Tuesday, July 28, 2015

TPM Muhyiddin Pula Disuruh Letak Jawatan, Bukan Najib.. (94)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin patut meletakkan jawatan kerana tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata speaker Sabah.Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Muhyiddin patut meneladani jejak langkah Tun Musa Hitam, timbalan perdana menteri ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Muhyiddin semalam, kata Salleh, secara tersirat bermaksud undi tidak percaya terhadap perdana menteri selepas didakwa menyebabkan orang ramai tertanya-tanya dalam isu 1MDB.

“Perkara mulia dan terhormat untuk dilakukan Muhyddin, seperti dilakukan Musa Hitam dulu, letak jawatan kerana apabila beliau tidak lagi yakin dengan perdana menteri, berdasarkan prinsip beliau tidak layak lagi kekal dalam kerajaan,” katanya dalam blog hari ini.

Bekas ketua menteri Sabah itu berkata  Muhyiddin memberikan gambarkan bahawa kabinet dan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak tahu menahu berkaitan isu sekitar kontroversi syarikat pelaburan kontroversi negara itu.

Muhyiddin semalam memberi 
amaran bahawa Umno berdepan krisis kepercayaan ekoran kontroversi 1MDB.

Bercakap di Mesyuarat Agung Umno Cheras malam, Muhyiddin berkata jika pilihan raya umum diadakan dalam masa yang terdekat, Umno akan tewas.

Timbalan perdana menteri juga berkata 
tiada seorang pun yang boleh memberi penjelasan sebenar berhubung isu 1MDB termasuk yang berada dalam cabinet. (MK)

1 comment:

Anonymous said...

Pemimpin yg bertanggungjawap pada rakyat tidak akan sekali2 rela melihat harta rakyat dirompak sesuka hati.
Pemimpin yg jujur tidak akan sanggup melihat amanah rakyat dikhianati
Pemimpin yg ikhlas berjuang utk rakyat tidak akan sanggup menipu rakyat
Pemimpin yg amanah pasti akan takut pada balasan Allah
Pemimpin yg jujur pada rakyat pasti tidak akan melindungi segala bentuk kesalahan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails