Sunday, July 05, 2015
Ramadhan: PAS Pasca Muktamar.
Oleh ABU IMAN MUHAMAD HAKIMI
Kisah PAS pasca muktamar
Di angkat dari Detikdaily.
MUKTAMAR PAS Pusat telah pun melabuhkan tirai. Ada yang gembira dan tidak kurang ada yang kecewa, yang gembira meraikannya dengan lafaz tasbih, syukur dan istighfar sebagaimana yang diajar oleh Allah di dalam surah Al-Nasr,
“Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.” (Al-Nasr: 3)
yang kecewa ada yang sinis dalam ucapan, menolak lantikan dari Presiden partinya, merancang menubuhkan parti dan pakatan baru bahkan ada yang terus meninggalkan partinya
TINGGAL PAS, PAS RUGI?
Tindakan segelintir pimpinan dan aktivis PAS keluar dari PAS menimbulkan tanda tanya. Adakah tindakan itu bersifat populis agar ada yang menjejaki langkahnya atau hasil muhasabah selepas kalah dan kecewa di dalam muktamar yang lepas.
Andai ia bersifat populis, rasanya silap kerana tidak kedengaran pun ribuan ahli PAS yang mengikuti langkahnya dan andai ia muhasabah, rasanya ia bertentangan dengan sunnah perjuangan kerana Allah merakamkan di dalam al-Quran,
"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepada-Nya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu." (Muhammad: 38)
Jelas Allah sebut Islam dan perjuangannya tidak pernah rugi. Andai ada yang berpaling keluar daripada jalan ini maka akan diganti dengan orang yang lebih baik daripadanya. Paling dibimbangi, apabila diasingkan diri maka syaitan dan tenteranya akan menerpa ke arahnya.
Pesanan ini juga pernah disebut oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor yang juga menjadi ikon dan idola sepanjang waktu kempen pemilihan yang lepas. Andai benar pengidolaan tersebut, ambil masa dan fikir semula dengan tindakan itu. Andai difikirkan tindakan memisahkan diri dengan PAS itu merugikan PAS,ia silap kerana Allah telah membenarkan janji-janjinya sama seperti yang dirakamkan di dalam kitab-Nya.
Sungguh janji Allah itu pasti.
SIFAT TERGESA-GESA DI TEGUR OLEH NABI SAW
Kisah Khabbab al-Munzir seharusnya dijadikan pengajaran supaya tidak wujud perangai “isti’jal” (gopoh) untuk mencapai kemenangan sehingga membuat tindakan yang memalukan diri sendiri. Khabbab Al-Munzir pernah ditegur oleh Nabi SAW kerana permintaannya supaya Nabi SAW bermohon kepada Allah agar diberikan kemenangan terhadap Islam. Lalu baginda SAW menegurkan agar tidak terlalu gopoh untuk mencapai kemenangan.
“Kesabaran itu daripada Allah, tergesa-gesa itu dari syaitan.”
Nabi SAW juga mempraktikkan kesabaran tersebut sehingga memakan masa 23 tahun sebelum diberikan kemenangan walaupun “kemenangan segera” pernah ditawarkan oleh pembesar Quraish di Mekah. Baginda menegaskan andai bulan dan bintang diletakkan di tangan kiri dan kanannya untuk ditinggalkan perjuangan Islam tidak sesekali akan baginda lakukan. Semuanya demi keredhaan Allah. Sunnah itulah yang diamalkan oleh Tuan Guru Presiden walaupun 14 negeri di Malaysia menjadi pertaruhannya.
AL-HAQ DAN AL-BATIL MENGIKUT NERACA SYARAK, BUKAN AKAL
Ramadhan bulan mulia menyaksikan darah syuhada mengalir di bumi Badar. Pertempuran dahsyat yang menyaksikan kemuliaan berpihak kepada mujahidin Nabi SAW. Yang menarik dalam kisah Badar ini menyaksikan bagaimana Abu Jahal berdoa kepada tuhannya agar diberikan kemenangan kepada tentera Jahiliah. Hapuskan Muhammad kerana dia telah memutuskan persaudaraan dan mencabul agama nenek moyang.
