Wednesday, July 22, 2015

Timbang Kembali Hasrat Tinggalkan PAS - Takiyuddin Hassan


Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan masih menaruh harapan terhadap kumpulan anggota parti yang mahu menubuhkan parti Gerakan Harapan Baru (GHB) itu, menimbang kembali hasrat mereka untuk meninggalkan PAS. Lapor Bernama.
  
"PAS mungkin lemah atau melakukan kesilapan tetapi masih ada banyak ruang untuk mereka bersama-sama betulkan keadaan dan berbincang melalui konsep musyawarah," katanya.
    

Bahkan menurutnya, langkah mengenakan tindakan tatatertib terhadap anggota parti yang mahu menubuhkan parti Gerakan Harapan Baru (GHB) adalah langkah pramatang. Ini kerana, setakat ini mereka belum melanggar mana-mana peraturan atau Perlembagaan parti selain tidak ada mana-mana anggota PAS lain yang membuat sebarang aduan rasmi terhadap tindakan mereka.  
  
"Setakat ini tiada aduan rasmi, Facebook, Whatsapp itu kita tidak boleh ambil kira kecuali ada aduan rasmi dibuat mengikut saluran yang betul barulah kita akan ambil tindakan.
"Setakat ini, kesalahan itu dalam proses atau (mereka masih) merancang melakukan kesalahan. Kalau betul-betul buat baru kita ambil tindakan," katanya kepada Bernama.
  
Kononnya, kemelut dalaman PAS semakin meruncing apabila beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif, atau pernah dikenali sebagai G18, yang tewas dalam pemilihan parti awal bulan lepas melancarkan GHB. Ini bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang yang retak susulan keputusan PAS dan DAP untuk menamatkan kerjasama politik mereka.

Antara pemimpin itu ialah Mohamad Sabu yang merupakan bekas Timbalan Presiden Pas; Salahudin Ayub dan Datuk Husam Musa (bekas Naib Presiden); Suhaizan Kaiat (bekas Ketua Pemuda), Khalid Samad (anggota Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin (anggota Parlimen Sepang) dan Datuk Kamaruddin Jaafar (anggota Parlimen Tumpat).

(IH)

15 comments:

  1. Tuan Haji

    Ini adalah satu kenyataan yang xde makna. Seperti biasa ia xlebih daripada kenyataan yg p3nuh dengan helah.

    Orang yang paling layak untuk menyuarakan kenyataan ini ialah Haji Hadi dan Haron Din. Buat kenyataan satu hal. Memulakan langkah menghulur salam kemaafan lebih dahulu perlu datang dari mereka berdua. Merekalah punca kepada mazaalah didalam PAS sekarang.

    ReplyDelete
  2. pemimpin PAS bawahan jgn mendahului presideng dan mursyidul am

    u tau tak setiap kali u all memujuk GHB, dua tonggak utama
    PAS itu pedih hatinya

    mereka memang nk singkir geng liberal so apa nk dirayu lagi

    silap2 yg byk sgt memujuk ni pulak yg kena singkir oleh
    presiden dan mursidul am.

    ReplyDelete
  3. Yg ada sumpah bai'ah talak tiga tu sabor ler dulu, tunggu ler next election, sian kat anak bini.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sajalah....anyway...PAS kan KUAT...tunggu PRU yg akan datang ye...kita tengok berapa orang nak pangkah PAS nanti.

    Satu lagi, nanti tengok2 lah ye derma dr. penyokong especially masa ceramah..byk mcm selalu ke, or tinggal seringgit dua..

    Just nak pesan satu, nanti2..bila para Ustaz2 nak panjat pokok nak pasang bendera, jangan pakai jubah, pakai track suit mcm kami buat dulu2, bukan apa takut jatuh bila kerengga masuk dlm kain.

    Apa2 pun kami halalkan segala tenaga dan wang ringgit atas dasar perjuangan memartabatkan Islam.

    terima kasih..& Babai..

    ReplyDelete
  5. Sekarang baru nak merayu tapi peliknya maknusia ulama membuat onak tidak pula berasa bersalah diatas kekalutan dalam PAS ini sebaliknya kuncu-juncu cai pula yang lebih suduk dari mangkok kenapa jadi begitu agaknya tak tahu nak mula kerja dari sudut mana sebab disemua sudut telah kejayaan PAS dahulu terletak dibahu jemala maknusia di jebonkan,sekarang terimalah bahana yang kita sendiri tempah.

    ReplyDelete
  6. Maaf.. tak nampak apa kesalahan TGHH dan TGHD!.. yg nampak ialah mereka tetap istiqamah menuju kemenangan walau dihina nista oleh puak2 sendiri dan DAP!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HA HA HA HA.... patutlah bangang sangat dia ni... rupanya tak nampak... dia tak nampak. Hanya yang tak nampak akan terus mengikut. Inilah contoh golongan yang diberi hidayah oleh Allah dengan golongan yang tidak diberikan hidayah tersebut.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Kau dapat hidayah Allah ke hidayah DAP!!

      Delete
    4. Betul tu mmg berbeza antara hidayah Allah dan hidayah oleh DAP..

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Wan rosli tk nampak kesalahan hadi n haron. Kalu tk nampok makna nye hang anak luar nikah. Kata p.ramlee. kakahkahkah.

    ReplyDelete
  10. Pak hashim. Awat byk komen w rosli kena removed? Dia mencarut ke???

    ReplyDelete
  11. lupakan wan rosli tu....suka mempermain agama

    menyebut hidayah dr DAP itu mempersenda agama

    puak umnu ni kalau politik tk peduli klu menghina
    agama pun

    hj hadi n harun din memang tknk progresif dlm PAS
    itu saja ceritanya

    kalau satu masa PAS jadi parti tari menari atau
    jadi gerombolan samseng, takkan baiah tu terpakai
    juga

    baiah bukan isu besar, blh setel

    ReplyDelete