Friday, July 03, 2015

Tentera Nabi Sulaiman, Hud-hud Bukan Se Ekor Burung?

ANDA khatam Al-Quran sepanjang Ramadhan ini? Kalau khatam, tentu anda melalui pembacaan ayat ini. Ayat yang menguak kisah misteri wujud pasukan burung Nabi Sulaiman AS.

Ayatnya, kira-kira terjemahannya begini..
  • Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) (Qs. An-Naml (27) ayat 17).
Menurut Ustaz HM Nur Abdurrahman (HMNA), Pasukan burung yang dimaksudkan ayat di atas adalah pasukan gerak cepat, iaitu pasukan kavaleri dan regu-regu pengintai (komando) yang membawa burung-burung untuk komunikasi.

Dimana Perintah dari ibupejabat (induk) pasukan ataupun laporan ke induk pasukan, dilakukan dengan saling berkirim maklumat, melalui surat yang diikatkan pada kaki (tubuh) burung.

Siapa sesungguhnya "Hud-Hud" itu?

Ada yang berkeyakinan, Nabi Sulaiman dapat bercakap-cakap dengan burung. Mereka percaya Hud-hud sebagaimana dikisahkan di dalam Al-Quran, adalah se-ekor burung yang istimewa.

Benarkah demikian?

Mari kita perhatikan, ayat-ayat berikut:
  • Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah dia termasuk yang tidak hadir. "Sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika benar-benar dia datang kepadaku dengan alasan yang terang". (QS. An-Naml (27) ayat 20-21).
  • Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata: "Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini. (QS. An-Naml (27) ayat 22).
Dari ayat di atas, Hud hud, adalah seorang pegawai tentera yang penting, dan bukanlah seekor burung, sebagaimana tafsiran sebahagian orang. Ketidak-hadirannya tentu membuat marah Nabi Sulaiman.

Beberapa alasan, Hud Hud bukan seekor burung ...

(A) Sangat aneh jika seorang raja besar, seperti Nabi Sulaiman, sangat gusar atas ketidak-hadiran se-ekor burung kecil, sehingga berkenan akan menjatuhkan hukuman berat kepada burung tersebut.

Akan lebih logik, jika yang dimaksudkan Hud Hud itu, adalah seorang pegawai tinggi tentera. Hal ini dapat dilihat dari beratnya hukuman, kerana kesalahan seorang berpangkat tinggi, boleh berpengaruh kepada disiplin tentera secara keseluruhan.

(B) Nabi Sulaiman adalah seorang yang sangat bijak, tentu boleh memilah-milah kesalahan pihak lain. Kalau yang salah itu hanya se-ekor burung, tentu ia memaklumi, kerana akal fikiran haiwan, tidaklah sebaik manusia.

(C) Hud-hud, ternyata sangat paham akan undang-undang dan keperluan-keperluan negara, dan juga paham sekali mengenai tauhid (lihat QS. An-Naml (27) ayat 23- 26), padahal burung-burung tidak demikian.
  • Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk, agar mereka tidak menyembah Allah Yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan Yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Allah, tiada Tuhan Yang disembah kecuali Dia, Tuhan Yang mempunyai 'Arsy yang besar "(QS. An-Naml (27) ayat 23-26).
(D) Ada yang mempercayai Hud Hud yang diceritakan di dalam Al-Quran, adalah sejenis burung yang mempunyai nama Noble Hoopoe atau Eurasian Hoopoe [Upupa epops].

Namun anggapan itu, masih sangat diragui. Hal ini disebabkan, burung yang di maksud bukanlah burung peneroka. Padahal dianggarkan jarak antara Palestin ke Negeri Saba, mencapai sekitar 2,000 km.

Catatan Penambahan:

Satu:

Hudhud dimaknai sebagai seorang pegawai tinggi militer, juga merupakan pendapat dari Dr. Ir. Soekmana Soma MSP, M. Eng, di dalam bukunya yang berjudul "Ada apa dengan ulama ?: pergelutan antara dogma, akal, kalbu & sains".

Di dalam buku tersebut, Soekmana Soma berpendapat:
Kata thair dalam QS. An-Naml (27) ayat 17, berasal dari kata thara, yang bererti terbang dan boleh juga bermakna kuda (Shaik Nasr Abu'l Wafa ', The Qamus).