Walaupun pada sudut akalnya, Abu Jahal menentang Nabi SAW kerana mempertahankan kepercayaan dan amalan warisan nenek moyangnya, namun ia tetap batil kerana bertentangan dengan seruan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Muktazilah menjadi salah apabila menilai baik dan buruk dengan kadar akal kerana baik dan buruk itu ditentukan sifatnya oleh Allah dan Rasul-Nya.
RAMADHAN BULAN KESATUAN
Justeru dengan hadirnya Ramadhan, bulan diturunkan al-Quran yang menjelaskan kebenaran dan kebatilan agar semua umat Islam bersatu mempertahankan manhaj Rabbani yang telah sekian lama menjadi dasar perjuangan PAS semenjak zaman awal penubuhannya. Jangan terlalu gopoh untuk menebuk dan terjun daripada bahtera ini kerana yakinlah bahawa pelayarannya akan sampai ke tepian.
“Dan ingatlah bahawa pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Ali-Imran: 126)
Beristiqamahlah hingga kemenangan kerana kemenangan yang hakiki hanya lahir daripada perjuangan yang suci.
Lihat sebelum ini..
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Selepas melabel macam-macam, guna pula ayat-ayat Qur'an untuk merantai pergerakan orang-orang yang berjiwa pejuang.
Kerana mereka saling bantu membantu di dalam mempertahankan maksiat pemimpin (memfitnah, menipu, berbohong, menafikan hak ahli untuk bersuara dan berkata benar, menafikan hak ahli untuk mendapat keadilan, mungkir janji, tidak amanah terhadap tugas yang dipertanggung jawabkan, melakukan perbuatan keji sehingga mencemar imej Islam).... maka aku tinggalkan PAS.
Pas pun tak mahu orang macam awak di atas.
Pas parti cai. Ambo sendiri sudah dapat rasa pas akan mampus di dun salor. Kelantan ...insya allah sama rebah.
Pas parti cai. Ambo sendiri sudah dapat rasa pas akan mampus di dun salor. Kelantan ...insya allah sama rebah.
Kenanglah semula doa2 keramat lagi bersyafaat adik Nik Aziz masa kat stadium KB masa sebelum pilihanraya dulu. Kan ke demo mintak firaun, hamann, namrud, bala bencana sama dlm Quran. Hari ni semua sekali dapat. Patutnya korang bersyukur doa2 kalian dimakbulkan Allah. Pasal yg tak kenal firaun tu korang sendiri. Allah dia tau firaun tu macamana.
Syabas PAS dan sekutu semua. Moga bertambah kehancuran dan kebinasaan macam yg korang mintak dulu. Ingat tak Nik apa tu doa sambil menjerit....HANCURRRR UMNOOO!!!!!
Ni nama dia doa makan diri.
Memang hancur UMNO... dengan sekutu2nya di dalam PAS.
Maknanya anon 10:18, PAS memerlukan ahli yang tidak mampu membezakan betul dan salah yang dibuat oleh pemimpinnya? Berdiam diri bila pemimpin berbuat salah? Mempertahankan pemimpin walaupun dia buat salah? Membenarkan pemimpin menipu, memfitnah dan sebagainya atas nama wala? Wala walaupun diri kamu dizalimi malah amanah kamu diperkotak-katikan? Kalau begitu tahniahlah.... anda memang seorang ASSABIYAH.... anda tak ada beza pun dengan UMNO.
helikopter di atas tak ubah seperti van jenazah... ini bermakna helikopter tersebut sedang menerbangkan jenazah pas ke kubur selepas muktamar cai... selamat berkubur pas... semoga aman di sana nanti... Aminnn...
mengapa perlu pertikai langkah yg di ambil oleh meraka yg tersingkir. bukan kah meraka sebelum muktamar di gelar dengn berbagai2 gelaran yg tak patut. siapa yg gopoh selama ini? isu rang2 undang persendirian, kalau tak gopoh patutnya di bawah berbincang dengn Pas Pusat sebelum bertindak.
Anda berhak utk berfikiran macam yg sdg anda fikirkan skrg... sptmana kami juga bilamana kami dijamu dgn tohmahan2 kpd TGHH bhw beliau seorg yg suka u turn, pengkhianat, kaki fitnah, kaki label pesaing dan mcm2 lg.. kami pd awalnya termakan juga akan tohmahan2 yg senantiasa diulang siar oleh media cyber pro dap..
Tapi bilamana kami terbaca surat yg telah ditandatangani oleh TGHH dan LGE berdua, terus saja kami terfikir rupa2nya yg menuduh selama ini lah yg sebenarnya buat u turn (setelah sokong utk bersetuju atas dasar parti masing2 dia plk yg serang dasar parti pas utk perjuangkan hudud..).
Rupa2nya yg menuduh selama ini lah yg sebenarnya pengkhianat (setelah menandatangani surat berkenaan, beliau pula mengkhianat dgn menuduh TGHH pula seorg pengkhianat..).
Rupa2nya yg menuduh selama ini lah yg sebenarnya kaki fitnah (bilamana dia pula yg memfitnah bhw TGHH tidak tunai janji sdgkn TGHH hanya berpegang pd apa yg telah ditandatangani bersama..).
Rupa2nya yg menuduh selama ini lah yg sebenarnya kaki label pesaing (bilamana dia menuduh pesaing utk raih pengaruh dlm PR iaitu TGHH tidak berlaku jujur sdgkn bila dah tandatangan dia pula sendiri yg melabelkan TGHH penipu hanya kerana ingin menjayakan RUU di peringkat parlimen iaitu asas dasar parti pas sendiri BUKANnya dasar dap ataupun dasar keadilan ataupun dasar parti islam baru!! ..)
Huuhhh nasib baik saya tidak terus- menerus mempercayai beliau sebagaimana Pasma dan G18.. malah utk berbaik sangka saya menganggapkan kedua2 kumpulan ini sehingga saat ini TIDAK pernah langsung melihat surat yg telah ditandatangani bersama itu, maka dgn sebab itu jadi lah mereka spt apa yg mereka jadi sekarang (melutut meminta ikhsan dari tok guru baru mereka mursyidul am TGLKS dan presiden TGLGE!!.. Ini dapat dibuktikan bilamana mereka sanggup utk beriftar bersama dan sebakiknya tidak pula tergamak utk beriftar bersama 'bekas' pemimpin sebenar mereka! ...).
Dap PKr pun sama. Semua gang black 505 pasti menuju kehancuran. Korang sendiri mintak kenelah balik kat korang.
Memang padanlah. Aku saksi je kehancuran korang semua. Orang2 yg gila nak berkuasa dan memerintah.
Jadi Wan Rosli, mana undang2 hudud yang nak dibentangkan sangat2 tu? Kenapa sampai sekarang tak bentang lagi? DAP menghalang? Hubung PAS-DAP sudah putus, DAP tak mampu menghalang pun.... atau PAS sudah dipatuk lagi di lubang yang sama berkali2?
Cuma persoalan aku: MAMPUKAH SEBUAH PARTI YANG GAGAL BERLAKU ADIL KEPADA AHLI2NYA MAHU MEMBENTANG DAN MELAKSANAKAN HUDUD KEPADA MASYARAKAT.... DI MANA UNDANG2 ALLAH ITU AMAT MENEKAN PENGUASA YANG ADIL DI DALAM PERLAKSANAANYA.
Adil lah tu bro.. pemilihan dilakukan secara terbuka.. ohhh kalau G18 menang baru lah kira adil dari mata kau..?
Bila PAS nk bwk hudud ke parlimen kita dah fikir dua kemungkinan akan hasilnya:
1. Jika berjaya .. alhamdulillah maka tertunailah hasrat rakyat Kelantan secara amnya dan tercapai juga lah hasrat PAS sbg sebuah parti islam secara khususnya.
2. Jika gagal.. maka semua org melayu tak kira PAS, UMNO, PKR, DAP dll yg sudah jemu dgn kebobrokan BN akan melihat betapa UMNO ni hanya berpura2 utk berubah menjadi lebih baik..
Jadi utk kedua2 hasil di atas , PAS tidak rugi apa2 pun malah lebih beruntung!.. Manakala mungkin UMNO yg akan rugi dari kedua2nya..
Post a Comment