuasa agama ketika berada di sebuah kedai makan bukan Muslim di Gurun dekat Sungai Petani semalam. 
 
SUNGAI PETANI – Empat lelaki termasuk seorang penjawat awam dan warga emas yang sedang asyik menjamu selera di sebuah restoran di Gurun dekat sini tergamam apabila mereka diberkas pihak berkuasa agama dalam Ops Ramadan semalam.
Dalam serbuan pada pukul 12 tengah hari itu, empat lelaki berusia antara 30 hingga 60 tahun itu cuba melarikan diri sehingga berlaku sedikit pergelutan, namun akhirnya mereka berjaya ditahan.
Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Alwi Othman berkata, kesemua empat lelaki yang ditahan itu kemudiannya dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan sebelum didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Muda di sini.
Kalau dalam Hudud, hukumannya dipamerkan di depan awam, bertujuan untuk mendidik pesalah,  Cuba fikirkan kembali, untuk mempamerkan nama atau pesalah-pesalah orang-orang Islam yang makan ditempat awam di bulan puasa. Sekurang-kurangnya pamer di daerah tempat berlaku itu sendiri.
Eh, malu le nuu..(IH)

No comments:

Post a Comment