Oleh kerananya, terjemahan QS. An-Naml (27) ayat 17 adalah :
  • "Dan dihimpunkan kehadapan Sulaiman bala tenteranya, (yang terdiri) dari kabilah pergunungan yang telah ditawan (jin), pasukan darat (manusia), dan pasukan berkuda (thair), dan mereka dibentuk menjadi beberapa golongan".
Sementara terjemahan QS. An-Nam (27) ayat 20:
  • "Dan ia (Sulaiman) memeriksa barisan thair, lalu berkata: Mengapa aku tidak melihat Hudhud, apakah ia tidak hadir?"
Dengan demikian kata "tafaqqadatthaira" mestinya di-interpretasikan memeriksa barisan berkuda. Sementara Hudhud adalah nama seorang pegawai tinggi tentera, yang kebetulan tidak hadir, dalam detik-detik yang sangat penting, sehingga membuat Nabi Sulaiman marah.

Selanjutnya Nabi Sulaiman berkata:
  • "Aku pasti akan menghukum dia (Hudhud) dengan hukuman yang pedih, atau kubunuh dia, kecuali ia memberikan alasan yang jelas" (QS. An-Naml (27) ayat 21).
Dari ayat ini jelas Hudhud adalah manusia biasa, bukan seekor burung. Sebab logiknya: apakah patut seorang Nabi, memarahi seekor burung?

Dua:

Dengan memperhatikan ayat Al Qur'an:
  • "Dan ia (Sulaiman) memeriksa barisan thair, lalu berkata: Mengapa aku tidak melihat Hudhud, apakah ia tidak hadir?" "Aku pasti akan menghukum dia (Hudhud) dengan hukuman yang pedih, atau kubunuh dia, kecuali ia memberikan alasan yang jelas" (QS. An-Naml (27) ayat 20-21).
Hudhud adalah sebahagian daripada barisan thair. Dan jika kita mengartikan barisan thair itu sebagai Pasukan Burung, apakah Hudhud mesti seekor burung?

Quote:
Sama halnya, dengan Pasukan Kuda, apakah pemimpinnya mesti seekor Kuda?

Quote:
 
Dengan demikian, Hudhud tidak semestinya seekor burung, Hudhud juga boleh manusia biasa, yang merupakan sebahagian dari Pasukan Burung.

Tiga:

Berdasarkan kajian dari Ustadz H.M. Nur Abdurahman di atas, Nabi Sulaiman adalah seorang yang mengerti mantiq burung, yakni memahami makna kicau, gerak-geri dan perangai serta kebiasaan burung.

Quote:
Sebagaimana bunyi dari QS. Al-Naml (27) ayat 16:

  • Wa Qa-la Ya-ayyuha- nna-su 'Ullimna- Manthiqa thThayri. Berkata (Sulaiman): hai manusia, telah diajarkan kepada kami logik burung.
Pada masa sekarang ini ada sebuah disiplin ilmu yang disebut ethology (jangan dikelirukan dengan ecology), iaitu ilmu yang berkaitan dengan perangai binatang (animal behavior), terutama yang berkaitan dengan habitat mereka.

Dalam Abad yang lalu ada Sulaiman moden yang bergelar "The Bird Man of Al Catraz", iaitu seorang penghuni / banduan di penjara Al Catraz yang faham dan ahli betul dalam hal ethology khas untuk burung.
WaLlahu a'lamu bishshawab.


Lihat sebelum ini..
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3 E-Buku IH-90: Univ Ramadzan 2014

4 comments:

Anonymous said...

Burung tiong mas kan boleh cakap. Takde pulak nampak dia jadi org atau pegawai askar. Hmna buat citer karutlah.

Anonymous said...

Kesian kamu tak baca Quran dan terjemahan. tu pasal tak tahu.. Jangan hina cerita-cerita dalam Qurqn. Belajarlah lagi..

Anonymous said...

yang penting kita masih lagikah termasuk dalam golongan datok nenek kita yang tidak faham setiap bacaan ayat Al Quran
kalau gitu nampaknya tidak ada perubahan dalam keturunaan kita tentang Ugama Islam
kalau orang musyrikin dulu berbangga dengan datuk nenek mereka yang semabah berhala tidak mau berubah
pastikan anak cucu kita tidak jadi macam kita

Anonymous said...

kisah burung bercakap tu kiasan Allah nak menunjukkan burung tu asalnya manusia. Tu pasal dia boleh bercakap. Zaman Nabi Sulaiman binatang semua boleh bercakap. Tu pasal nabi tu boleh dgr dgn jelas. Binatang ni banyak yg degil tak dgr petunjuk. Tu sebab dia jadi binatang. Samalah dgn org zaman hari ni yg tak dgr cakap dan ikut petunjuk, semua ikut nafsu binatang. Yg perangai lebih haiwan dari binatang pun ada.
Takde kene mengena langsung dgn pegawai tentera kiasan tu. Yg bakal jadi haiwan ni adalah org yg suka menafsir ikut kitab hadis dan guna hukum akal. Ahli kitab masuk neraka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails