Saturday, July 04, 2015

Sekolah Di Britain Ini, Haramkan Skirt. Kerana Nak Ikut Islam?

 
Dua orang pelajar Sekolah Tinggi Trentham memakai pakaian yang mengikut peraturan di sekolah tersebut. - AGENSI
 
STAFFORDSHIRE, Britain – Sebuah sekolah di sini mewujudkan peraturan baharu mengharamkan pemakaian skirt dalam kalangan pelajar perempuan kerana didakwa mengganggu perhatian guru dan pelajar lelaki.
 
Gangguan berkenaan didakwa berlaku terutama ketika pelajar perempuan menaiki tangga atau duduk dalam keadaan tidak sopan. Berikutan itu, Sekolah Tinggi Trentham di sini kini mewajibkan pelajar perempuan memakai seluar panjang seperti pelajar lelaki bagi memastikan mereka berpakaian secara lebih beretika.
 
Menurut pengetuanya, Dr. Rowena Blencowe, peraturan itu terpaksa dilakukan selepas mendapati guru-guru banyak menghabiskan masa menegur cara pemakaian pelajar.
 
“Pelajar perempuan yang memakai skirt biasanya gemar memendekkan kain mereka dengan melipatnya ke atas menyebabkan guru-guru dan pelajar lelaki berasa tidak selesa,” ujarnya. – Agensi
 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang semua apa yang diperintahkan oleh agama Islam adalah untuk kebaikan manusia sendiri. Cuma, yang belum mendapat hidayah merasakan ianya tidak baik, tidak sesuai dengan zaman, tidak sesuai dengan negara dan macam-macam leter lagi.
 
Contohnya seperti di atas, sekolah orang bukan Islam pun pentingkan etika dan aurat, sedangkan sekolah-sekolah di negara umat Islam tidak pentingkan itu. Timbul masalah sosial dan sebagainya, mereka cari alasan salahkan agama. Sedang peraturan ikut agama mereka tak mahu ikut.
 
Itulah kunci keruntuhan moral negara-negara di dunia, termasuk negara umat Islam. Wallahu 'aklam.

1 comment:

Anonymous said...

SMJK di Mesia pun perlu ada peraturan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails