Saturday, July 25, 2015

Rusuhan Agama Di Papua: Ibnu Hasyim Sokong Desak Cabut Larangan Bina Masjid..

Komite Umat untuk Tolikara (Komat) mengumumkan konferensi pers berkait insiden Tolikara di Jakarta

KUALA LUMPUR: WEBLOG Ibnu Hasyim di Malaysia menyokong penuh terhadap sejumlah tokoh bergabung dalam Jawatankuasa Umat untuk Tolikara (Komat Tolikara), Papua Indonesia, yang telah mengeluarkan tujuh pernyataan sikap berkaitan rusuhan di Tolikara. 

Mereka meminta, Mendagri Tjahjo Kumolo mencabut peraturan daerah yang menyekat pembangunan rumah ibadah. Permintaan itu masuk dalam tujuh sikap Komat Tolikara. 

Pertama, menolak pihak-pihak yang menghalang kemasukan bantuan dari agensi-agensi kemanusiaan rasmi dalam rangka pemilihan keadaan sosial dan ekonomi masyarakat di Tolikara.

Kedua, meminta semua organisasi masyarakat dan elemen masyarakat secara bersama menyalurkan bantuannya secara bersepadu melalui Badan Amil Zakat Nasional (Baznas) dan Lembaga Amil Zakat Nasional (Laznas) yang diselaraskan Forum Zakat (Foz).

"Agar pemilihan dan pembangunan ekonomi di Tolikara berjalan dengan berkesan," kata Ketua Komat Tolikara, Bachtiar Nasir dalam sidang akhbar mengenai Tolikara, di Restoran Pulau Dua, Jalan Gatot Subroto, Jakarta Pusat, Kamis (23/7/2015) kemarin.

Jawatankuasa Umat untuk (Komat) Tolikara juga mendesak Kapolri Jenderal Badrodin Haiti mendedahkan dalang rusuh Karubaga, Tolikara, Papua. Ketua Dewan Syuro Komat Tolikara Didin Hafidhudin sengaja ke Ibu Pejabat Polis untuk menyampaikan tuntutannya itu.

"Kami mahu ada tindakan dan telus dalam penindakan Tolikara," kata Didin usai menemui Kapolri di Mabes Polri, Jakarta Selatan, Rabu (22/7/2015).

Komat Tolikara yang terdiri daripada pelbagai organisasi dan institusi Islam ini juga meminta polis mengambil tindakan tegas pelaku.

"Kami ingin ini ditindak tegas! Beri hukuman mengikut peraturan. Kami tunggu janji Kapolri ungkap semuanya, "tambah Ketua Baznas ini.

Peristiwa ini, tambah Didin, harus menjadi peristiwa terakhir. Pasalnya, di negeri ini tak pernah ada sejarah pelarangan ibadah untuk agama apa pun. Di Papua pun, jelas Didin, tak pernah ada sejarah pertengkaran antara agama.

Komat juga meminta kerajaan mewujudkan perdamaian di Tolikara dan meminta semua pihak berwaspada kepentingan asing yang didakwa menunggang konflik di Papua. Masalah Tolikara adalah masalah dalam negera. Semua pihak perlu mewaspadai kepentingan asing atau pihak lain yang tidak bertanggung jawab terhadap kedaulatan NKRI.

"TNI dan Polri harus menindak unsur-unsur atau sifat-sifat yang membawa penglibatan pihak asing," kata Ketua Umum Komat, KH Bachtiar Nasir.

Komat yang terdiri dari pelbagai elemen ulama dan kyai se-Indonesia seperti KH Didin Hafidhuddin, KH Hidayat Nur Wahid, KH Bachtiar Nasir, KH Yusuf Mansyur, KH Arifin Ilham dan lain-lain juga telah membentuk pasukan pencari fakta (TPF) guna menyiasat insiden tersebut.  

"Weblog Ibnu Hasyim di Malaysia menyokong penuh terhadap sejumlah tokoh bergabung dalam Jawatankuasa Umat (Komat Tolikara), Papua Indonesia, yang telah mengeluarkan tujuh pernyataan sikap. Maka tindakan perlu segera diambil oleh pihak berwajib.. " kata editornya Dr Hj Mohd Hasyim. 
(IH Malaysia)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails